Selat Melaka 1992 2006 Iktibar Beberapa Aspek



Keterangan eBook
Creator Microsoft Word - 5.2006-SELAT melaka-amriah-1_melayu_-r _Autosaved_
Producer ScanSoft PDF Create! 4
CreationDate 2010-06-28T14:33:13+07:00
ModDate 2010-06-28T14:33:14+07:00
Author otta orsya
Title Microsoft Word - 5.2006-SELAT melaka-amriah-1_melayu_-r _Autosaved_
Pages 14 Page
Ukuran File 193 KB
Dibuka 49 Kali
Topik Contoh Proposal
Tanggal Unggah Friday, 25 Nov 2016 - 09:45 PM
Link Unduh
Baca Halaman Penuh BUKA
Rating eBook
Bagi ke Yang Lain

Kesimpulan

GEOGRAFIA OnlineTMMalaysianJournal of Society and Space2(58-71)© 2006, ISSN 2180-249158Selat Melaka 1992-2006: Iktibar beberapa aspek permasalahandalam mengurus kesejahteraan sumber sekitaran serantauAmriah Buang11Program Geografi, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Universiti Kebangsaan MalaysiaCorrespondence: Amriah Buang (email: amriah@ukm.my)AbstrakSelat Melaka adalah laluan perkapalan utama antara Lautan Pasifik dan Lautan Hindi yang memainkanperanan penting bagi pembangunan ekonomi negara pertumbuhan pesat Asia seperti Cina, India, Jepun,dan KoreaSelatan serta negara ASEAN khususnya Malaysia, Indonesia dan Singapura.Pada 2006,jumlah minyak yang diangkut melalui selat ini dianggarkan15 juta tong sehari (2,400,000m3/d) dalamkeadaan berlakunya 34 kejadian kapal karam. Kejadian perlanunan pula telah meningkat menjelang alafbaru, iaitu 220 kejadian pada tahun 2000 berbanding dengan 25 pada 1994 (satu pertiga daripada jumlahkejadian perlanunan di seluruh dunia) sehingga memaksa negara litoral (Indonesia, Malaysia, Singapura)mengambil langkah pembanterasan yang lebih canggih teknologinya apabila kejadian perlanunan inimeningkat semula pada tahun 2004. Hasilnya ialah penurunan kejadian perlanunan kepada 150 pada2003, 79 pada 2005 dan 50 pada 2006 meskipun industri perkapalan masih dirundung kekhuatirankejadian serangan lanun akan meningkat semula. Demikianlah cabaran berterusan pengurusan sumbersekitaran serantau seperti Selat Melaka ini. Kertas ini mengimbas kembali situasi pada tahun 1992 iaituantara tahun paling mencabar pengurusan keselamatan selat ini dan merumuskan tiga iktibar-iaitu(1)kerjasama di kalangan litoral dalam memperbaiki lagi teknik dan keupayaan pengurusan; (2) tindakanpro-aktif di pihak industri perkapalan selalu membaharui dan meningkatkan sumber peralatan dankemahiran perkapalan demi mengurangkan pelanggaran kapal; dan (3) penglibatan bertanggungjawabdari kalangan pengguna antarabangsa selat ini dalam memastikan keselamatan penggunaan selat ini-yang sama pentingnya pada tahun 2006 seperti pada tahun 1992.Katakunci:bencana perkapalan,kapal pecah,pengurusan sekitaran,perlanunan,negara-negara litoral,sumber sekitaran serantauThe Malacca Strait 1992-2006: Revisiting the challenge ofmanaging a regional environmental resourceAbstractThe MalaccaStrait is the main shipping channel between theIndian Oceanand thePacific Ocean, linkingmajor Asian economies such asIndia,China,JapanandSouth Koreaas well as(Southeast AsianAssociation of Nations (ASEAN) countries, in particular, Malaysia, Indonesia and Singapore.In 2006, anestimated 15million barrels per day (2,400,000m3/d) were transported through the strait in the midst of34 ship wreck events .Piracyin the strait had been rising in the last decade-25 attacks on vessels in1994, 220 in 2000, and just over 150 in 2003 (one-third of the global total)-forcing the littoral states(Malaysia, Indonesia and Singapore) resort to more advanced counter measures when attacks rose againin the first half of 2004 . Subsequently, attacks on ships in the Strait of Malacca dropped to 79 in 2005and 50 in 2006 although the shipping industry was still harbouringfears of revival of attacks. Such wasthe ongoing challenge faced by the littoral states in managing the Malacca Strait as a regionalenvironmental resource. This paper re-visits the situation in 1992 when the challenge was at one of itsheaviest and recalls conclusively that the three factors of(1) cooperation among the littoralstates inenhancing methods and techniques of managing the strait; (2) pro-active efforts on the part of the

GEOGRAFIA OnlineTMMalaysianJournal of Society and Space2(58-71)© 2006, ISSN 2180-249159shipping companies to reduce vessel collisions by regular renewal and upgrading of gears andmanpower; and (3) responsible involvement by international users of the strait in managing safety in thestrait, are still pertinent in 2006 as they were in 1992.Keywords:environmental management,littoral states,piracy,regional environmental resource,shippinghazards, ship wreckagePengenalanSelat Melaka adalah laluan perkapalan utama antara Lautan Pasifik dan Lautan Hindi yangmemainkan peranan penting bagi pembangunan ekonomi negara pertumbuhan pesat Asiaseperti Cina, India, Jepun, dan Korea Selatan serta negara-negara ASEAN khususnya Malaysia,Indonesia dan Singapura. Dianggarkan bahawa sekurang-kurang satu perempat daripadaminyak petroleum yang diangkut melalui laut adalah melalui selat ini, terutamanya dari negara-negara minyak Teluk Parsi ke negara-negara pengguna besar seperti China, Jepun dan KoreaSelatan(Freeman,2003). Pada 2006, jumlah minyak yang diangkut melalui selat inidianggarkan15 juta tong sehari (2,400,000m3/d) ( EIA, 2006). Pada tahun yang sama 34kejadian kapal karam telah berlaku sehingga dikhuatiri mengganggu kelicinanpelayaran kapal-kapal yang menggunakan selat tersebut(Sharidan, 2006). Dalam pada itu perlanunan pula telahmeningkat menjelang alaf baru, iaitu 220 kejadian pada tahun 2000 berbanding dengan 25 pada1994. Ini bersamaan dengan satu pertiga daripada jumlah kejadian perlanunan di seluruh duniasehingga memaksa negara-negara litoral memikirkan dengan serius langkah-langkahpembanterasan yang lebih canggih teknologinya (IMO, 2001). Bilangan kejadian perlanunan inimeningkat semula pada tahun 2004 setelah menurun kepada 150 pada 2003 dan setelah negara-negara litoral meningkatkan langkah-langkah pembanterasan angka kejadian perlanunan telahmenurun kepada 79 pada 2005 dan 50 pada 2006 meskipun industri perkapalan masihdirundung kekhuatiran kejadian seranganlanun akan mneingkat semula ( Business TimesSingapore,2006).Selat Melaka yang menganjur dari garis lintang 6oU ke garis lintang 1oU (Rajah 1), memangtelah sejak ratusan tahun dahulu berfungsi sebagai lebuh laut bagi pedagang, pengembangagama, bala tentera dan pengembara. Kerana letakannya di laluan laut yang terpendek antaraIndia dengan China, maka selat ini menjadi laluan perkapalan yang kedua paling kerapdigunakan di dunia, selepas Selat Dover, terutamanya selepas pembukaan Terusan Suez yangRajah 1.Lokasi Selat Melaka

GEOGRAFIA OnlineTMMalaysianJournal of Society and Space2(58-71)© 2006, ISSN 2180-249160telah memendekkan lagi jarak perjalanan antara Dunia Barat dengan Timur. Hari ini,dianggarkan sebanyak 2,000 buah kapal dagang melalui Selat Melaka setiap hari (Far EasternEconomic Review, 19 Nov. 1992).Lantaran strategiknya letakan Selat Melaka dari segi pengangkutan dan perhubungan laut,maka selat itu sering menjadi fokus caturan pengaruh dan kuasa. Penguasa pertamanya ialahkerajaan Langkasuka yang berpangkalan di Patani pada abad ke-2. Selepas itu Selat tersebut`dikuasai' oleh pedagang Arab dan India, terutama pada zaman kegemilangan Kerajaan MelayuMelaka pada abad ke-15. Dengan penaklukan Melaka oleh Portugis pada 1511, Selat Melakabuat pertama kalinya dikuasai oleh bangsa Eropah yang mengenakan tol bagisetiap kapal yangmelalui selat tersebut. Pada abad ke-17, kuasa Belanda ke atas Selat Melaka beralih kepadaPortugis sepenuhnya sehingga 1824, apabila penjajah Barat itu terpaksa bersetuju membahagidua kawasan penguasaannya dengan British.Hari ini,Selat Melaka menjadi objek caturan pengaruh antara Malaysia, Indonesia danSingapura di satu pihak dan antara negara-negara tersebut dengan kuasa besar antarabangsa dipihak yang lain.Indonesia melihat Selat Melaka sebagai lorong masuk yang penting ke perairanpedalamannya, dan keadaan ini membawa ancaman kepada keselamatan dan kedaulatannya.Oleh yang demikian, Kerajaan Indonesia telah mengisytiharkan, prinsip perairan laut kepulauanpada Disember 1957. Prinsip itu menegaskan bahawa semua perairan yangberada di dalamgaris lurus antara dua pulau yang terluar dan 12 batu nautika selepasnya sebagai perairanpedalamannya. Ini bererti bahawa Indonesia menganggap perairan di celah-celah pulaunyasebagai sebahagian daripada wilayahnya dan penting bagi memelihara kesatuan dankemantapan negara. Justeru itu, Indonesia menuntut penggunaan laluan ikhlas di seluruhperairan kepulauannya. Bagaimanapun, Indonesia mengambil sikap membenarkan kapal kuasa-kuasa besar melalui perairannya di Selat Melaka. Kompromi menerima prinsip laluan transit inidibuat dengan harapan kuasa-kuasa besar menyokong prinsip perairan kepulauan yang ingindipertahankannya itu (Chia, 1981:240).Bagi Malaysia pula, kerisauannya mengenai penggunaan Selat Melaka oleh kapal asingadalah disebabkan oleh perhitungan keselamatan dan kedaulatan negara. Malaysia melihatpenggunaan Selat Melaka bagi perlayaran antarabangsa hanya menguntungkan kuasa maritim,sedangkan Malaysia, seperti juga Indonesia, tidak mendapat ganjaran ekonomi yang lumayandaripada pergerakan kapal di selat itu. Oleh itu tidaklah menghairankan sekiranya Malaysiaberminat mengenakan kawalan terhadap penggunaan Selat Melaka, terutamanya oleh kapalyang muatannya boleh mencemarkan perairan tersebut.Berlainan halnya dengan Singapura. Bagi republik ini, kewujudannya sebagai pusatperdagangan, penapisan minyak dan pembinaan serta pembaikan kapal yang terulung di rantauini amat bergantung kepada adanya dan banyaknya kapal minyak dan kargo membuatpersinggahan di pelabuhannya.Justeru itu, Singapura tentunya tidak senang jika laluan kapalantarabangsa di Selat Melaka dikawal atau disekat. Tambahan pula, dengan perisytiharankawasan perairan nasional sejauh 12 batu nautika dan zon ekonomi eksklusif sejauh 320kilometer oleh Malaysia dan Indonesia, Singapura menjadi negara terkurung pelantar. Keadaanini menyukarkan armada nelayannya memasuki dan memanfaatkan kawasan laut jauh (Chia,1981:241).Di kalangan masyarakat antarabangsa, negara yang paling bergantung kepada Selat Melakaialah Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. Semua negara ini bergantung kepada minyak mentahyang diimport dari Timur Tengah dan diangkut menerusi Selat Melaka. Jika laluan menerusiSelat Melaka disekat oleh negara pesisirnya, seperti Indonesia dan Malaysiamaka kapalpengangkut minyak terpaksa menggunakan Selat Lambok dan ini bererti menggunakan laluanyang 1,600 kilometer lebih jauh berbanding laluan Selat Melaka.Namun penggunaan Selat Melaka oleh kapal pengangkut kargo dan minyak mentahantarabangsa telah mewujudkan dimensi baru dalam pengurusan kesejahteraan Selat Melaka,iaitu meningkatnya risiko keterancaman selat itu akibat kejadian tumpahan minyakdaripadapelanggaran kapal. Tidak kurang pentingnya adalah meningkatnya risikoketerancaman anak-anakkapal yang menggunakan Selat Melaka akibat bertambahnya kejadianperlanunan di selat itu.

GEOGRAFIA OnlineTMMalaysianJournal of Society and Space2(58-71)© 2006, ISSN 2180-249161Persoalan yang timbul ialah siapakah yang lebih bertanggungjawab mengurus danmemelihara kesejahteraan Selat Melaka sebagai satu lingkungan (persekitaran) serantau.Jikajawapannya ialah ketiga-tiga negara pesisirnya (Indonesia, Malaysia dan Singapura).Bagaimanakah ketiga-tiga negara ini dapat berkongsi tanggungjawab memandangkan masing-masing mempunyai kepentingan yang tersendiri dan berlainan terhadap selat ini?Tulisan ini cuba meninjau beberapa aspek permasalahan dalam mengendalikanketerancaman pelanggaran dan tumpahan minyak daripada kapal yang menggunakan laluanSelat Melaka, dan ancaman daripada kegiatan perlanunan di perairan selat itu.Masalah pelanggaran kapal dan tumpahan minyakKes-kes kemalangan dan tumpahan minyakPencemaran Selat Melaka akibat tumpahan minyak sebenarnya telah pun bermula sejak tahun1920-an lagi, tetapi masalah ini hanya dijadikan isu sejak dua dekad kebelakangan ini keranameningkatnya kekerapan dan skala kemalangan. Misalnya, bagi tempoh antara 1968-76, MajlisSelat Melaka yang beribu pejabat di Jepun melaporkan bahawa berlaku sebanyak 43kemalangan di Selat Melaka, yang melibatkan 71 bahtera, yang kebanyakannya terdiri daripadakapal tangki minyak.Antara kejadian pencemaran minyak yang penting ialah penemuan beberapa tompokanminyak hitam di pantai Port Dickson pada bulan Julai 1974. Akibat tumpahan tersebut ialahkurangnya hasil tangkapan ikan di sekitar pantai tersebutdan ini bererti kehidupan kaumnelayan di kawasan itu terjejas (Utusan Konsumer, Ogos, 1976).Kemudian pada bulan Januari 1975, kapal tangki minyak Jepun Showa Maru yang beratnyamelebihi 237,000 tan, terkandas dekat Pulau Sebarok. Kapal itu membawa 224,000 tan minyakmentah dari Teluk Parsi ke Jepun, dan hampir satu juta gelen daripadanya telah tumpah ke SelatMelaka.Pada bulan Oktober 1975 pula, kapal kargo Tolo Seayang membawa 200 tong minyakbunker terkandas dekat pelabuhan Pulau Pinang. Sebanyak 60 tong daripada minyak bunkertersebut telah tumpah dan menjejaskan hidupan laut dan pantai di utara pulau tersebut.Seterusnya pada bulan Julai 1976, kapal tangki minyak Filipina seberat 10,000 tan DiegoSilang telah berlanggar dengan dua buah kapallain, kira-kira 12 batu dari pantai antara BatuPahat dengan Pulau Pinang. Perlanggaran ini telah menumpahkan 6,000 tong minyak yangmeliputi kawasan seluas 450 hingga 500 batu persegi (1165-1259 km persegi).Selepas ini, sekurang-kurangnya enam kejadiantumpahan minyak di Selat Melaka dikesandari 1977 ke 1979, 28 kejadian lagi bagi tempoh 1980-1990 dan empat kes terbaru dari 1991ke 1993. Ini menjadikan jumlah kejadian tumpahan minyak di Selat Melaka yang diketahuisejak 1968 ialah 81 kes.Tidak semua tumpahan minyak ini disebabkan oleh pelanggaran dan terkandasnya bahtera;ada juga yang disebabkan oleh kebocoran saluran tangki dan buangan tidak sengaja sepertihalnya dengan kejadian tumpahan yang berlaku dari 1977 ke 1987.Tahun 1992 boleh dianggap sebagai tahun nahas bagi Selat Melaka kerana pada tahun itusahaja enam kemalangan berlaku. Pertama, pada bulan Jun, kapal pemusnah tentera lautAmerika Syarikat, Ingersol, berlanggar dengan sebuah kapal dagang Singapura, mengakibatkanbanyak kerosakan walaupun tiada nyawa yang terkorban. Kemalangan kedua berlaku pada 21Jun apabila kapal tangki minyak Chon Hong III dari Korea Selatan meletup ketikamenyalurkan minyak ke depot Shell di Pelabuhan Kelang. Letupan yang membakar selama 13jam itu mengorbankan 13 nyawa. Ketiga, pada bulan Julai dua buah kapal supertangki minyaktelah berlanggar mengakibatkan satu kematian tetapi tanpa menumpahkan minyak.Kemalangan keempat berlaku pada 23 Ogos kira-kira 20 batu nautika dari Port Dickson. Dalamperistiwa ini, sebuah kapal pukat tunda Taiwan, Terfu 51, berlanggar dengan kapal penumpangSingapura, Royal Pacific. Dalam tragedi ini Royal Pacific tenggelam dan sembilan daripada535 penumpangnya mati. Kemalangan kelima dan paling buruk berlaku pada 20 September,apabila kapal tangki minyak Nagasaki Spirit, seberat 96,000 tan berlanggar dengan bahterakontena Ocean Blessing kira-kira 18 batu nautika dari Belawan, Sumatera Utara. Dalam

GEOGRAFIA OnlineTMMalaysianJournal of Society and Space2(58-71)© 2006, ISSN 2180-249162tragedi ini, hanya dua daripada 45 orang yang berada di dalam kedua-dua tersebut kapal dapatdiselamatkan, manakala 13,000 tan daripada 57,000 tan minyak mentah yang dibawa olehNagasaki Spirit dianggarkan tumpah dan mengancam kawasan sumber laut dan pantai yangmenjadi asas berbagai-bagai kegiatan ekonomi di pantai barat, Semenanjung Malaysia.Kemalangan keenam berlaku pada 13 November, apabila dua buah kapal dagang berlanggar diPelabuhan Kelang.Tragedi terbaru di Selat Melaka berlaku pada 21 Januari 1993, apabila kapal tangki minyakDenmark, Maersk Navigator, berlanggar dengan kapal tangki minyak, Sanko Honour, dekatPulau Ronda, di utara Pulau Sumatera yang menyebabkan tertumpahnya sebahagian daripada225,000 tan metrik minyak mentah yang diangkut oleh kedua-dua kapal tangki tersebut.Semua kejadian ini menggambarkan betapa kerap dan tragisnya kemalangan kapal di SelatMelaka, dan dengan itu, betapa terancamnya persekitaran fizkal dan sumber di selat tersebutserta penduduk yang bergantung hidup kepada sumber-laut dan pantai di perairan itu. Hal inibertambah tenat jika kita mengambil kira bahawa pencemaran yang berlaku di kawasan perairanyang bersebelahan dengan Selat Melaka juga boleh menambahkan lagi keterancamanpencemaran selat itu. Misalnya, seperti yang dilaporkan oleh Majlis Selat Melaka, kebanyakandaripada43 kejadian kemalangan kapal di dalam tempoh 1968-76 berlaku di Selat Singapuradan dekat Rumah Api Horsburgh di pintu masuk timur Selat Singapura.Purata kejadiantumpahan minyak di selat itu dalam tempoh 1968-78 ialah 74 setahun (Ausafur Rahmatet al.,1980: 11-17), iaitu melibatkan purata tumpahan minyak mentah sebanyak 100 tan bagi setiapkejadian. Meskipun skala tumpahan tersebut kecil, namun kesan kumulatifnya apabila dibawake Selat Melaka tentunya akan meningkatkan lagi kadar pencemaran di perairan itu. Begitujuga, kejadian kemalangan di Laut Andaman boleh memburukkan lagi pencemaran di SelatMelaka, seperti dengan kejadian letupan kapal Yujin Busan di timur perairan KepulauanNicobar, kira-kira 288 km dari Pulau Langkawi pada 18 Jun 1992.Sebab mudahnya berlaku kemalanganFaktor yang memudahkan berlakunya kemalangan kapal yang membawa kepada pencemaran diSelat Melaka ialah : (1) faktor fizikal, (2) faktor cuaca, (3) faktor kepadatan lalu lintas, (4)faktor pertimbangan jurumudi dan (5)keuzuran bahtera.Faktorfizikalmerujuk kepada keadaan rupa bumi dan hidrologi Selat Melaka itu sendiri(Rajah 1). Selat Melaka berbentuk kelalang sendeng, iaitu lebar di bahagian utara barat laut dangenting di bahagian selatan tenggara. Bentuk ini bererti sebahagian daripada Selat Melaka, iaituke selatan dari Bandar Melaka, adalah sempit, iaitu kurang daripada 39 km lebar. Kesempitanini meninggikan risiko pelanggaran vesel-bahtera besar, terutamanya kerana ceteknya air disini. Keadaan lalu lintas bertambah bahaya lagi kerana adanya beting, gelombang pasir danbangkai kapal di dasar laut. Kerja mengukur yang dibuat dari 1969 ke 1974 oleh Majlis SelatMelaka Jepun telah dapat mengenal pasti sebanyak 89 kawasan yang kedalaman airnya kurangdaripada 23 meter. Tempat yang amat genting menganjur dari antara Tebing Satu Fatomdekat Pelabuhan Kelang hingga ke Terusan Phillip. Di bahagian utara barat laut yang lebihluas, kedalaman airnya berbeza-beza, iaitu dari 34 meter hinggalah 84 meter di kawasanpertindanan antara perairan Malaysia dengan perairan Indonesia. Dekat Kepulauan Aruah,Indonesia, kedalaman air cuma 18-19 meter sahaja. Arah ke Pelabuhan Kelang pula, terdapatgugusan beting Angsa, North Sands, Tebing Satu Fatom dan Smith Sands. Di sini, kedalamanair cuma 10 meter sahaja. Kehadiran beting tersebut dan kecetekan kebanyakan airnyamenjadikan kapal besar hanya mempunyai ruang air 600 meter lebar dan 23 meter dalam untukberlayar.Selepas Pantai Port Dickson, beting meminggiri pantai barat Malaysia, termasuklah BetingPiramid dekat Cape Rachado, Beting Raleigh dan Tebing Roy Rob. Kehadiran beting itumenyebabkan bahtera besar terpaksa membuat pergerakan sesiku. Laluan menjadi sempit dipinggir selatan tenggara Selat Melaka; di situ jarak antara Pulau Kukup (Malaysia) denganPulau Karimun Kecil (Indonesia) cuma 13.4 km dan keluasan perairan yang boleh dilayaricuma 12.6 km. Sayugia diingat bahawa laluan utama Selat Melaka adalah juga disilangi olehlaluan dan bahtera antara pulau, seperti kepulauan Riau, dan ini meninggikan lagi risiko

GEOGRAFIA OnlineTMMalaysianJournal of Society and Space2(58-71)© 2006, ISSN 2180-249163pelanggaran. Selain dari itu, pelayaran disukarkan lagi oleh hakikat bahawa Selat Melakamengalami rejim pasang surut yang tidak sekata, iaitu air surut tidak sama kedalamannya.Faktorcuacamerujuk kepada sifat dan arah tiupan angin sepanjang tahun di Selat Melaka.Meskipun selat tidak mengalami ribut siklon atau taufan, namun badai (Badai Sumatera) yangdiiringi dengan tiupan angin kencang sederas 80 km sejam sering dialami berhari-haridi SelatMelaka pada musim monsun barat daya. Ini menyukarkan pelayaran di selat itu. Selain itu,hujan ribut turun berjam-jam lamanya dalam bulan sebelum monsun timur laut (Disember-Januari). Dalam ribut begini, kenampakan adalah rendah dan ini membahayakan pelayaran diselat tersebut.Faktorkepadatan lalu lintasmerujuk kepada bilangan bahtera yang melayari Selat Melakapada satu-satu masa. Anggaran yang dibuat pada tahun 1975 ialah sejumlah 4,500 bahteramenggunakan Selat Melaka setiap bulan, atau150 kapal sehari (Utusan Konsumer, Ogos,1976). Hampir 75 peratus daripada jumlah bahtera itu terdiri daripada kapal tangki minyakmentah. Sebuah kapal tangki minyak biasanya mengambil masa 36 jam untuk berlayar dariLaut Andaman ke Laut China Selatan.Ini bererti, pada tahun 1975, terdapat 150 bahtera yangmelalui Selat Melaka setiap hari. Sebuah kapal tangki minyak harus berselisih dengan 112 buahbahtera dalam pelayarannya mengharungi Selat Melaka. Ini bersamaan dengan melalui satubahtera bagi setiap 19.2 minit.Besar kemungkinan bahawa bilangan 150 bahtera sehari itu merupakan anggaran yangrendah. Bilangan sebenarnya adalah lebih tinggi kerana adanya pergerakan bahtera yangberulang-alik secara langsung dari Indonesia melalui Selat Durian; adanyapergerakan bahterayang berulang-alik dari pelabuhan di Sumatera, seperti Dumai dan Sg. Pakning; adanya bahterayang memunggah dan memuat barangan dan penumpang di pelabuhan Pulau Pinang, Kelang,Port Dickson dan Melaka tanpa melalui Selat Singapura; danbanyaknya kapal kecil dan kapalnelayan yang melintasi Selat Melaka setiap hari.Oleh itu tidaklah menghairankan sekiranya perangkaan terakhir menganggarkan sejumlah2,000 bahtera dagang (200 kapal besar dan 1,800 kapal kecil, termasuk kapal pukat tunda)menggunakan Selat Melaka setiap hari, tidak termasuk bahtera angkatan tentera laut tempatandan asing dan kapal peronda. Ini bererti bahawa sebuah kapal tangki minyak harus berselisihdengan 1,500 kapal besar dan kecil sepanjang melayari Selat Melaka, atau berselisih denganbahtera bagi setiap 1.4 minit. Ini juga bererti bahawa Selat Melaka mengalami kesesakan yangtinggi (kedua tertinggi di dunia selepas Selat Dover). Kesesakan seperti ini hanyamenambahkan risiko pelanggaran, terutama apabila potong-memotong berlaku disebabkan olehhalaju bahtera yang berbeza-beza. Setengah-setengah kapal nelayan suka pula berlabuh dikawasan air dalam yang dimaksudkan untuk laluan kapal besar. Malah, terdapat juga laporanbahtera seberat 100,000 dwt. berulang kali bergerak pada arah yang salah dalam terusan yangditetapkan.Faktorpertimbangan jurumudimerujuk kepada kesukaran yang dialami oleh jurumudibahtera untuk mengimbangi arah tujuan kapal yang dikehendaki dengan Peraturan PencegahanPerlanggaran di Laut yang menuntut jurumudi mengelak daripada berada di laluan kapal lain.Perlanggaran berlaku apabila masing-masing jurumudi mempunyai tanggapan yang berlainantentang jarak laluan atau jarak selisihan yang selamat. Kapal yang lebih kecil lebih mudahdikemudi dan dengan itu sering berada terlalu dekat dengan kapal-kapal besar sehinggamenyukarkan pengendalian bahtera besar tersebut.Selain itu, kapal kontena yang sentiasa hendak cepat sampai ke destinasi dan kapal nelayanyang muncul entah dari mana, seringenggan menukar haluan untuk memudahkan laluan kapalbesar. Dalam keadaan begini tidak hairanlah jika risiko pelanggaran sentiasa tinggi di SelatMelaka.Akhir sekali, faktorkeuzuran kapalmerujuk kepada kelemahan pengurusan industriperkapalan mengutamakan keselamatan sehingga kapal yang telah uzur dan berusia lebih 15tahun masih digunakan. Ini memudahkan kapal tersebut karam dan hilang di laut apabila terli-bat dalam perlanggaran atau kemalangan yang sepatutnya kecil dan tidak mengakibatkankerugian besar.Respon negara-negara litoral. Kemalangan dan pelanggaran kapal serta pencemaran laut danpantai yang diakibatkannya memanglah dikhuatiri oleh Malaysia. Ini tidaklah menghairankan

GEOGRAFIA OnlineTMMalaysianJournal of Society and Space2(58-71)© 2006, ISSN 2180-249164kerana Selat Melaka membekalkan lebih 70 peratus sumber proteinkepada lebih setengah jutapenduduknya menerusi penghasilan lebih 300,000 tan ikan setahun. Bagi Malaysia, SelatMelaka juga ialah habitat pembiakan hasil laut seperti ikan, udang, kerang dan tiram yangmendatangkan pendapatan lebih RM500 juta setahun (Utusan Konsumer, Ogos, 1976).Kepentingan selat itu sebagai sumber laut tidak berubah meskipun bilangan nelayan negaratelah berkurangan, kerana dasar terbaru kerajaan adalah memajukan akuakultur dan perikanantepi pesisir, di samping memajukan perikanan laut dalam (Rancangan Malaysia Keenam, 1991:96-114). Oleh itu, pencemaran dan tumpahan minyak akibat pelanggaran kapal di Selat itudianggap sebagai malapetaka ekonomi yang besar.Misalnya, tumpahan minyak akibat pelanggaran kapal tangki Nagasaki Spiritdengan kapalkontena Ocean Blessing pada 20 September 1992 dianggarkan boleh memusnahkan industriperikanan di pantai barat Semenanjung, terutamanya di negeri sebelah utara, iaitu Perlis, Kedah,Perak dan Selangor.Sekiranya keadaan ini terus berlaku, 28,000 nelayan di negeri tersebutakan kehilangan mata pencarian, dan Malaysia akan kehilangan 500,000 tan metrik ikan yangbernilai RM790 juta, dan kemusnahan sebuah pusat pengembangan benih udang harimau diPulau Sayak, Kedah (Jabatan Perikanan dipetik olehBerita Harian, 9-10 Oktober, 1992:4).Malaysia juga akan kehilangan daya tarikan pelancong ke beberapa buah pantai di PulauLangkawi dan Pulau Pinang yang bererti sebahagian besar daripada industri pelancongannyaakan lumpuh. Dari segi hidupan liar, Malaysia akan kehilangan berbagai-bagai jenis burunglaut dengan terjejasnya ekosistem di Pulau Perak dan puluhan jenis batu karang dan hidupanlaut dengan terjejasnya ekosistem paya bakau di pantai-pantai berkenaan.Kekhuatiran Malaysia bukanlah tidak berasas. Dalam kes tumpahan minyak kapal tangkiNagasaki Spirit, misalnya, risiko bagi Malaysia menjadi mangsa pencemaran adalah lebih tinggiberbanding Indonesia. Ini kerana, meskipun perlanggaran terjadi di kawasan perairanIndonesia, tetapi arah tiupan angin dan arus di Selat Melaka akan menghanyutkan tompokan-tompokan minyak yang tumpah ke perairan Malaysia.Oleh sebab risiko yang tinggi itulah maka pendekatan Malaysia terhadap penggunaan SelatMelaka oleh kapal asing sejak 1960 lagi ialah menyahantarabangsakannya, iaitu denganmelebarkan sempadan perairan kebangsaannya kepada 12 batu nautika dan sempadan zonekonomi eksklusifnya kepada 320 kilometer agar negara ini dapat mengawal Selat Melakadaripada digunakan sebagai laluan transit oleh kapal dagang antarabangsa dan kapal-kapalkuasa besar.Pendekatan Malaysia ini diikuti oleh Indonesia atas sebab yang sama. Selat Melaka jugaialah kawasan sumber yang penting bagi Indonesia, khususnya bagi Acheh, Sumatera Utara danRiau. Perikanan di ketiga-tiga wilayah ini menyumbang sekitar 23 peratus daripadapenghasilan pengeluaran perikanan negara (Perangkaan Perikanan Indonesia 1979). Di WilayahSumatera Utara, sektor perikanan adalah salah satu sektor yang mengalami pertumbuhan 17.9peratus dalamtempoh 1985-1988 (Pejabat Perangkaan dan Lembaga Pembangunan WilayahSumatera Utara), sementara kadar pertumbuhan bagi perikanan di Wilayah Acheh dalam jangkamasa yang sama ialah 21.3 peratus (Pejabat Perangkaan Acheh). Indonesia akan kehilangansemua hasil tersebut jika pantai dan perairan Selat Melakanya tercemar, di samping jugakehilangan faedah ekonomi dari kawasan paya bakau yang banyak terdapat di pantai selat itu.Oleh itu tidaklah menghairankan sekiranya sejak tahun 1969 lagi, Indonesia telahmelebarkan sempadan perairannya kepada 12 batu nautika dan sempadan zon ekonomieksklusifnya kepada 320 kilometer, dan kemudiannya pada 17 Mac 1970, memetrikanPerjanjian Persahabatan dengan Malaysia untuk membahagi dua perairan Selat Melaka.Langkah Malaysia dan Indonesia ini memanglah tidak disenangi oleh masyarakatantarabangsa sehingga pada bulan Julai 1971, Jepun mengambil daya usaha mengemukakankepada Inter-Governmental Maritime Consultative Organization (IMCO) suatu cadangan skemapemisahan lalu lintas di Selat Melaka. Langkah ini ditolak oleh ketiga-tiga negara litoralmenerusi satu perisytiharan bersama pada bulan November 1971.Perisytiharan bersama tahun 1971 itu, bagaimanapun, menyembunyikan hakikat bahawaterdapat kesukaran dan perselisihanpendapat di kalangan negara litoral tentang cara terbaikdalam pengurusan penggunaan Selat Melaka; khususnya antara Indonesia dengan Malaysia disatu pihak lain antara kedua-dua negara itu dengan Singapura di pihak yang lain. Malaysia

GEOGRAFIA OnlineTMMalaysianJournal of Society and Space2(58-71)© 2006, ISSN 2180-249165telah mencadangkanagar levi dikenakan ke atas kapal yang menggunakan Selat Melaka tanpamengira saiznya. Indonesia pula mencadangkan agar kapal tangki minyak yang melebihi200,000 dwt dilarang melalui selat tersebut. Kedua-dua cadangan ini tidak dapat diterima olehSingapura kerana kedua-duanya akan mengurangkan bilangan kapal yang akan singgah dipelabuhannya dan dengan itu akan menjejaskan ekonomi republik tersebut. Perselisihanpendapat ini berterusan sehingga Jun 1973 apabila, akhirnya, satu kumpulan Pakar TeknikalTiga Negara ditubuhkan untuk merangka suatu skema pemisahan lalu lintas di Selat Melakayang mengambil kira kepentingan ketiga-tiga negara litoral dan pengguna utama lainnya.Tiada perkembangan selepas itu sehinggalah peristiwa pelanggaran kapal tangki minyakJepun di Buffalo Rock, di Selat Singapura yang menumpahkan 3,400 tan minyak mentah padabulan Januari 1975. Peristiwa itu memaksa ketiga-tiga negara litoral menubuhkan di peringkatkementerian, Majlis Keselamatan Navigasi dan Kawalan Pencemaran Lautsebulan kemudian,dan bersetuju mewujudkan skema pemisahan lalu lintas serta mengenakan sekatan ke ataspergerakan kapal tangki minyak yang besarSehingga bulan Jun 1975, persetujuan masih gagal dicapai mengenai Kelegaan Bawah Lunas(KBL) yang harus dikenakan kapal tangki besar. Indonesia mencadangkan KBL 4.4 meter,Malaysia, 4.5 meter, manakala Singapura, 2.5 meter. Dalam pada itu, pada bulan Julai 1976,berlaku pula pelanggaran di antara sebuah kapal penumpang dengan kapal tangki Diego Selangdan kapal tangki Vystak, 19 km dari Pantai Batu Pahat dan menumpahkan 6,000 tong minyak diSelat Melaka. Maka baharulah ketiga-tiga negara bersetuju dengan KBL minimum, iaitu 3.5meter, dan menggubal skema pemisahan lalu lintas bagi bahtera berdrauf lebih 15 meter, di tigatempat yang dianggap paling genting, iaitu di Tebing Satu Fatom (dekat Pelabuhan Kelang) diTerusan Phillip dan di Rumah Api Horsburgh.Bahtera yang terlibat juga tidak boleh melebihihad kelajuan 12 knot. Skema ini telah diterima oleh IMCO pada bulan November 1975 dandikuatkuasakan pada pukul 0001, 1 Mei 1981 (Jabatan Laut Malaysia, 15 Nov. 1993). Adacadangan daripada Malaysia untuk dimesyuaratkan oleh ketiga-tiga negara litoral, agar skemaini dikaji semula dan dikuatkuasakan di lebih banyak tempat genting di selat tersebut (NewStraits Times, 12 November 1993:14).Skema seperti ini, bagaimanapun, ada kelemahannya. Dengan mengarahkan bahterabergerak pada satu-satu hala, kapal akan bergerak dari sebelah pelabuhan ke sebelah pelabuhanlain. Pergerakan lebih menepi ini akan mengurangkan risiko pelanggaran di tengah selat tetapiakan meningkatkan pula kemalangan di kedua-dua muka Selat Melaka kerana banyaknya kapalyang saling melintasi bahagian Selat itu untuk memasuki atau meninggalkan lorong yangdiarahkan.Barangkali bahaya ini boleh diatasi dengan menguatkuasakan pula cara lain, sepertipemaliman wajib, pengawasan berradar pemeriksaan bahtera, dan pelaporan wajib. Pemalimwajib bererti nakhoda harus memandu sendiri kapalnya dan tidak hanya bergantung kepadasistem pemanduan automatik. Pengawasan dengan radar membolehkan kapal diberi amarantentang keadaan yang mungkin membahayakan. Pemeriksaan kapal oleh Port State Central forAsia Pacific bertujuan memastikan keutuhan bahtera dan kejelasan pihak yangbertanggungjawab terhadapnya. Pelaporan wajib bertujuan supaya setiap kapal melaporkankehadirannya kepada penguasa negaralitoral apabila sesebuah kapal itu memasuki perairanmana-mana negara, dan ini memudahkan kapal itu diawasi.Semua langkah ini, sekiranya dipersetujui dan dilaksanakan dengan bijaksana, tentunya akanmenjamin keselamatan Selat Melaka dan memelihara kepentingan ekonomi dan persekitarannegara-negara litoral. Tetapi masalahnya ialah siapakah yang harus membiayai kospelaksanaannya. Malaysia tidak bersetuju jika beban ini hanya ditanggung oleh ketiga-tiganegara litoral sahaja dan menggesa agar suatu kaedah digubal supaya negara pengguna lainnyaturut memikul beban ini. Setakat ini, hanya negara Jepun sahaja yang telah menyumbangsebanyak 400 juta yen (RM 20 juta) kepada dana pusingan membasmi pencemaran akibattumpahan minyak di Selat Melaka.Sehingga kini, nampaknya, sejauh mana negara-negara litoral Selat Melaka dapat melibatkansumbangan dan penanggungjawaban negara pengguna lain bergantung kepada sejauhmanamereka berdaya dan berjaya menguatkuasakan konvensyen antarabangsa yang berkaitan,seperti, "International Convention of Civil Liability for Oil Pollution Damage, 1969",

GEOGRAFIA OnlineTMMalaysianJournal of Society and Space2(58-71)© 2006, ISSN 2180-249166"International Convention onthe Establishment of International Fund for Compensation for OilPollution Damage, 1971", dan "International Convention on Marine Pollution (Marpol),1973/78".Masalah perlanunanMagnitud perlanunanSelat Melaka bukan sahaja terkenal sebagai antaralaluan kapal yang paling sibuk di dunia,tetapi juga terkenal sebagai antara sarang lanun yang terbesar di dunia. Misalnya, InternationalMaritime Bureau (IMB) melaporkan bahawa perairan Asia Tenggara, termasuklah danterutamanya, Selat Melaka menjadi medan bagi 69 peratus kejadian perlanunan di seluruh duniabagi tahun 1992 (New Straits Times, 12 Oktober 1993).Perlanunan, bagaimanapun, bukanlah perkara baru Selat Melaka. Selat ini memang telahmenjadi sarang lanun sejak kurun Masehi ke-4 lagi dan menjadi masalah besar kepadapedagang dari China dan India sehingga jalan darat yang merentasi Genting Tiga Pagoda diperbatasan Siam-Burma dan Segenting Kra terpaksa dibina untuk menghindari Selat Melaka.Kemudian sejak abad ke-15, dengan bersembunyi dicelah-celah hutan paya bakau yang banyakmeminggiri selat tersebut, kumpulan lanun akan menyerang kapal dagang dengan menggunakanbot kecil yang lengkap dengan senapang putar, sehinggalah mereka ditewaskan oleh angkatanInggeris-Belanda pada 1860 (Britannica Encyclopedia, 1974, 9: 477-79).Yang barunya tentang fenomena perlanunan di Selat Melaka adalah meningkatnyakekerapan dan keganasan serangan. Misalnya, dari bulan Januari ke Mei, 1992, 44 kejadianserangan lanun ke atas kapal dagang yang melalui selat ini telah dilaporkan (Far EasternEconomic Review, 2 Julai 1993).Persatuan Perkapalan Kebangsaan Singapura melaporkan bahawa serangan lanun ke ataskapal ahlinya meningkat daripada tiga pada tahun 1989 kepada 32 pada tahun 1990 dan 61 padatahun 1991. Lanun menggunakan bot laju, bersenjatakan parang, pistol benar atau palsu danbom petrol. Mereka mengikat, memukul dan menetak anak kapal. Mereka merampas wangtunai, jam tangan, teropong kapal, peti radio mudah alih dan kamera.Kesan perlanunanAkibat kekerapan serangan lanun di Selat Melaka adalah terganggunya kegiatan perkapalan danpengangkutan kargo di selat tersebut.Oleh kerana tingginya risiko diserang, maka kadartambang muatan dan premium insuran kapal juga mungkin meningkat. Tetapi padah yang amatditakuti adalah terjadinya pelanggaran dan tumpahan minyak apabila kapal bergerak lama tanpadipandu kerana nakhoda dan anak kapal diikat atau dibelasah oleh lanun, seperti yang berlakupada sebuah kapal tangki pada tahun 1992 (Far EasternEconomic Review, 19 November,1992). Akhirnya jika tidak dibasmi, perlanunan akan menyebabkan kapal menghindari SelatMelaka dan ini akan menjejaskan ekonomi negara litoral, terutama Singapura. Setakat ini, telahpun ada seruan agar kapal mengelak daripada singgah di pelabuhan Singapura (Far EasternEconomic Review, 2 Julai 1993).Sarang lanun ini dikatakan terletak di Kepulauan Riau di perairan Indonesia. Kedudukannyacuma 45 minit perjalanan bot dari Singapura dan Semenanjung Malaysia. Kepulauan initerdiridaripada 180 buah pulau kecil yang bertaburan di sekitar Terusan Phillips (Rajah 1). Lanundikatakan terdiri daripada orang tempatan. Pengetahuan dan kemahiran mereka tentangkeadaan tempatan membolehkan mereka menggunakan pulau dan selok-belok perairan di celah-celahnya untuk mengatur serangan dan menghilangkan diri dengan cekap. Apatah lagi denganpenggunaan bot laju 150kk.Ada pendapat yang mengaitkan kekerapan serangan lanun dengan penguatkuasaan skemapemisahan lalu lintas di Selat Melaka sedekad lalu. Menurut skema ini, kapal mestimenggunakan lorong yang telah ditetapkan untuk mengelakkan kesesakan. Salah satu daripadalorong ini menggunakan Terusan Phillips yang menghubungkan pulau-pulau Riau dengan SelatMelaka dan Selat Singapura. Di sinilah terjadinya banyak serangan kerana kapal terpaksa

GEOGRAFIA OnlineTMMalaysianJournal of Society and Space2(58-71)© 2006, ISSN 2180-249167mengurangkan kelajuan bila melintasi pulau-pulau dan batu karang yang berselirat di situ.Lanun mudah memanjat kapal yang bergerak perlahan.Ada pula pendapat yang mengaitkan kekerapan serangan (peningkatan perlanunan) denganketakseimbangan pembangunan di Batam. Batam merupakan salah sebuah pulau di kepulauanRiau, Indonesia, yang terlibat dalam projek pertumbuhan segi tiga selatan atau SIJORI(Singapura-Johor-Riau).Dalam program pembangunan itu, Batam berperanan sebagai kawasansumber yang membekalkan tenaga buruh murah. Oleh itu, pulau itu sedang mengalamipembangunan perindustrian dan hartanah yang pesat ekoran daripada pelaburan tempatan(berjumlah US$2.05 bilion sehingga 1992) danpelaburan asing berjumlah (US$ 1.1 sehingga1992) yang mencurah masuk, di samping menjadi destinasi pelancong yang ketiga terbesar diIndonesia. Pada tahun 1992, Batam mengeksport barangan pembuatan bernilai US$564 juta,iaitu dua kali ganda daripada nilai eksport tahun sebelumnya (Far Eastern Economic Review,20 Mei 1993).Meskipun Batam menjanjikan pekerjaan dan peluang memperbaiki taraf hidup pehijrahIndonesia, namun tidak semua mereka mendapat pekerjaan yang diharapkan. Kos hidup yangtinggi dan kadar upah yang rendah di Batam menyukarkan kesampaian masyarakat pekerjatempatan terhadap perumahan dan perkhidmatan lain-lain. Kegagalan mendapatkan pekerjaandan kesempitan hidup mendorong sebahagian mereka melakukan atau membantu pekerjaanyang menyalahi undang-undang seperti menyeludup, melacur dan melanun (Far EasternEconomic Review, 2 Julai 1992, 20 Mei 1993).Membanteras perlanunanBagaimanakah perlanunan di Selat Melaka dapat dibanteras? Pasukan kerja IMO (InternationalMaritime Organization) yang menggantikan IMCO telah mengemukakan suatu plan tindakananti-serangan lanun yang meliputi empat perkara:(1)keperluan menghebatkan pengawasan dengan menggunakan peralatan lampu penerang danperalatan pengesan dan pengawasan canggih; (2) responsanak kapal apabila kemungkinanserangan dapat dikesan, atau apabila diserang; (3) pematuhan tata cara penggera radio; dan (4)pelaporan setiap serangan atau percubaan serangan (New Straits Times, 12 Oktober 1993).Selain empat perkara di atas, IMO juga menasihatkan pemilik kapal memastikan agar: tidakmembawa banyak wang tunai di kapalnya; memastikan wasikah dan tauliah setiapkakitangannya; kapal mengelak daripada memasuki perairan bersarang lanun; menghadkan,mengambil gambar, mencatat dan mengawal mereka yang dibenarkan memasuki kapal sewaktuberlabuh atau singgah di pelabuhan; menghadkan pengedaran dokumen yang mengandungimaklumat kargo yang dibawa; memeriksa rapi setiap pintu masuk ke tempat-tempat pentingdalam kapal sebelum meninggalkan pelabuhan;membanyakkan pemerhatian dari anjunggeladak; apabila diserang, tidak menggunakan senjata api tetapi pancutan air dengan tekanan 80lb.bagi setiap satu inci persegi; jika boleh menggunakan roda-roda berat untuk membanyakkankocakan air kerana ini boleh menyukarkan bot lanun mendekati dan memanjat kapal;memastikan kakitangan yang tidak bertugas berada dalam tempat yang selamat; dan akhir seka-li, sentiasa berwaspada.Tidak semua saranan ini dapat dilaksanakan oleh pemilik dan pengurus kapal. Mengetatkankawalan di kapal membanyakkan belanja penyelenggaraan kerana lebih ramai anak kapalterpaksa digaji untuk membuat pengawasan. Tidak melalui perairan yang menjadi sarang lanunjuga tidak mudah dilakukan, kerana cara ini melambatkan pelayaran dan tidak pula dapatmenjamin keselamatan. Penggunaan radar pengesan pula tidak semestinya berkesan kerana botlanun sukar diradar kerana saiznya yang kecil dan diperbuat daripada kayu atau hentian kacadan juga kerana serangan dilakukan secara mengejut. Oleh itu, industri perkapalan menuntutagar ketiga-tiga negara litoral Selat Melaka mengambil tindakan sewajarnya.Ini juga menimbulkan masalah kerana pelaksanaan tindakan melibatkan masalah bidangkuasa. Oleh kerana kebanyakan kes perlanunan berlaku di perairan Indonesia dan oleh rakyatIndonesia, maka amat sedikit yang dapat dlakukan oleh kerajaan Singapura dan kerajaanMalaysia. Lagi pun, bidang kuasa melibatkan soal kedaulatan dan wilayah, dan semua inimerupakan isu sensitif yang enggan dieksploitasi oleh mana-mana negara litoral. Misalnya,Singapura merasa sukar untuk menggesa Indonesia agar mengambil tindakan pembenterasan

GEOGRAFIA OnlineTMMalaysianJournal of Society and Space2(58-71)© 2006, ISSN 2180-249168yang lebih tegas kerana kedudukannya sendiri dalam konteks segi tiga pertumbuhan SIJORIamat dipersoalkan oleh Indonesia. Orang Singapura dikatakan penyebab berlakunya inflasi diBatam kerana kuasa beli mereka yang lebih tinggi. Orang Singapura juga dikatakan penyebabberkembangnya kegiatan pelacuran di Batam kerana kuasa bayar mereka yang menarik. Malah,penyertaan besar-besaran usahawan dan pemodal Singapura di Batam dilihat sebagai kelazimanpemodal China mengeksploitasi sumber peribumi. Pendeknya setakat ini, masyarakat tempatanIndonesia lebih merasakan rugi dengan penglibatan mereka dalam projek SIJORI.Dengan tanggapan yang begini, amat sukar bagi kerajaan Singapura mengenakan tekanankepada kerajaan Indonesia meskipun pelabur Singapura merasakan bahawa had sewa tanahselama 30 tahun, keputusan penguasa Pembangunan Perindustrian Batam menaikkan sewatapak kilang kepada 30 peratus,dan kenaikan upah pekerja di Batam sebagai faktor buatanIndonesia yang melambatkan pembangunan projek segi tiga SIJORI.Seperti juga Singapura, Malaysia mempunyai sebab untuk merasai kurang senang terhadapIndonesia. Meskipun perlanunan di Selat Melaka tidak menjejaskan ekonomi perdaganganMalaysia seperti halnya dengan Singapura, namun isu pendatang haram dari Indonesia yangmemasuki Malaysia melalui Selat Melaka merupakan semacam duri dalam daging bagi Malay-sia. Meskipun saluran sah telah diwujudkan bagi pekerja Indonesia datang ke Malaysia, namunmasih ramai yang datang secara haram untuk mengelakkan kos pengurusan perjalanan yangtinggi, di samping sebab-sebab lain (Nayagam, 1992), hatta telah terjadi beberapa tragedi burukbot karam kerana sikap tidak bertanggungjawab sindiket penganjur (New Straits Times, 29Oktober, 1993).Namun Malaysia tidak dapat berkeras dalam membanteraskan kedatangan haram rakyatIndonesia itu kerana tidak mahu lagi mengeruhkan hubungan yang agak terjejas keranabeberapa perbezaan cara menentukan dasar luar, terutamanya kesilapan diplomatik di pihakMalaysia yang tidak berunding dengan Indonesia sebelum mengutarakan gagasan East AsiaEconomic Caucus pada penghujung tahun 1990.Tambahan pula, Malaysia tidak berhasratmerencatkan usaha-usaha baru kedua-dua belahpihak untuk mengeratkan semula hubungan seperti persetujuan Indonesia mengimport keretanasional Malaysia, persetujuan Malaysia menimbangkan pembelian pesawat terbang tenterabuatan Indonesia, dan persetujuanmengkaji kemungkinan melaksanakan projek Segi TigaPertumbuhan Utara (SPU) yang melibatkan empat negeri di utara Semenanjung Malaysia, duawilayah di utara Sumatera dan 14 wilayah di Selatan Thailand (Rajah 5).Di pihaknya, kerajaan Indonesia merasakanbahawa apa yang mampu dilaksanakan untukmembasmi perlanunan di Selat Melaka telah dilakukan dan sedang diteruskan. Misalnya, daribulan Januari 1991 ke Julai 1992 sahaja, sebanyak 57 kegiatan penyeludupan yang berkaitandengan perlanunan telah dibongkardan 87 orang ditangkap. Sepanjang bulan Jun 1992, 50tangkapan terhadap mereka yang disyaki melanun telah dilakukan. Pihak berwajib Indonesiamenghadapi banyak masalah. Antaranya peralatan yang tidak sebaik peralatan yang dimilikioleh lanun. Misalnya,pengkalan tentera lautnya di Tanjung Pinang, Bintan, hanya mempunyaidua buah bot peronda yang terlalu rendah kuasa lajunya untuk memburu lanun. Selain itu,pembuktian sebelum sesuatu tangkapan dapat dibuat adalah sukar kerana yang terlibat pandaimenyembunyikan peralatan mereka dan tidak pula menjual barang-barang hasil lanunan merekadi sekitar kawasan rondaan (Far Eastern Economic Review, 2 Julai 1993).Sebenarnya, kejadian serangan lanun di Selat Melaka telah berkurangan. Menurut laporanIMB, jumlahkejadian pada tahun 1992 ialah 73 berbanding 107 pada 1991. Pengurangan iniadalah disebabkan oleh rondaan yang terselaras kerana adanya kerjasama antara ketiga-tiganegara litoral (New Straits Times, 12 Oktober 1993).Sementara kerjasama seperti ini masih boleh diperbaiki, pembasmian perlanunan di SelatMelaka memerlukan masa. Ini kerana perlanunan oleh sebahagian kecil rakyat Indonesia adakaitannya dengan sikap tidak menghormati dan melanggar undang-undang, yang berkaitan puladengan desakan hidup,yang ada hubungannya dengan ketaksetaraan ekonomi. Indonesia perlumembesarkan kek ekonominya supaya, dan sebelum, kesetaraan agihannya dapatdisempurnakan.Dan Indonesia sedang memperlihatkan tanda-tanda yang meyakinkan bahawa negara itumampu memperbaiki keadaan. Dengan kestabilan politiknya selama dua puluh lima tahun itu,

GEOGRAFIA OnlineTMMalaysianJournal of Society and Space2(58-71)© 2006, ISSN 2180-249169misalnya, menampakkan output ekonominya berkembang daripada US$9.7 biliun pada tahun1970 kepada US$116.5 biliun pada 1991, dengan jangkaan pertumbuhan tahunan kekal padakadarenam peratus setahun sepanjang dekad yang akan datang. Aras kemiskinan mutlak telahmenurun dengan hebatnya, iaitu daripada 60 peratus pada tahun 1970 kepada 15 peratus pada1990. Indonesia telah berjaya mempelbagaikan ekonominya sehingga sumbangan pendapataneksport daripada sektor bukan petroleum dijangka mencecah 75 peratus pada tahun 1993.Sementara itu, bursa saham Jakarta merupakan antara yang paling aktif di rantau ini. (Asiaweek,Oktober 6 1993). Segala kemajuan ini memberikan harapan bahawatidak lama lagi lebih ramairakyat Indonesia, terutamanya daripada lapisan bawah, akan dapat menikmati kemakmurantanpa perlu, misalnya, melanun di Selat Melaka.KesimpulanPencemaran Selat Melaka sama ada akibat tumpahan minyak kerana pelanggaran kapal,mahupun oleh perlanunan sebab tekanan hidup, bukanlah suatu masalah yang tidak dapatdiatasi, atau cabaran yang tidak dapat ditangani. Banyak yang boleh dibuat oleh semua pihakyang berkepentingan.(1) Kerjasama di kalangan litoral boleh memperbaikilagi pengurusan selat ini. Misalnya, dalammenguruskan tumpahan minyak dan perlanggaran kapal, tindakan penyelamatan danpembersihan yang negara-negara itu ambil haruslah lebih terselaras dan licin lagi supaya tidaklagi berlaku kelucuan seperti yang berlaku dalam kes perlanggaran kapal tangki Nagasaki Spiritdengan kapal kontena Ocean Blessing pada 1992. Dalam perlanggaran yang terjadi dekatBelawan, Indonesia, Nagasaki Spirit telah menumpahkan 13,000 tong minyak ke Selat Melakadan tumpahan itu hanyut keperairan Malaysia; menyebabkan penguasa Malaysia menahannyakerana khuatir tumpahan akan berterusan. Tindakan ini tidak dipedulikan oleh bot tunda dariSembawang, Singapura, kerana khuatir baki minyak di dalam kapal itu akan mengeluarkan wapyang mungkin akan mengakibatkan letupan. Jadi Nagasaki Spirit terpaksa ditunda semula keBelawan supaya baki minyak tersebut dapat dipindahkan (Far Eastern Economic Review, 19November, 1992). Tentunya kecelaruan begini tidak perlu berlaku jika terdapat persefahamantindakan yang lebih sistematis antara ketiga-tiga negara litoral.Dalam membanteras perlanunan pula, langkah kerajaan Indonesia membenarkan kapal-kapalperonda Singapura memburu lanun di perairan Riau ialah langkah yang positif. Bagaimanapunadalah lebih positif lagi sekiranya Indonesia dan Singapura dapat mengadakan lebih banyakrundingan dan tolak ansur agar masalah tekanan inflasi dan upah murah di Batam dapat diatasi.Untuk itu, kerajaan Indonesia mungkin perlu mengkaji semula syarat penyewaan yang kurangmenyenangkan pelabur Singapura. Ertinya, dengan fokuskan kepada usaha untuk memperbaikilagi syarat kerjasama ekonomi di kawasan segi tiga SIJORI, kesetaraan dari segi agihan faedahekonomi projek tersebut akan dapat dijamin tanpa menanti kesan limpahan secara makro. Iniialah sumbangan secara langsung terhadap pembasmian perlanunan di Selat Melaka.(2) Pihak industri perkapalan pula boleh mengurangkan risiko perlanggaran kapal dan kapalkaram dengan menggantikan bahtera yang uzur dengan kapal baru yang lebih teguh dan lengkapdengan peralatan yang berkesan. Anak kapal mestilah mencukupi, terlatih dan berdedikasi.Amalan menyelewengkan penanggungjawaban (seperti pendaftaran palsu dan pendaftaranmanipulasi) mestilah dihentikan. Amalan pemaliman dan pelayaran yang berdisiplin danbertanggungjawab mestilah ditingkatkan. Ertinya, pihak industri perkapalan mestilah sanggupmembuat pelaburan yang sewajarnya dari segi bahtera, peralatan, latihan anak kapal danpemupukan disiplin dan etika kerja.(3)Negara-negara antarabangsa yang menjadi pengguna-utama Selat Melaka (sama ada keranamotif ekonomi ataupun motif strategik) juga bertanggungjawab terhadap pengurusankesejahteraan laluan yang penting ini. Pihak yang belum, haruslah meneladaninegara Jepundengan menyumbangkan dana pusingan Selat Melaka atau apa jua mekanisma untuk membantunegara-negara litoral membasmi pencemaran dan pengawasan lalu lintas di selat itu.Suatu pertanyaan prospeks: apakah semua saranan ini relevan sekiranyakepentingan danperanan Selat Melaka sebagai laluan perkapalan antarabangsa menurun pada masa hadapan?

GEOGRAFIA OnlineTMMalaysianJournal of Society and Space2(58-71)© 2006, ISSN 2180-249170Persoalan ini timbul kerana kerajaan Thailand telah memutuskan untuk mewujudkan laluanpintas dengan membina jambatan darat dari Pelabuhan Krabi di LautAndaman ke PelabuhanKhanom di Teluk Siam. Laluan jambatan ini akan menghubungkan pengangkutan dari TimurTengah dan Eropah dengan Timur Jauh tanpa perlu melalui Selat Melaka.Ini bererti bahawamenjelang tahun 2,000 akan ada di rantau ini sebuah laluanpengangkutan yang akanmeminggirkan atau menyusutkan kepentingan antarabangsa Selat Melaka.Kesan positif daripada perkembangan baru ini ialah risiko pelanggaran kepal dan tumpahanminyak akan berkurangan di Selat Melaka kerana berkurangnya kesesakan diSelat itu. Tetapiapakah ini bererti ekonomi Singapura khususnya, dan Indonesia serta Malaysia umumnya akanterjejas?Jawapannya tentulah, "tidak semestinya", kerana senario baru itu mungkin sekali akanmerapatkan lagi kerjasama antara ketiga-tiga negara litoral demi tuntutansurvivaldankemakmuran bersama. Ertinya, strategi-strategi baru nanti mungkin sekali akan lebih bersifatserantau daripada nasionalis, selaras dengan sifat Selat Melaka sebagai bukan sumber nasionaltetapi sumber serantau.RujukanAsia Week. 6 Oktober 1993.Ausafur Rahman, Chia LS, Diana Chung SP (1980) Pollution of water by hydrocarbons andheavy metals around Singapore. In: Hew Choy Sinet al(eds)Proceedings of theSecondSymposium on our Environment.Penerbit Nanyang University, Singapura.Berita Harian. 9 Oktober 1992.Britannica Encyclopedia(1974)9,477-79.Chia LS (1981) The Straits of Malacca and Singapore: Navigational, Resource andEnvironmental Considerations. In: Chia LS, Mac Andrews C (eds)Southeast Asian Seas,frontiers for development. McGraw-Hill, Institute of Southeast Asian Studies, Singapura.Chinnery K (1992) Rule 1: Prepare for the worst.Far Eastern Economic Review. 19November, 54-55.Clifford M (1993) Growing pains-Indonesian growth zone makes patchy progress.FarEastern Economic Review. 20 May, 60-61.Economic Planning Unit/Institute of Strategic Studies (1992) Development potential of thenorthern growth triangle Vol. 11. Draft Final Report. Kuala Lumpur.EIA (Energy Information Administration)(2006)World Oil Transit Chokepoints. US Dept. ofEnergy.Available from:http://www.eia.doe.govFreeman, D B (2003)The Straits of Malacca: Gateway or Gauntlet?.McGill-Queen'sUniversity PressInternational Maritime Organisation (IMO) (2001) Marine Electronic Highway-a series oftechnological measures to ensure safe and efficient use of the busy waters.July 21: 26-31Jayakrishnan S (1993) Vigilance, watchword to fight pirates.New Straits Times. Oktober 12.Marr JC (1981) Southeast Asian marine fishery resources and fisheries. In: Chia LS, MacAndrews C (eds)Southeast Asian Seas, frontiers for development. McGraw-Hill, Institute ofSoutheast Asian Studies, Singapura.Nayagam J (1992) Migrant labor absorption in Malaysia.Asian and Pacific Migration Journal(3-4), 477-494.New Straits Times. 24 September 1992.New Straits Times. 8 October 1993.New Straits Times. 29 October 1993.Ruddle K (1981) Pollution in the marine coastal environment of ASEAN Countries. In: ChiaLS, Mac Andrews C (eds)Southeast Asian Seas, frontiers for development. McGraw-Hill,Institute of Southeast Asian Studies, Singapore.Sharidan Mohd Ali (2006)34 wrecks in sealane threaten passing ships.The StarJanuary 2.

GEOGRAFIA OnlineTMMalaysianJournal of Society and Space2(58-71)© 2006, ISSN 2180-249171Southern Seaboard Development Committee and National Economic and Social DevelopmentBoard (1992)Southern development program: Thailand's new strategic thinking towardsthe Year 2000 and beyond. Bangkok.The Business Times Singapore2006 "Piracy is still troubling the shipping industry: report;Industry fears revival of attacksthough current situation has improved," August 14, 2006Utusan Konsumer. Ogos 1976.Vatikiotis M, Bartholomew J (1992) Raiders of Riau.Far Eastern Economic Review2 July,14-15.Vatikiotis M (1992) The Batam connection.Far Eastern Economic ReviewJulai,14-15.Vatikiotis M (1993) Stormy weather: Tension behind the smiles at Mahathir-Suharto talks.FarEastern Economic Review29 Julai, 18-19.Westlake M (1992) But is it safe? Far Eastern Economic Review. 19 November, 45-46.Westlake M (1992) It was abad year at sea.Far Eastern Economic Review19 November, 50-51.

Dokumen Terkait

Smd Vurgun Pdf Yukl Wilyxucilfileswordpresscom

Smd Vurgun Pdf Yukl Wilyxucilfileswordpresscom

Smd vurgun pdf yukl in slave girls of the western world we f.

Contoh Proposal / 17 kali tayang / 60KB

The Old Scout History Of Scouting In The Usa

The Old Scout History Of Scouting In The Usa

The old scout history of scouting in the usa 105th anniversa.

Contoh Proposal / 14 kali tayang / 63KB

17 Formulir Seminar Proposal Nofiailearningme

17 Formulir Seminar Proposal Nofiailearningme

10 11 12 11 tanggal revisi taggal berlaku kode dokurnen 12 2.

Contoh Proposal / 11 kali tayang / 1,415KB

Town Planning Board Minutes Of 475th Meeting Of The Rural

Town Planning Board Minutes Of 475th Meeting Of The Rural

Town planning board minutes of 475th meeting of the rural an.

Contoh Proposal / 14 kali tayang / 739KB

Bab Iv Hasil Penelitian Dan Pembahasan A Hasil Penelitian

Bab Iv Hasil Penelitian Dan Pembahasan A Hasil Penelitian

Tanggal 7 maret 1997 tentang perubahan nomenklatur smp menja.

Contoh Proposal / 20 kali tayang / 797KB

Paparan Dan Pembahasan Data Hasil Penelitian

Paparan Dan Pembahasan Data Hasil Penelitian

52 4113 visi dan misi perusahaan visi visi dari pt kusuma di.

Contoh Proposal / 19 kali tayang / 380KB