Viera Connect Pada Televisyen Panel Nipis Viera Terbaru



Keterangan eBook
Title Microsoft Word - 20110330_VIERA Connect Press Release_bah final.doc
Author Kenny
Creator Microsoft Word
Producer Mac OS X 10.5.8 Quartz PDFContext
CreationDate 2011-03-31T09:37:18+00:00
ModDate 2011-03-31T09:37:18+00:00
Pages 4 Page
Ukuran File 263 KB
Dibuka 58 Kali
Topik Contoh Proposal
Tanggal Unggah Friday, 25 Nov 2016 - 09:45 PM
Link Unduh
Baca Halaman Penuh BUKA
Rating eBook
Bagi ke Yang Lain

Kesimpulan

1 Untuk Siaran Segera Panasonic memaparkan Perkhidmatan Internet Awan (Cloud-based ) VIERA Connect pada televisyen panel nipis VIERA terbaru Genting Highlands, 30 Mar 2011 – Panasonic Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran VIERA Connect, perkhidmatan Internet Awan (cloud-based) terbaru bermula 1 April sempena pelancaran rangkaian model baru VIERA untuk tahun 2011. VIERA Connect ini akan menjadi platform terbuka untuk membantu perkembangan aplikasi dalam meluaskan perkhidmatan IPTV. Bersama pelancaran VIERA Connect ini, enam model panel nipis (37 hingga 65 inci) TV VIERA yang bersesuaian dengan perkhidmatan ini akan diperkenalkan di Malaysia Disamping menonton filem biasa dan program televisyen pada televisyen skrin besar yang berkualiti tinggi, perkhidmatan VIERA Connect terbaru ini membolehkan pengguna menikmati kandungan berita terkini, rangkaian sosial, aktiviti -aktiviti kesihatan, permainan dan beberapa jenis aplikasi lain. Dalam masa terdekat ini, rancangan untuk melancarkan aplikasi yang menyampaikan kandungan tempatan dan sukan dalam penggunaan VIERA Connect akan ditetapkan VIERA Connect merupakan perkhidmatan tambahan selepas VIERA CAST yang diperkenalkan baru-baru ini. Dengan VIERA CAST, pengguna VIERA dapat menggunakan aplikasi laman web seperti Skype dan YouTube pada televisyen VIERA mereka. Selain penambahan dalam jumlah aplikasi, pengguna juga mempunyai kapasiti untuk menambah alat fungsian dalam masa terdekat ini. VIERA Connect juga membolehkan pengguna mengawal televisyen VIERA yang bersesuaian, dengan menggunakan alat elektronik seperti iPhone atau iPad yang dipadankan dengan aplikasi alat kawalan VIERA yang boleh didapati pada bulan April nanti. Sistem VIERA Connect beroperasi dengan penggunaan grafik 3D 32 bit yang berkualiti tinggi yang memudahkan dan melancarkan operasi. Tambahan lagi, aplikasi-aplikasi, penggunaan GUI dan reka bentuk skrin akan ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk memaksimumkan ciri-ciri perkhimatan awan (cloud-based)

2 Dengan peningkatan dalam teknologi broadband yang semakin meningkat, pasaran Televisyen Internet (IPTV) semakin berkembang seluruh dunia dan peratus permintaan televisyen panel nipis dengan internet sedia ada dijangka akan melebihi 70% menjelang tahun 2014 dalam pasaran global. Dalam pasaran yang semakin berkembang ini, IPTV Panasonic mempunyai kelebihan lebih tinggi dengan mempunyai kapasiti yang boleh menyampaikan pelbagai kandungan dan perkhidmatan yang boleh memenuhi keperluan pengguna tempatan disamping memberi respon, kualiti gambar dan penggunaan panel televisyen yang hebat. Perkhidmatan VIERA Connect utama mulai 30 Mac 2011: Perkidmatan Video Platform video aliran seperti YouTube, USTREAM, WOW TV dan Dailymotion boleh didapati dalam VIERA Connect membolehkan pengguna melayari kandungan video online pada televisyen VIERA mereka selain dari menonton saluran siaran biasa. Perkhidmatan Muzik Pengguna boleh mendengar muzik melalui SHOUTcast, sebuah aplikasi aliran media pada televisyen VIERA. Permainan Beberapa permainan seperti Penalty Shoot Out, Free throw, Black Jack, Chess, Poker, Solitaire, Mine Sweeper, Dracula’s coffin dan Number Place boleh didapti melalui muat turun dari VIERA Connect secara percuma. Rangkaian Sosial, Berita & Informasi Pengguna boleh melayari Facebook dan Twitter menggunakan televisyen VIERA mereka selain dari membuat panggilan video menggunakan aplikasi Skype. Panasonic akan berusaha untuk member lebih banyak pengalaman menonton televisyen yang lebih bermakna dengan penghasilan teknologi yang berkaitan disamping bekerjasama dengan pembina kandungan aplikasi untuk VIERA Connect. Nantikan perkhidmatan dan aplikasi yang lebih menarik dari VIERA Connect.

3 VIERA Connect dalam barisan VIERA 2011: rujuk kepada iringan siaran akhbar untuk informasi penuh produk Model Panel VIERA Connect IPTV (Facebook, SHOUTcast) TH-P65VT30K Plasma YA - TH-P50VT30K Plasma YA - TH-P55ST30K Plasma YA - TH-P50ST30K Plasma YA - TH-P50U30K Plasma - YA TH-P42U30K Plasma - YA TH-P50X30K Plasma - YA TH-P42X30K Plasma - YA Model Panel VIERA Connect IPTV (Facebook, SHOUTcast) TH-L37DT30K LED LCD YA TH-L42E30K LED LCD YA TH-L42E30K LED LCD YA TH-L32X30K LED LCD YA TH-L42U30K LCD YA TH-L32L30K LCD YA

4 Mengenai Panasonic Malaysia Sdn Bhd Panasonic Malaysia Sdn Bhd ialah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik daripada audio visual, kelengkapan rumah, penghawa dingin, kamera digital dan video, kelengkapan penyiaran System professional, System perniagaan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan kecantikan sehingga ke batteri dan lampu. Semua produk Panasonic boleh di dapati menerusi pengedar sah kami seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berhubung jenama dan produk Panasonic, layari laman web www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan di 03-5543 7600. Untuk siaran akhbar dan gambar, sila muat turun daripada www.pmpressroom.com Perhubungan Media: Azizah Wahid Pengurus Besar, Komunikasi Korporat Penjenamaan Tel: 03 7809 7876 Fax: 03 7955 1857 Mobil: 019 217 2730 Emel: azizah.wahid@my.panasonic.com Ashleigh Hong Eksekutif, Komunikasi Korporat Penjenamaan Tel: 03 7809 7874 Fax: 03 7955 1857 Mobil: 012 526 0265 Emel: ashleigh.hong@my.panasonic.com ###

Dokumen Terkait

Perubahan Tradisi Ngemblok Pada Upacara Perkawinan Adat

Perubahan Tradisi Ngemblok Pada Upacara Perkawinan Adat

Perubahan tradisi ngemblok pada upacara perkawinan adat jawa.

Contoh Proposal / 52 kali tayang / 846KB

Analisis Obligasi Daerah Municipal Bond

Analisis Obligasi Daerah Municipal Bond

Analisis obligasi daerah municipal bond sebagai alternatif p.

Contoh Proposal / 32 kali tayang / 2,893KB

Tawaran Dan Syarat Kemasukan Tingkatan Satu 1tingkatan

Tawaran Dan Syarat Kemasukan Tingkatan Satu 1tingkatan

Tindakan calon 1 jika timbul sebarang pertanyaankeraguan ups.

Contoh Proposal / 29 kali tayang / 292KB

Makalah Kepemimpinan Konsep Kepemimpinan

Makalah Kepemimpinan Konsep Kepemimpinan

Materi kepemimpinan dimana kita akan mempelajari konsep dasa.

Contoh Proposal / 45 kali tayang / 49KB

Organisasi Dan Administrasi Perpustakaan Sekolah

Organisasi Dan Administrasi Perpustakaan Sekolah

Perpustakaan sekolah harus secara jelas tergambar di dalam s.

Contoh Proposal / 18 kali tayang / 63KB

Sambutan Ketua Panitia Peringatan 17 Agustus

Sambutan Ketua Panitia Peringatan 17 Agustus

Sambutan ketua panitia peringatan 17 agustuspdf download her.

Contoh Proposal / 12 kali tayang / 21KB