Jenayah Di Kalangan Remaja Cabaran Dan Realiti Masa Kini



Keterangan eBook
Author Acer
CreationDate 2010-08-30T08:22:51+08:00
Creator Acrobat PDFMaker 9.0 for Word
ModDate 2010-08-30T08:22:54+08:00
Producer Adobe PDF Library 9.0
SourceModified 2010-08-30T00:22:17-04:00
Title JENAYAH DI KALANGAN REMAJA: CABARAN DAN REALITI MASA KINI
Pages 8 Page
Ukuran File 64 KB
Dibuka 51 Kali
Topik Contoh Proposal
Tanggal Unggah Friday, 25 Nov 2016 - 09:44 PM
Link Unduh
Baca Halaman Penuh BUKA
Rating eBook
Bagi ke Yang Lain

Kesimpulan

1 JENAYAH DAN MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA: CABARAN DAN REALITI DUNIA SIBER Mohd Dahlan A. Malek , PhD Sekolah Psikologi & Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah Ida Shafinaz Moh amed Kamil, MA Sekolah Perniagaan & Ekonomi Universiti Malaysia Sabah A bstrak Dunia siber kini merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia moden. Ia memainkan peranan penting dan banyak mengubah pelbagai aspek kehidupan manusia. Walaubagaimanapun, dunia siber bukan sahaja memberi kesan yang positif , malah boleh membawa k esan yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja yang mudah terdedah kepada pelakuan jenayah. Kajian yang dijalankan oleh David S.Wall (2005) mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara penggunaan internet dengan jenayah yang berla ku dewasa ini. Antara perlakuan jenayah serta masalah sosial yang melibatkan remaja adalah seperti pornografi, penipuan, pelacuran, penyeludupan, peras ugut, pelaburan haram, aktiviti seks bebas, rogol, mencabul kehormatan, penyalahgunaan dadah dan sebagai nya. Kertas kerja ini meninjau penglibatan remaja dalam jenayah serta masalah sosial yang berkaitan dengan dunia siber ini samada sebagai pelaku mahupun mangsa. Tiada jalan singkat bagi menangani masalah jenayah dan masalah sosial di kalangan remaja, melai nkan memerlukan pembabitan semua pihak seperti keluarga, ahli masyarakat, pihak sekolah, pihak berkuasa, dan badan-badan kerajaan serta badan bukan kerajaan. Pendekatan psikologi dan pelaksanaan undang -undang juga boleh membantu dalam menangani permasalah ini di samping program dan aktiviti yang telah dilaksanakan seperti mengadakan program Bina Insan, Remaja Sihat Tanpa Aids (Prostar) dan juga penubuhan kelab Pencegahan J enayah di sekolah seluruh negara. Walau apapun program dan tindakan yang diambil , soko ngan dan tanggungjawab bersama di kalangan ahli masyarakat amat perlu bagi menangani masalah ini . Pengenalan Kualiti hidup sosial merupakan isu yang penting dalam proses pembangunan sesebuah negara. Dalam proses pembangunan dan permodenan sesebuah nega ra beberapa isu sosial perlu diberi perhatian. Seiring dengan modenisasi dan pembangunan ekonomi

2 yang secara langsung meningkatkan taraf kehidupan setempat, timbul beberapa permasalahan baru seperti keruntuhan nilai kemanusiaan dan moral dikalangan ahli ma syarakat terutamanya golongan remaja. Ledakan internet misalnya banyak menghasilkan siaran- siaran berunsur negatif yang mana sekiranya tidak dikawal akan menimbulkan masalah sosial di kalangan masyarakat. Kajian yang dijalankan oleh David S.Wall (2005) men dapati terdapat hubungan yang signifikan di antara penggunaan internet dengan masalah sosial yang berlaku dewasa ini. Kertas kerja ini meninjau penglibatan remaja dalam jenayah serta masalah sosial yang berkait an dengan dunia siber ini sama da sebagai pelak u ataupun mangsa , samada dikalangan masyarakat bandar mahupun luar bandar. Diantara jenayah sosial yang sering berlaku di bandar ialah seperti masalah memperdagangkan manusia, jenayah siber, penyalahgunaan dadah, ketagih alkohol, aktiviti seks bebas, kes buang bayi, lumba haram dan sebagainya, manakala jenayah yang sering berlaku dikalangan masyarakat luar bandar pula ialah seperti perlakuan sumbang mahram dan kes mencabul kehormatan yang berlaku di kalangan ahli keluarga, kes rogol, merompak, penyalahgunaan dadah, mat rempit dan juga pecah rumah. Walaubagaimanapun kertas kerja ini ingin lebih memfokuskan kepada jenayah dan masalah sos ial di kalangan remaja yang berkait dengan dunia siber. Ini adalah kerana jenayah di kalangan remaja hari ini lebih menjurus kepada jenayah yang terhasil daripada dunia siber. Persoalan ini merupakan satu cabaran kepada masyarakat kerana arus permodenan dan juga perkembangan semasa yang semakin maju dimana k eupayaan Internet sebagai alat komunikasi mengatasi penggunaan alat-alat komunikasi yang lain seperti telefon, mesin fax dan sebagainya . Mesin atau bahan bercetak dan televisyen merupakan alat komunikasi yang utama dan telah berzaman memainkan peranan yang penting sebagai alat media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kep ada ahli masyarakat . Namun, alat-alat media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti internet. I ni membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang bagi me ngawal bahan percetakan dan juga kandungan atau program yang disiarkan melalui televisyen. Di negara kita Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rasmi 1972 membataskan maklumat -maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada ahli masyarakat agar tidak berlaku penyalahgunaan media dan sebagainya oleh pihak- pihak tertentu. Kertas kerja ini juga membincangkan berkenaan dengan definisi jenayah dan apakah jenayah siber yang sering dikaitkan dengan masalah sosial remaja hari ini disamping membincangkan tentang faktor -faktor yang menyebabkan golongan remaja terlibat

3 dengan jenayah siber serta apakah pendekatan yang sesuai untuk mengurangkan masalah ini. Tiada jalan singkat bagi menangani masalah jenayah sosial terutamanya di kalangan remaja, melainkan memerlukan pembabitan semua pihak samada badan kerajaan dan buka n kerajaan. Pendekatan psikologi dan pelaksanaan undang -undang juga boleh membantu dalam menangani permasalah ini di samping program dan aktiviti yang telah dilaksanakan seperti mengadakan program Bina Insan, Remaja Sihat Tanpa Aids (Prostar) dan juga penu buhan Yayasan Pencegahan Jenayah. Walau apapun program dan tindakan yang diambil sokongan dan tanggungjawab bersama dikalangan ahli masyarakat amat perlu bagi menangani masalah jenayah sosial ini. Definisi Jenayah Jenayah mempunyai pelbagai takrifan. Wa laubagaimanapun secara umumnya ia bergantung kepada dua set norma yang berkaitan dengan perundangan dan juga kod norma yang wujud dalam sesuatu budaya (Gan Kong Meng 2007). Menurut Salleh Abas (1998) dalam Gan Kong Meng (2007) mendefinisikan jenayah ialah kesalahan yang dilakukan oleh sesorang dengan niat hendak melakukan kesalahan itu, maka dengan sebab kesalahan itu orang yang bertanggungjawab boleh dihukum dengan balasan yang setimpal kerana melakukan perkara -perkara yang salah disisi undang -undang. Jenayah juga d ap at ditakrifkan s eb ag ai suatu perbuatan atau sebarang kesalahan y ang membahayakan masyarakat dan segala perbuatan atau tindakan itu boleh disabit kesalahannya di sisi undang -undang dan or ang y ang melakukannya bertanggungjawab menerima hukuman denda atau penjara. Dengan erti kata lain, jenayah ialah apa -apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri atau mencederakan orang lain adalah perbuatan jenayah. Remaja dan J enayah siber Jenayah siber pula merupakan jenayah yang melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang -undang yang sedia ada dengan menggunakan kemudahan komputer atau dengan lebih tepat lagi, dengan menggunakan internet di ruangan siber . Istilah dunia siber atau ‘cyberworld’ pertama kali digunakan oleh William Gibson seorang penulis sains fiksyen dalam bukunya yang bertajuk Neuromancer

4 (1984) , yang mana beli au gambar kan sebagai “suatu istilah tekno dan menggugat perasaan tetapi pada dasarnya ti dak bermakna, yang berfungsi sebagai kata laluan untuk semua idea sibernatiknya.” Kini, istilah ini menjadi suatu perkataan yang sangat biasa dan digunakan dengan melua s untuk menggambarkan segala sesuatu berkaitan dengan komputer, teknologi maklumat, internet dan pelbagai budaya internet. Secara mudahnya, ia merujuk kepada dunia atas talian, iaitu suatu tempat yang benar -benar wujud, walaupun sebagai media komunikasi be rbanding suatu galaksi lain. Atau dengan kata lain, jenaya h siber adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi siber digunakan untuk merealisasikannya. Walaubagaimanapun , takrifan jenayah siber bergantung kepada takrifan jenayah di sesebuah negara. Sebagai contoh di Malaysia, perjudian , pornogra fi, pengiklanan se ks adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah negara lain. Masalah keselamatan komputer dan sistem rangkaian mula dikesan sejak awal 1950an, apabila komputer digun akan untuk menyimpan maklumat -maklumat berperingkat sulit. Kerahsiaan adalah aspek yang penting yang perlu ditekankan dalam keselamatan komputer. Ancaman utama yang wujud pada ketika itu adalah dari aktiviti pengi ntipan (espionage) dan pencerobohan peribadi (invasion of privacy). Menjelang penghujung 1960an masalah komputer semangkin meningkat ekoran perkongsian maklumat dan sumber komputer secara jauh. Garfinkel dan Spafford (1997) menyatakan bahawa sistem komputer yang digunakan telah dilengkapi dengan si stem pengendalian yang boleh mengelakkan pengguna daripada memasuki rangkaian sistem pihak lain sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Pada masa tersebut , sumber komputer dapat dicapai dan disediakan tanpa mengira kedudukan geografi dunia. Tidak t erdapat definisi yang tepat yang boleh mengambarkan jenayah siber. Sesetengah pihak menarifkan “jenayah siber” adalah merujuk kepada “jenayah komputer”. Ini berdasarkan keupayaan komputer mampu melaksanakan aktivit i- aktiviti jenayah konvensional seperti pe nipuan, pencurian, peras ugut, dan pencerobohan yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap harta benda individu atau organisasi. Menurut Donn B. Parker , seorang penyelidik di dalam jenayah computer dan keselematan untuk dari SRI International California , jenayah komputer boleh ditakrifkan sebagai seb arang perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui sebarang cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan. Kenyataan ini disokong oleh Jabatan Kehakiman US yang mengatakan bahawa jenayah komputer adalah sebarang aktiviti yang tidak sah menggunakan pengetahuan teknologi komputer sebagai alat untuk merealisasikan. Sejajar dengan ancaman jenayah siber yang semakin bertambah, pada tahun 19 96 kerajaan Malaysia telah memperkenalkan tiga undang -undang baru yang kemudiannya dikenali sebagai undang siber , iaitu Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digitial 1997, dan Akta Teleperubatan 1997 . Dengan penggubalan undang-undang siber

5 ini, diharap dapat membantu menahan seterusnya mengurangkan masalah terutama aktiviti yang berkaitan dengan jenayah siber terutamanya di Malaysia. Disebabkan generasi muda masa kini terutama para remaja banyak menghabiskan masa dalam dunia siber, tidak mustahil p elbagai bentuk jenayah yang melibatkan remaja boleh berlaku. Antara jenis jenayah siber yang biasa berlaku yang melibatkan golongan remaja adalah seperti berikut p enipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data computer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah keatas system, menyalin perisian secara tidah sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya, penggodam atau "hacker", penyebaran virus, pencerobohan, pornografi, pedofilia, gangguan berulang (harassment), gangguan seks, ancaman at au fitnah melalui email dan sebagainya. Umumnya remaja ini memang pintar tetapi mereka kurang matang dalam memahami implikasi daripada aktiviti -aktiviti dalam talian mereka. Akibatnya, ramai remaja yang pintar dalam komputer terjebak dalam aktiviti -aktivi ti yang tidak sihat seperti jenayah dan juga masalah sosial berkaitan dunia siber. Dalam satu laporan akhbar, seorang remaja perempuan telah membunuh diri apabila beliau dibuli oleh rakan sekelasnya dalam talian. Ramai remaja juga yang terlibat dalam aktiv iti-aktiviti jenayah secara talian, seperti berjudi dalam talian, melawat laman- laman web yang menyiarkan pornografi serta memecah masuk ke rangkaian lain secara tidak sah (hacking), melakukan penipuan, mencuri maklumat, mencipta dan menyebarkan virus sema ta-mata disebabkan perasaan ingin tahu dan mahu mencuba! Cabaran dan R ealiti Banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh golongan remaja terutamanya isu yang berkaitan dengan gejala sosial yang melibatkan penggunaan siber. Lebih- lebih lagi dengan perkemban gan arus semasa, kebanyakan golongan remaja menggunakan siber untuk menjalinkan hubungan sosial seperti menerusi laman web Facebook, Twitter, Friendster dan lain- lain lagi yang menawarkan pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang menarik dan menyeronokkan yang sememangnya menarik minat para remaja untuk menyertainya. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa laman web sosial sebegin mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan seperti dapat berhubung serta membincangkan isu- isu terkini melalui ruangan siber, namun begitu juga keburukannya kerana penggunaannya adalah tanpa kawalan. Laman -laman web sebegini juga menjadi tumpuan para penjenayah yang mahu menjadi remaja sebagai mangsa mereka. Terdapat juga para remaja mungkin tidak menyedari keperluan untuk menjaga ma klumat peribadi mereka, ataupun gambar -gambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak dikenali dan sekaligus menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber seperti terlibat dalam dunia pornografi, pelacuran, seks bebas, penculikan dan p emerdagangan manusia!

6 Sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal. Kita tidak boleh mengubah kelakuan seseorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka -suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Tidak dinafikan bahawa g olongan remaja mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang la gi, disebabkan ke canggihan teknologi , pihak berkuasa gagal mengenal pasti penceroboh. Misalnya, pada bulan Februari dan Mac 2000, suatu pencerobohan telah berlaku terhadap lebih 500 sistem komputer tentera, kakitangan kerajaan, dan sektor swasta di Amerika Syarikat. Ketika itu Amerika bersiap sedia dengan angkatan tenteranya di Teluk Parsi ekoran ketegangan antara Iraq dengan pemeriksa senjata Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu. Apabila berlaku pencerobohan sedemikian, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengesya ki Iraq, tetapi terbukti bahawa pihak yang bertanggungjawab ialah dua orang juvenil dari Cloverdale, California, dan beberapa orang penduduk Israel. Soalannya dari mana remaja atau mereka yang gemar menceroboh mempelajari ilmu ini. Mereka ini sebenarnya m ahir tentang komputer. Mereka bukan belajar khusus untuk menceroboh tetapi dengan mempelajari ilmu komputer secara tidak lansung. Mereka boleh mencuba untuk menceroboh sistem atau cuba mencipta virus. Oleh itu semakin tinggi teknologi IT berkembang semakin tinggi juga teknologi bagaimana jenayah dilakukan. Pendekatan Namun, zaman yang bertukar ganti memperlihatkan kehidupan dan kepentingan seorang remaja dilihat tidak lebih daripada seorang kanak- kanak yang sedang membesar dan masih lagi ´kecil´ untuk me ngerti apa-apa hal pun yang berkaitan dengan pentadbiran sesebuah Negara. Remaja kini sering sahaja digambarkan sebagai golongan yang mudah terpengaruh dan sen tiasa inginkan kebebasan mengikut perasaan mereka sendiri. Mereka berasakan bahawa mereka sudah bijak untuk menilai baik buruk sesuatu perkara itu tanpa sebarang campur tangan daripada pihak ibu bapa waima sesiapa pun. Meneliti keadaan sosial golongan remaja kini, pelbagai aspek perlu diteliti mengenai punca sebenar men gapa dan bagaimana terjadinya g ejala negatif yang semakin menggugat imej remaja itu sendiri. Antara factor yang mendorong ke arah kerosakan ini adalah persekitaran. Persekitaran mempengaruhi akhlak individu dalam masyarakat dalam erti kata ia menggalakkan perkembangan aspek tertentu na mun pada masa yang sama

7 menghindarkan perkembangan aspek lain. Persekitaran yang mengamalkan pengasingan nilai kerohanian daripada urusan keduniaan dan persekitaran sosial budaya yang bersifat sekular liberal dan materialistik. Memang tidak dinafikan baha wa peranan media massa termasuklah internet banyak memberikan perkembangan dan maklumat kepada masyarakat terutamanya berkaitan dengan hal ehwal semasa, berita dalam negeri hinggalah kepada berita -berita luar negara. Namun, media massa pada hari ini telah disalahgunakan hingga menyebabkan peranan utamanya sebagai agen pengubah tidak berlaku dengan berkesan sehingga banyak perkara -perkara negatif berlaku. Internet sememangnya telah mengubah pemikiran setiap golongan manusia di seluruh dunia. Termasuk yang s edang diubah adalah pemikiran para remaja. Golongan remaja y ang menggunakan internet sudah tentu tidak terlepas daripada pengaruhnya. Apa yang menyebabkan internet begitu berp engaruh berbanding dengan media yang lain adalah sifatnya yang dapat mene mbusi sempadan negara. Ia sukar disekat, ditapis dan dihalang tidak seperti media massa lain. Maka dengan itu, bahan- bahan lucah seperti pornografi dengan begitu mudah memasuki negara yang selama ini dapat menghalang kemasukannya. Kandungan filem atau lagu dari artis luar negara yang berunsur ganas, lucah dan bertentangan dengan moral turut berleluasa dan meninggalkan kesan negatif kepada para remaja dan seterusnya boleh membawa kepada masalah keruntuhan akhlak. Remaja juga mudah terpengaruh dengan budaya hidup ar tis barat menerusi paparan dalam blog , berita hiburan dan sebagainya . Begitu juga dengan bahan- bahan subversif termasuklah tulisan yang bersifat menentang agama. Ini sangat berbahaya kepada masyarakat. Setakat ini tidak ada negara yang dapat menghalang kem asukan bahan-bahan ini termasuk M alaysia. Selama ini kerajaan dapat membendung kemasukan bahan- bahan yang bersifat subversif tetapi melalui internet, kebebasan bersuara hampir mencapai tahap mutlak. Melalui bahan-bahan yang diperolehi dari internet, siaran-siaran radio TV dan tayangan video, para remaja terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti unsur -unsur ganas dan luar, budaya barat, budaya dadah, tahayul dan seks bebas. Dengan wujudnya suasana sekeliling yang semakin rosak dan iman yang tipis, par a remaja mudah terdorong untuk mencuba aksi -aksi ganas dan adegan -adegan yang berahi yang telah mereka tonton. Akibatnya mereka mudah terjerumus dengan perhubungan seks bebas, pelacuran , homoseksual, lesbian hingga kepada terjadinya sumbang mahram. Maka, sewajarnya, semua pihak memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini. Selain pihak berkuasa , ahli masyakarat turut memainkan peranan dalam memberi maklumat, kesedaran dan juga pengajaran kepada para remaja tentang risiko dan juga bahaya dunia sibe r. Para ibu bapa, guru dan pihak sekolah harus turut memainkan

8 peranan penting dalam mengawasi anak- anak mereka atau pelajar mereka yang manjalankan aktiviti dalam talian serta tingkahlaku mereka. Terdapat pelbagai perisian komputer yang berada dalam pasar an boleh digunakan untuk memeriksa dan mengawasi aktiviti -aktiviti yang berpotensi mendatang bahaya kepada para remaja. Ini termasuklah menghadkan akses kepada kandungan berunsur pornografik, serta menghadkan tempoh masa mereka berada dalam talian. Pende katan psikologi seperti program bimbingan remaja seperti program motivasi, program kesedaran, program Bina Insan, program Remaja Sihat Tanpa Aids (Prostar) telah diadakan dan dapat membantu para remaja dalam mengatasi masalah jenayah dan gejala sosial. Sel ain itu dengan penubuhan kelab Pencegahan Jenayah di sekolah di seluruh negara , diharapkan dapat mengurangkan penglibatan para remaja seperti pelajar sekolah dalam kegiatan jenayah seperti gengsterism, buli, judi dan sebagainya. Kerajaan telah menggubal p elbagai undang-undang untuk melindungi masyarakat terutama ahli muda masyarakat seperti para remaja daripada gejala sosial dan juga jenayah berkaitan dunia siber , seperti Akta Jenayah Komputer 1997, AktaTandatangan Digital 1997, Akta Komunikasi dan Multime dia 1998 serta undang-undang sedia ada yang memperuntukkan kesalahan jenayah biasa serta hukuman baginya seperti Kanun Kesiksaan , undang-undang yang memperuntukkan perlindungan kepada pengguna, Akta Perlindungan Pengguna 1998, Akta Perlindungan Data Periba di (masih dalam penggubalan), serta Akta Telekomunikasi dan Akta Hakcipta. Dengan penggubalan Akta Kanak -Kanak 2001 dan Akta Pencegahan Pemerdagangan Manusia 2008, dapat memperunt ukkan perlindungan yang secukupnya kepada kanak-kanak serta remaja dari pada pemerdagangan kanak -kanak, p ornografi, lucah, hubungan sumbang, dan eksploitasi seks . Dalam mengatasi lambakan bahan -bahan lucah, bahaya dan tidak bermoral yang terdapat dalam internet, s uatu undang-undang yang tegas perlu digubal untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pembekal perkhidmatan internet mi salnya supaya lebih bertanggungjawab dengan apa yang dipaparkan dalam laman-laman web. Kesimpulan Tiada jalan singkat bagi menangani masalah jenayah dan masalah sosial di kalangan remaja, melainkan memerlukan pembabitan semua pihak seperti keluarga, ahli masyarakat, pihak sekolah, pihak berkuasa, dan badan- badan kerajaan serta badan bukan kerajaan. Pendekatan psikologi dan pelaksanaan undang -undang juga boleh membantu dalam menangani permasalah ini di samping program dan aktiviti yang telah dilaksanakan seperti mengadakan program Bina Insan, Remaja Sihat Tanpa Aids (Prostar) dan juga penubuhan kelab Pencegahan Jenayah di sekolah di seluruh negara. Walau apapun program dan tindakan yang diambil, sokongan dan tanggungjawab bersama di kalangan ahli masyarakat amat perlu bagi menangani masalah ini.

Dokumen Terkait

Usulan Program Kreativitas Mahasiswa

Usulan Program Kreativitas Mahasiswa

I usulan program kreativitas mahasiswa peluang usaha dari in.

Contoh Proposal / 28 kali tayang / 764KB

Itb News

Itb News

Institut teknologi bandung itb news seminar diet energi kena.

Contoh Proposal / 21 kali tayang / 26KB

What To Put In Discussion Thesis Craig Spycom

What To Put In Discussion Thesis Craig Spycom

How to write an essay on a life changing event developing a.

Contoh Proposal / 16 kali tayang / 351KB

Proposal Usaha Bangunan Pdfsdocumentscom

Proposal Usaha Bangunan Pdfsdocumentscom

Proposal usahaproposal usaha wordpresscom get a free httptir.

Contoh Proposal / 83 kali tayang / 26KB

Lampiran 2 Keputusan Direktur Jenderal Pendidikan Islam

Lampiran 2 Keputusan Direktur Jenderal Pendidikan Islam

Bazar tentang menjaga dan melestarikan lingkungan alam menun.

Contoh Proposal / 23 kali tayang / 977KB

Daftar Pustaka Repositoryusuacid

Daftar Pustaka Repositoryusuacid

Cd 90en 12 agustus 2015 17 pontonuwu j maariati nw duarsa dp.

Contoh Proposal / 41 kali tayang / 632KB