Siaran Berita Nestle Yakin Dengan Prospek Di Malaysia



Keterangan eBook
Author Dell
Creator Microsoft® Word 2010
CreationDate 2015-10-26T10:47:22+08:00
ModDate 2015-10-26T10:47:22+08:00
Producer Microsoft® Word 2010
Pages 4 Page
Ukuran File 318 KB
Dibuka 36 Kali
Topik Contoh Proposal
Tanggal Unggah Friday, 25 Nov 2016 - 09:40 PM
Link Unduh
Baca Halaman Penuh BUKA
Rating eBook
Bagi ke Yang Lain

Kesimpulan

1/4 Nestlé Yakin Dengan Prospek di Malaysia Rasmi Kilang Pengeluaran Terbaru Kos RM288 Juta SOROTAN PENTING  Nestlé hari ini melancarkan Kilang Sri Muda, kilangnya yang kelapan[1] di Malaysia.  Kilang Sri Muda mengeluarkan produk Sedia-Untuk-Diminum, termasuk MILO dan NESCAFÉ, membuka peluang lebih luas untuk pasaran tempatan dan eksport bagi Kumpulan, dalam segment minuman cecair yang sedang berkembang pesat.  Dalam tempoh tujuh tahun yang lepas, Nestlé telah melabur lebih RM1.5 bilion dalam perbelanjaan modal untuk meningkatkan infrastruktur pengeluaran dan pengedaran. SHAH ALAM, 26 Oktober 2015 – Syarikat Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan terkemuka di dunia, Nestlé, hari ini meraikan satu mercu jaya penting dalam sejarahnya dengan pelancaran kilang pengeluaran terbarunya, Kilang Sri Muda. Ini adalah kilang kelapan Nestlé Malaysia dan merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan jangka panjang Kumpulan di negara ini. Pelancaran Kilang Sri Muda telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Tuan Mohamed Azmin Ali. SIARAN BERITA

2/4 Encik Alois Hofbauer, Pengarah Urusan Nestlé Malaysia berkata, “Produk Nestlé seperti MAGGI, NESCAFÉ dan MILO adalah jenama kegemaran rakyat Malaysia sepanjang zaman. Rakyat Malaysia minum hampir 6 juta cawan MILO sehari! Kilang Sri Muda kami yang mengeluarkan produk minuman cecair termasuk MILO, NESCAFÉ dan NESTLÉ OMEGA akan membuka peluang dan menggalakkan pertumbuhan dalam pasaran minuman cecair yang sedang berkembang pesat bagi pasaran tempatan dan juga eksport.” Kilang Sri Muda akan mempertingkatkan kapasiti pengeluaran produk Sedia-Untuk-Diminum sebanyak 60%. Kilang terbaru ini juga mempunyai saiz tapak sebesar 40,000m² dan terletak di dalam kawasan Kompleks Kilang Shah Alam Nestlé. Kompleks ini merupakan antara tapak kilang yang terbesar di negara ini dan di pasaran Nestlé seluruh dunia, dengan tenaga kerja lebih 2,000 orang kakitangan kilang. Sepanjang tujuh tahun yang lepas, Nestlé Malaysia telah melaburkan lebih RM1.5 bilion dalam perbelanjaan modal untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran dan pengedarannya. Dalam tempoh dua tahun yang lepas, Kumpulan telah melaburkan lebih RM600 juta dalam perbelanjaan modal, yang telah dimanfaatkan untuk memperluaskan dan meningkatkan infrastruktur pengeluaran. Daripada jumlah ini, RM288 juta telah dilaburkan untuk Kilang Sri Muda. Antara produk utama Kilang Sri Muda adalah Milo Nutri G yang telah dilancarkan awal tahun ini. MILO Nutri G ialah minuman MILO pertama di dunia yang dimuatkan dalam botol PET yang mudah, dan sesuai sebagai penyediakan ‘sarapan sambil bergerak’ dengan bijirin penuh yang sihat dan juga merupakan inovasi bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah. Barisan pengeluaran PET menerapkan automasi penuh untuk peningkatan produktiviti. Teknologi pensterilan terkini juga memastikan bahawa piawai kualiti dan kebersihan yang tertinggi sentiasa dikekalkan. Tambahan pula, fasiliti pengilangan Nestlé disahkan 100% Halal, dan Kumpulan mengeluar serta mengeksport produk Halal ke lebih 50 negara di seluruh dunia.

3/4 Selain lawatan ke Kilang Sri Muda, tetamu jemputan juga dapat melihat barisan pengeluaran kapasiti tinggi terbaru mi MAGGI di Kilang Batu Tiga, yang menghasilkan produk yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia iaitu Mi MAGGI. “Mi MAGGI adalah sangat popular di Malaysia, dengan lebih 600 juta pek dijual setahun, iaitu bersamaan 1 pek untuk setiap orang yang tinggal di Asia Tenggara. Barisan pengeluaran baru mi ini akan memenuhi permintaan yang meningkat bagi Mi Kari MAGGI, yang menjadi kegemaran dalam kalangan pengguna Malaysia,” kata Mr Hofbauer. Nestlé Malaysia telah melaburkan RM90 juta dalam kemudahan pengeluaran mi yang baru ini, yang menerapkan teknologi terbaru dan automasi penuh. Semua ini telah menggandakan produktiviti di samping mengurangkan penggunaan air. Kilang Mi MAGGI Batu Tiga juga merupakan kilang mi yang terbesar di Malaysia dan Singapura. Mengulas tentang kejayaan Kumpulan, Encik Hofbauer berkata, “Malaysia merupakan salah satu daripada lima pasaran utama Nestlé di Asia, dan negara ini juga berada di kedudukan antara 20 pasaran antarabangsa Nestlé. Penyumbang kejayaan kami hari ini adalah suasana ekonomi di Malaysia yang menggalakan, asas pengguna yang setia, tenaga kerja yang efisyen, dan juga sokongan padu daripada Kerajaan.” “Kami sangat komited terhadap pelaburan masa depan di Malaysia kerana kami amat percaya bahawa negara ini menawarkan peluang yang meluas. Dengan pelancaran Kilang Sri Muda dan Batu Tiga, kami akan terus menunaikan janji Good Food, Good Life dengan memberikan produk yang berkualiti tinggi, lazat dan cukup berkhasiat untuk semua rakyat Malaysia,” rumus Encik Hofbauer. [1] Nestlé (Malaysia) Berhad mempunyai lapan kemudahan pengilangan yang terletak di Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor, Batu Gajah di Perak, Chembong di Negeri Sembilan dan juga Kuching, Sarawak.

4/4 Mengenai Nestlé Malaysia Nestlé yang merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia serta merupakan peneraju Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan, beribu pejabat di Vevey, Switzerland. Sejak tahun 1866, Nestlé komited untuk menawarkan produk bermutu tinggi, lazat, selamat dan berkhasiat kepada para pengguna kami, sejajar dengan janji Good Food, Good Life kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak tahun 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna menerusi jenama dan produk berkualiti kami, serta komitmen untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi. Di Nestlé, para pengguna kami merupakan nadi dalam segala yang kami lakukan. Kami memberi nikmat kepada para pengguna melalui tawaran produk yang mempunyai kualiti yang terbaik; sejajar dengan asal-usul kami di Switzerland sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Untuk maklumat lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.Nestlé.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestléMalaysia Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Maxine Lim Nestlé (Malaysia) Berhad Tel: (+603) 7965 5185 Bimbit: +6012-353 1337 E-mel: Maxine.Lim@my.Nestlé.com Joanne Lim atau Yasmin Kadir acorn communications Tel: (+603) 7958 8348 Bimbit +6012-304 7604 (Joanne) +6017-237 9048 (Yasmin) E-mel: acorncommunications@acornco.com.my

Dokumen Terkait

Bab 6 Kesimpulan Dan Saran Repositorymaranathaedu

Bab 6 Kesimpulan Dan Saran Repositorymaranathaedu

Help tentang cara pemisahan kata kata dari sebuah kalimat ke.

Contoh Proposal / 20 kali tayang / 51KB

Bab Ii Tinjauan Pustaka 21 21 Repositoryusuacid

Bab Ii Tinjauan Pustaka 21 21 Repositoryusuacid

Pembagian triterpena berdasarkan jumlah cincin yang terdapat.

Contoh Proposal / 21 kali tayang / 441KB

Rt01rw03padangsariweeblycom

Rt01rw03padangsariweeblycom

Proposal pembangunan gapura semarang 01 april 2012 demikian.

Contoh Proposal / 25 kali tayang / 516KB

Usulan Program Kreativitas Mahasiswa Judul Program Sismol

Usulan Program Kreativitas Mahasiswa Judul Program Sismol

35 pembuatan laporan pkm kewirausahaan merupakan salah satu.

Contoh Proposal / 18 kali tayang / 1,034KB

Pendekatan Untuk Membangun Sistem

Pendekatan Untuk Membangun Sistem

Pendekatan untuk membangun sistem bab i pendahuluan a latar.

Contoh Proposal / 80 kali tayang / 287KB

Para Lelembut Perempuan Dalam Alaming Lelembut1

Para Lelembut Perempuan Dalam Alaming Lelembut1

Prosiding the 4th international conference on indonesian stu.

Contoh Proposal / 27 kali tayang / 197KB