Panasonic Mengumumkan Kamera Kompak Mikro Sistem Terbaru



Keterangan eBook
Title Microsoft Word - 20111221_Press Release LUMIX Launch_Generic_BM final.doc
Author Roy Wong
Producer Mac OS X 10.6.8 Quartz PDFContext
Creator Microsoft Word
CreationDate 2011-12-20T10:50:13+00:00
ModDate 2011-12-20T10:50:13+00:00
Keywords
AAPL:Keywords
Pages 6 Page
Ukuran File 264 KB
Dibuka 89 Kali
Topik Contoh Proposal
Tanggal Unggah Friday, 25 Nov 2016 - 09:55 PM
Link Unduh
Baca Halaman Penuh BUKA
Rating eBook
Bagi ke Yang Lain

Kesimpulan

1 Untuk Siaran Segera Panasonic Mengumumkan Kamera Kompak Mikro Sistem Terbaru LUMIX GX1 Hebat dalam Kelajuan, Kualiti Imej dan Saiz Mentakrifkan semula strategi bagi pengguna baru dalam generasi baru sistem lensa kamera tanpa cermin berbilang kanta untuk menerajui pasaran Kota Kinabalu, 21 Disember 2011 – Panasonic Malaysia hari ini memperkenalkan model premium terkini bagi Kamera Kompak Mikro Sistem, LUMIX DMC-GX1, yang turut memenangi anugerah Siri LUMIX G bagi kamera-kamera digital, yang telah diperakui kualiti imejnya yang tinggi dengan bentuk kompak dan kecil serta lensanya yang dikhususkan untuk jurugambar amatur berpengalaman dan pengguna profesional. Pengenalan terbaru ini meliputi Kamera kompak 3D ‘terkecil di dunia’ LUMIX DMC-3D1; model skrin sesentuh LUMIX DMC-FH7; model 24x “superzoom” LUMIX DMC-FZ150; dan model yang pertama (pada 31 Ogos 2011 lalu) Camcoder lensa bersepadu berkembar 2D/3D yang serasi dengan AVCHD 3D/Progressive standard. “Sistem lensa kamera tanpa cermin berbilang kanta Lumix G terbaru merupakan strategi kami untuk mengukuhkan kedudukan dalam segmen ini dan untuk mencipta budaya foto baru bagi menawan pasaran pada tahun 2012. Kepelbagaian model Siri G adalah untuk memenuhi permintaan bagi kamera bersaiz kecil bergaya yang sesuai dengan fungsi dan kualiti foto DSLR. Pelancaran model GX1 hari ini meningkatkan siri G terutamanya bagi peminat-peminat foto,” kata Jeff Lee, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia. “Permintaan terhadap sistem kamera telah meningkat secara mendadak terutama di pasaran-pasaran Jepun dan Asia. Pasaran semasa bagi kamera ini telah melebihi 40% dan kami menjangkakan trend ini akan berkembang secara menyeluruh. Di Malaysia, pasaran kamera sistem ini sedang berkembang dengan menggalakkan dan kini mempunyai nisbah satu pengguna kamera sistem kepada sembilan pengguna DSLR. Peningkatan kamera sistem ini mencecah 400% berbanding tahun lepas.” tambah Jeff. Panasonic menjangkakan LUMIX GX1 dapat menggembirakan ramai peminat foto yang mengidamkan satu peningkatan teknologi yang setanding dengan LUMIX DMC-GF1, agar terus menjadi satu kamera digital yang sangat popular dengan penggemar khusus yang menghargai saiz kompaknya, juga kualiti foto dan video yang tinggi.” Kata Harry Sasaki, Pengarah Pemasaran Panasonic Malaysia. “LUMIX GX1 merupakan kamera digital yang sangat fleksibel dan berkebolehan dengan kelajuan pantas AF dan kualiti imej yang cemerlang. Ditambah pula dengan pancaran binaan dalam dan kemudahan di atas badan kamera membenarkan aksesori seperti pencari pandangan luar (external view finder), GX1 adalah satu kamera sistem kompak berkuasa yang cukup yang cukup sesuai sebagai pilihan kamera harian bagi jurugambar- jurugambar.

2 Sehingga kini, Panasonic mempunyai sejumlah 12 model kamera kompak, 1 model 3D dan 5 model siri G yang terdiri daripada GH2, G3, GF2, GF3 dan GX1. GH ialah model perdana dengan spesifikasi tinggi, G ialah model bergaya dan aktif, GF ialah model kompak dan ranggi dan GX ialah model perdana. Bercakap semasa pelancaran, Jeff berkata, “ Kami menawarkan pilihan-pilihan dan fleksibiliti untuk memberi kuasa kepada pengguna-pengguna fotografi dan videografi yang sesuai kepada semua pengguna biasa hingga pengguna amatur dengan pelancaran baru camcoder dan kamera-kamera LUMIX. Perkongsian kami dengan Leica selama 10 tahun merupakan satu usaha yang baik dan melonjakkan jenama Lumix kami. Model kanta kamera kami terdiri daripada julat kelebaran (wide range) “wide zoom”, “standard zoom”, telefoto, makro, “single focal length” hingga kepada kanta 3D.” Kamera yang diperkenalkan ketika pelancaran ialah : Memperkenalkan Panasonic LUMIX DMC-GX1 Panasonic Lumix GX1 kelihatan dapat menjadi model terbaik Lumix siri G. Kekurangan daripada pencarian pandangan elektronik binaan dalaman menjadikan ia lebih kecil daripada G3 secara fizikal namun kesemua binaan metal menjadikan ia pilihan lebih cergas dan lebih penting. Di samping itu, ia juga menawarkan cara penggunaan yang mudah dan lebih penting, ia menghasilkan kualiti imej yang lebih tinggi secara konsisten. Kualiti imej DMC-GX1 dihasilkan daripada sensor DSLR yang besar bersaiz 16 megapiksel, sensor baru Live Mos lanjutan dan engin Venus dengan ISO semaksima 12,800. Kamera ini menggunakan Micro Four Thirds dan serasi dengan kedua-dua kanta Panasonic dan Olympus termasuk standard 14-42 zoom dan kanta boleh laras Lumix G X Vario PZ 14-42 mm. Dengan kelajuan autofokus pada 0.09 saat, pengguna boleh memfokus secara mudah dengan menyentuh skrin sesentuh 3 inci 460,00 titik. Ia juga merupakan pilihan EVF luaran (external view finder) yang disertakan dengan kemudahan dan menawarkan paparan 1.44 bilion titik dengan 100 peratus pandangan. Peminat filem boleh menangkap video pada 1080/60i HD sama ada menggunakan MP4 atau kemampatan AVCHD. GX1 juga boleh menangkap dalam bentuk RAW dan menawarkan gamut yang lengkap bagi mood penangkapan lanjutan. LUMIX DMC-GX1 boleh didapati dalam warna hitam dan perak. Panasonic akan menjualnya sebagai kit pada harga RM3,099 dengan kuasa kanta 14-22mm zoom dan sebagai kit kanta berkembar 14mm ditambah hingga 14-42mm pada harga RM2,999 bermula pada bulan Disember. !

3 Memperkenalkan Panasonic LUMIX DMC-3D1 LUMIX DMC-3D1 ialah kamera digital potongan tepi yang mampu merakam gambar 3D dan video. Ia memberikan khidmat dua unit kanta binaan baru dengan optik berlipat direkabentuk dalam bentuk badan yang kompak dan boleh menangkap gambar 2D dan 3D serta video dengan jelas. LUMIX 3D1 dengan rekabentuk kanta berkembar, ciri-ciri 25mm kanta sudut ultra lebar dengan 4x zoom optik menawarkan keupayaan untuk merekod foto 3D pada resolusi tinggi 8-megapiksel dan 1920 x 1080 60 i kualiti tinggi video 3D HD menggunakan kaedah sisi (side-by-side). Kanta optik Lumix 3D1 memberikan pengguna julat kelebaran kemungkinan ... dengan kira-kira 169% ruang pandangan luas berbanding kamera 35mm. Lengkap dengan sensor 12-megapiksel bersensitif tinggi MOS (High Sensitivity MOS) dan enjin Venus membenarkan Lumix 3D1 mencapai imej berkualiti tinggi dan proses sensitiviti imej dan kelajuan lebih mudah. “Panasonic meneruskan usaha menerajui hiburan 3D, memberikan pengguna peluang untuk mencipta kandungan mereka sendiri dan melihatnya di rumah dan LUMIX D31 baru adalah kamera digital inovatif yang cemerlang dengan teknologi imej 3D serta pilihan tangkapan gambar 2D terpenting,” kata Harry Sasaki, Pengarah Pemasaran Panasonic Malaysia. “Dengan rekabentuk kanta berkembar, Lumix 3D1 boleh merakam video HD melalui satu kanta dan gambar 2D daripada yang lain yang mana kandungan video tersebut masih bergerak secara serentak menjadikan ia satu ciri rakaman unik yang disediakan oleh Panasonic supaya pengguna boleh mengembangkan kreativiti mereka. Ia boleh didapati dalam warna hitam pada harga RM1,999. Memperkenalkan Panasonic LUMIX DMC-FH7 Ciri-ciri kamera LUMIX DMC-FH7 baru 16.1-megapiksel yang bergaya dan nipis menjadikan ia kamera digital baru yang mudah dibawa dan dengan kawalan sentuh intuitif membolehkan ia mudah diguna. Sementara itu LUMIX FH7 yang bergaya, kemampuannya yang tidak boleh diperkecilkan dengan adanya kanta LEICA DC bersudut kelebaran 28mm kualiti tinggi boleh laras dengan 4x zoom optikal impressive dan kebolehan merakam video Definisi Tinggi pada 1280 x 720p dengan kehalusan 24 fps (frame per second) mampu menghasilkan imej yang jelas dan terang. Ciri-ciri LUMIX FH7 ialah menawarkan Skrin Sentuh Smart 3 inci membolehkan pengguna menggunakan “Touch Auto Focus (AF)”, “Touch Zoom”, “Touch Shutter” dan “Intelligent Scene Selector” dengan cara menyentuh skrin. Kesemua pilihan menu tetapan boleh digunakan dengan kawalan sentuhan. Tambahan ketiga ciri-ciri di atas membolehkan pengguna lebih kreatif secara manual (menggunakan sentuhan jari) untuk menyunting gambar mereka di kamera digital seperti

4 “Beauty Retouch” - membenarkan pengguna menyentuh semula wajah; “Esthetic” – mencipta efek atau kesan pada wajah seperti meratakan tekstur kulit dan memutihkan gigi; dan “Makeup” – memberikan pilihan warna seperti bedak asas, alis mata atau mewarnakan bibir dan pipi. Dengan kelahiran FH7, kami yakin bahawa kamera digital yang menarik dan kecil ini akan menghasilkan gambar dan video yang dapat membanggakan pengguna untuk dikongsi dan dengan ciri memuat naik yang baru, mereka boleh melakukannya dengan mudah di laman seperti Facebook dan You Tube,” kata Harry Sasaki, Pengarah Pemasaran Panasonic Malaysia. Ia boleh didapati dalam warna hitam, perak, merah jambu dan emas pada harga RM649. Memperkenalkan Panasonic LUMIX FZ150 FZ150 merupakan tambahan terbaru bagi kamera digital super zoom siri LUMIX FZ. Ia dilengkapi dengan kanta 25mm ultra sudut-lebar (wide-angle) LEICA DC VARIO-ELMARIT dan berkeupayaan 24x zoom optik (35mm kamera bersamaan 25-600mm) boleh digunakan untuk merakam kerdua-dua imej pegun dan video. LUMIX FZ150 juga ditambah dengan dua ciri terbaru iaitu Mode Foto 3D dan teknologi Nano Surface Coating yang membantu mengurangkan kesan cahaya yang menyebabkan bayang-bayang dan silau. Sebagai model LUMIX terakhir paling top dalam siri FZ yang popular, FZ150 menggabungkan sensor MOS terbaru 12.1-megapiksel dan digerakkan semula oleh Enjin Venus memberikan kamera ini keupayan merakam imej berkuasa tinggi dalam kedua-dua sensitiviti cahaya yang tinggi dan kelajuan. FZ150 merelisasikan format 1920 x 1080 60p Full-HD AVCHD Progressive (MPEG-4 /H.264). Ia juga membolehkan imej pegun diambil secara serentak semasa rakaman video 3.5-megapiksel dan berkuasa 24x zoom optikal semasa merakam. FZ150 dilengkapi dengan mikrofon stereo zoom dengan fungsi Wind Cut supaya video dapat dihasilkan dengan kualiti suara yang tinggi menggunakan Dolby® Digital Stereo Creator. “Dengan keupayaan 24x zoom optikal dan merakam 3D, FZ150 merupakan kamera serbaboleh dan berkuasa memberikan pengguna pilihan terakhir untuk menghasilkan video dan imej berkualiti tinggi,” kata Harry Sasaki, Pengarah Pemasaran Panasonic Malaysia. Ia boleh didapati dalam warna hitam pada harga RM1,799.

5 Memperkenalkan Camcorder Panasonic HDC-Z10000 Camcorder Panasonic HDC-Z10000 memenuhi jurang di antara pengguna camcoder gred 3D dengan model penuh profesional. Ia merupakan kanta berkembar 2D/3D pertama yang dilengkapi dengan standard AV C H D 3 D / P r o g r e s s i v e d e n g a n s u s u a n 2 i d e n t i t i 3 M O S y a n g m a n a s e t i a p s a t u mengandungi ¼.1 inci sensor CMOS. Ia juga merupakan camcoder pertama di pasaran yang menggunakan keupayaan 3D berformat baru AVCHD 2.0, menawarkan rakaman MVC dengan dua rangka penuh Definisi Tinggi secara serentak. Apa yang mengagumkan, ia dilengkapi dengan ciri hos pofesional daripada kawalan gelung pelbagai kanta hingga input audio XLR. HDC-Z10000 dibina melalui inovasi Panasonic 3D mempunyai tetapan makro video 3D yang hampir dengan camcoder 3D kanta berkembar pada kira-kira 17.8 inci. Dengan tetapan makro industri-terbaik ini, Panasonic HDC-Z10000 membantu merakam video 3D yang pada kebiasaannya sukar untuk dilakukan seperti bunga-bungaan, binatang dan barang kemas. Camcoder baru Panasonic berkeupayaan 3D, HDC-Z10000 bercirikan 1,152,000-dot, LCD 3.5-inci yang menonjolkan 3D yang boleh dilihat dengan mata kasar-tanpa penggunaan kacamata 3D. Pengguna boleh memeriksa imej 3D semasa rakaman tanpa menghubungkannya dengan monitor. Paparannya juga boleh diubah antara 2D dan 3D. “Tambahan kepada model barisan utama Panasonic camcoder 3MOS Full-HD, HDC-Z10000 menerajui rakaman imej 2D berkualiti tinggi. Ia juga memenuhi kehendak kedua-dua golongan profesional dan pengguna yang menginginkan fleksibiliti dan kuasa ketika merakam video.” kata Harry Sasaki, Pengarah Pemasaran Panasonic Malaysia. HDC-Z10000 merupakan camcoder unik yang mempunyai ciri tertinggi untuk memenuhi kehendak pengguna mahir tetapi ia mudah diguna oleh sesiapa sahaja yang inginkan rakaman cemerlang video 2D dan juga mereka yang mahu meneroka rakaman video 3D dengan baik.” Unit ini dijual pada harga RM11,999. Catatan: Untuk maklumat lanjut dan spesifikasi-spesifikasi teknikal, sila rujuk siaran-siaran akhbar produk yang disertakan.

6 Mengenai Panasonic Malaysia Sdn Bhd Panasonic Malaysia Sdn Bhd ialah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik daripada audio visual, kelengkapan rumah, penghawa dingin, kamera digital dan video, kelengkapan penyiaran ,sistem perniagaan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan kecantikan sehingga ke batteri dan pencahayaan. Semua produk Panasonic boleh didapati menerusi pengedar sah kami di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berhubung jenama dan produk Panasonic, layari laman web www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan di 03-5543 7600. Untuk siaran berita dan gambar, sila muat turun daripada www.pmpressroom.com Perhubungan Media: Azizah Wahid Pengurus Besar, Komunikasi Korporat & Penjenamaan Te l : 0 3 7 8 0 9 7 8 7 6 F a x : 0 3 7 9 5 5 1 8 5 7 M o b i l : 0 1 9 2 1 7 2 7 3 0 Emel: azizah.wahid@my.panasonic.com ###

Dokumen Terkait

Free Download Here Pdfsdocuments2com

Free Download Here Pdfsdocuments2com

Proposal kompetitif pkm kewirausahaan dikti dan lppm uns ter.

Contoh Proposal / 15 kali tayang / 13KB

Reuni Akbar Sma Negeri 14 Jakarta Tahun 2007

Reuni Akbar Sma Negeri 14 Jakarta Tahun 2007

Membantu memfasilitasi anak usia sekolah bagi pembangunan su.

Contoh Proposal / 26 kali tayang / 1,260KB

Program Pengembangan Diri Sdk Sang Timur Taman Modern

Program Pengembangan Diri Sdk Sang Timur Taman Modern

Pramuka lomba mdk 15 jurnalistik senin pukul 1315 1415 pendo.

Contoh Proposal / 26 kali tayang / 178KB

Bab Ii Tinjauan Pustaka Eprintsungacid

Bab Ii Tinjauan Pustaka Eprintsungacid

Keripik pisang adalah produk makanan ringan yang terbuat dar.

Contoh Proposal / 28 kali tayang / 144KB

Laporan Kelompok 1039 Kuliah Kerja Nyata Kkn Semester

Laporan Kelompok 1039 Kuliah Kerja Nyata Kkn Semester

8 ukkt unit kerja karang taruna sebagai contoh dan pembuatan.

Contoh Proposal / 33 kali tayang / 2,738KB

Proposal Kegiatan Mahasiswa Pdf Cygefucfileswordpresscom

Proposal Kegiatan Mahasiswa Pdf Cygefucfileswordpresscom

Bantuan dana kepada unit kegiatan mahasiswa memberikan pandu.

Contoh Proposal / 17 kali tayang / 52KB