Norjauharatul Wahidah Bt Zakaria 2007267064 Siti Habsah



Keterangan eBook
Title NWZ
Author Tourism Malaysia
Creator Microsoft® Office Word 2007
CreationDate 2010-03-23T06:12:00-04:00
ModDate 2010-03-23T06:12:00-04:00
Producer Microsoft® Office Word 2007
Pages 43 Page
Ukuran File 358 KB
Dibuka 15 Kali
Topik Contoh Proposal
Tanggal Unggah Monday, 21 Nov 2016 - 08:46 PM
Link Unduh
Baca Halaman Penuh BUKA
Rating eBook
Bagi ke Yang Lain

Kesimpulan

1 TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DATUK SUHAIMI BIN MOHD ZAIN MENGENAI SUMBANGAN DAN PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI SEORANG PENGUBAH LAGU OLEH: NORJAUHARATUL WAHIDAH BT. ZAKARIA 2007267064 SITI HABSAH BT. IBRAHIM 2007267072 FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PUNCAK PERDANA SESI JULAI – NOVEMBER 2008

2 PENGENALAN Muzik Tradisional Muzik tradisional adalah muzik oleh sesuatu kaum. Ia bergantung kepada budaya, adat dan penerimaan sesebuah bangsa. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri. Di Malaysia, banyak muzik-muzik tradisional yang diperkenalkan oleh masyarakat dahulu kala bagi menghiburkan hati mereka di masa lapang ataupun sewaktu majlis keramaian. Muzik Malaysia banyak dipengaruhi bentuk muzik negara jirannya iaitu Indonesia dan Thailand, dan juga dipengaruhi oleh gaya muzik negara jauh seperti Portugis, Filipina dan China (Munan, 175). Antara ciri-ciri muzik tradisional adalah muzik yang telah dipindahkan melalui tradisi lisan, muzik ada kaitan dengan budaya, muzik memperingati sejarah dan peristiwa peribadi, kurang hak cipta, penyatuan budaya dan muzik yang bukan komersial. Biasanya muzik tradisional ini diiringi dengan tarian tradisional dan ia biasanya berasal dari negeri-negeri atau puak-puak tertentu. Muzik-muzik tradisional ini biasanya diiringi oleh pelbagai peralatan muzik tradisional. Zaman dahulu, ia dimainkan untuk golongan-golongan bangsawan sahaja. Namun dengan peredaran masa, rakyat biasa juga tidak ketinggalan menikmati alunan muzik tradisional ini. Antara alat muzik tadisional Malaysia, adalah Gambus, Gendang, Gong, Kompang, Rebana, Gamelan dan Seruling. Kaum peribumi Semenanjung Tanah Melayu bermain dalam ensembel kecil digelar kertok, iaitu sebentuk muzik gamelan yang cepat dan berirama. Berbagai jenis muzik tradisional yang dapat dinikmati di Malaysia. Antaranya ialah, Ghazal, Mak Yong, Dondang Sayang, Boria, Bongai, Dikir Barat, Gendang Pahang, Dikir Rebana, Gamelan, muzik Semelai, Lagu Irama Asli, dan juga Keroncong.

3 Ghazal dari Tanah Arab amat laris di pasaran muzik Kuala Lumpur dan Johor, melahirkan bintang terkenal seperti Kamariah Noor. Dikir Rebana telah wujud sejak dahulu dan tiada rekaan baru setakat ini. Rebana diperbuat daripada kulit kambing serta kayu tualang dan biasanya bersaiz 24 inci atau 2 kaki. Pemain akan duduk bersila dan rebana diletakkan di atas telapak kaki. Pada masa dahulu, Dikir Rebana dimainkan ketika sultan hendak tidur atau ketika hendak mengerjakan solat. Kini muzik ini dimainkan dalam majlis perkahwinan. Dikir Rebana terbahagi kepada dua iaitu Dikir Maulud dan Dikir Berdah. Kitab Saraful Anam digunakan untuk berzanji dan berdikir. Terdapat banyak lagu dalam Dikir Rebana dan dimainkan oleh sebuah kumpulan yang mengandungi lima hingga tujuh orang. Melalui muzik Mak Yong, kita dapat melihat, muzik adalah unsur yang sangat penting dalam persembahan makyong. Dalam acara ini, alat-alat yang mesti disediakan adalah beras kunyit, pulut kuning atau nasi kunyit, tempat kemenyannya, sebiji telor dadar, bertih, bunga melor, pisang lemak manis, secawan air dan sebidang tikar. Muzik mempunyai fungsi-fungsi seperti muzik rebab digunakan untuk memaklumkan bahawa persembahan makyong akan dimulakan, iaitu digunakan untuk menarik perhatian penonton-penonton.Muzik digunakan untuk membentuk susunan-susunan yang menggambarkan emosi dan perasaan tiap tiap adegan, selalunya suasana ini digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan juga korus atau watak Jong Dondang. Muzik digunakan untuk mengiringi tarian-tarian dan juga tarian. Muzik digunakan untuk menandakan permulaan dan juga menamatkan adegan-adegan ketika masuk dan keluar watak juga diiringi oleh muzik dan adakalanya muzik terutamanya bunyian gendang diselitkan dengan dialog-dialog. Di dalam permainan makyong, peralatan-peralatan muzik yang selalu digunakan adalah seperti sebuah rebab, sepasang gong, iaitu ibu dan anak, sepasang geduk, juga ibu dan anak, sebatang serunai, sepasang gedombak iaitu ibu dan anak dan canang serta kesi. Tetapi di dalam persembahan yang agak kecil biasanya alat-alat muzik tidaklah sepenuhnya digunakan seperti di atas. Ia hanya cuma sebuah rebab, sepasang gendang iaitu ibu dan anak, sepasang gong juga ibu dan anak, sebatang serunai dan canang.

4 Ahli muzik yang penting dalam persembahan makyong adalah pemain rebab yang lebih dikenali sebagai Tok Mindok. Dia adalah ketua dan juga pemimpin orkestra makyong. Ia memulakan semua lagu sepanjang lapan hingga enam belas measure yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Dialah yang memberi isyarat supaya memulakan lagu, menukarkan rentak lagu dan juga mengenai hal-hal dalam aspek muzik. Tok Mindok dan ahli-ahli muziknya yang lain ditempatkan di suatu sudut kiri pentas dengan Tok Mindok duduk mengarah kepada matahari jatuh. Gambus Samrah atau dikenali juga sebagai 'hiburan malam' ini mempunyai dua segmen utama yang terdiri daripada nyanyian dan tarian dengan iringan muzik berirama Padang Pasir. Terdiri dari tiga rentak utama yang dikenali sebagai Zapin (Zafin), Zefe (Daefe) dan Sarah (Syarah). Seni yang banyak mendapat pengaruh dari negara Timur Tengah ini masih mengekalkan ciri-ciri kelslaman semasa persembahannya. Ahli kumpulan hanya terdiri samada lelaki atau wanita dan tidak bercampur. Masa persembahan juga biasanya di sebelah malam setelah selesai tanggungjawab harian terhadap keluarga dan kewajipan kepada Allah S.W.T. Tempat persembahan juga biasanya di ruang tamu rumah dan untuk kaum wanita pula di dalam bilik. Dan seterusnya di segi lagu dan senikata yang didendangkan kebanyakannya memuji kebesaran Allah S.W.T dan puji-pujian kepada Rasulullah S.A.W dan pastinya tersirat banyak nasihat dan pengajaran khususnya untuk kaum remaja. Di Melaka, ronggeng merupakan jenis muzik tradisional yang paling laris dimainkan, dan didendangkan dengan alunan biola, gendang, akordion dan gong. Muzik dan tarian zapin dari Arab juga laris di seluruh Malaysia. Zapin lazimnya diserikan oleh gambus dan beberapa buah gendang. Dondang sayang pula perlahan dan bersungguh-sungguh dendangannya dengan campuran pengaruh dari China, India, Arab dan Portugal serta unsur tradisi. Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkestra gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk

5 ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan. Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan Pahang diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu. Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain atau menari gamelan. Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri. Demikian pula, Encik Wan Mohd, Encik Wan Ahmad dan Encik Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri. Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya. Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu". Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun, 1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman, 1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama dua orang bekas penarinya, Cik Adnan Abdul. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.

6 Sejarah Lisan. Sejarah lisan ini dilakukan bagi memenuhi keperluaan subjek dalam Pengurusan Rekod iaitu Dokumentasi Tradisi Lisan (IMR 603). Dengan adanya sejarah lisan ini, ianya adalah bertujuaan untuk merapatkan jurang diantara generasi yang lama dan baru. Kebiasaannya, generasi muda akan mencari bahan – bahan bersejarah bagi tujuan penyelidikan dan pembelajaran. Dengan pengumpulan maklumat hasil daripada sejarah lisan ini ianya dapat digunakan oleh guru, pensyarah dan badan – badan akademik dan berilmiah bagi tujuan kajiaan dan penyelidikan dalam memenuhi kehendak pengajaran dan pembelajaran mereka. Sejarah lisan merupakan satu cara atau kaedah yang lebih tepat dan berkesan dalam proses pencariaan bahan sejarah atau bahan kajian terutamanya bagi para penggemar dan pengkaji sejarah yang memerlukan maklumat yang tepat. Catatan atau maklumat yang tertera di dalam buku tidak tepat jika dibandingkan dengan maklumat yang menggunakan kaedah sejarah lisan kerana ianya mengandungi maklumat dari segi pertuturan yang tidak boleh disangkal ketepatan dan kebenaran maklumat yang telah diperolehi daripadanya.

7 KASET 1 BAHAGIAN A Berikut adalah rakaman wawancara sejarah lisan dengan Datuk Suhaimi Bin Mohd Zain yang merupakan seorang pengubah lagu yang terkenal di Malaysia mengenai sumbangan dan pengalaman beliau sebagai seorang pengubah lagu dan pengurus acara yang hebat. Rakaman ini dijalankan di pejabat beliau iaitu di alamat Pak Ngah Production Sdn. Bhd (Swatari), Prima Setapak Bussiness Centre, 30-1, Jalan Prima Setapak 3, Jalan Genting Kelang, 53300 Kuala Lumpur, pada 5hb September 2008 jam 3.00 petang. Wawancara ini dikendalikan oleh Norjauharatul Wahidah Binti Zakaria dan dibantu oleh Siti Habsah Binti Ibrahim. PN : Pak Ngah NWZ : Norjauharatul Wahidah Zakaria SHI : Siti Habsah Ibrahim NWZ : Assalamualaikum Datuk, kami pelajar dari UiTM ingin menemubual Datuk mengenai pengalaman Datuk sepanjang terlibat dalam industri seni dan sumbangan Datuk kepada negara. Sebelum memulakan temubual izinkan kami memperkenalkan diri, saya Norjauharatul Wahidah Binti Zakaria dan rakan saya, Siti Habsah Binti Ibrahim. Bolehkah kita teruskan temubual ini? PN : Boleh. NWZ : Okay, pertama, apakah nama penuh Datuk? PN : Nama saya Suhaimi Bin Mohd Zain. NWZ : Okay, Datuk selesa dipanggil apa di kalangan keluarga dan kawan-kawan? PN : Pak Ngah lah (ketawa)

8 NWZ : Bolehkah kami memanggil Datuk dengan nama Pak Ngah? PN : Eh. Boleh sangat. NWZ : Okay, bilakah Pak Ngah dilahirkan dan di mana? PN : Saya dilahirkan 26 haribulan sembilan tahun 1958 di Jalan Khatib Koyan, Kampung Baru, Kuala Lumpur (ketawa). NWZ : Oo..Orang Kuala Lumpur. PN : Orang KL [Kuala Lumpur]. Okay. NWZ : Okay, di manakah Pak Ngah tinggal sekarang? PN : Sekarang ni [ini], Pak Ngah memilih untuk tinggal berdekatan dengan pejabat lah. So [jadi] pejabatnya di Setapak lah. NWZ : Siapakah nama ibubapa Pak Ngah? PN : Mak Pak Ngah, nama dia Esah Binti Abas, bapa Pak Ngah, Mohd Zain Bin Jemain. NWZ : Apakah pekerjaan ibubapa Pak Ngah? PN : Mak Pak Ngah, surirumah tangga sepenuh masa lah, bapak Pak Ngah ni [ini] macam-macam lah tapi yang terakhir driver [pemandu] teksi. NWZ : Adakah ibubapa Pak Ngah terlibat dalam industri seni? PN : Terlibat secara langsung tu tak [tidak] lah, tapi saya rasa bapa pak ngah ni [ini]memang ada bakat lah bermain muzik tu [itu]. Kemudian, mak Pak Ngah ni [ini], dia mengajar orang mengaji, ye lah dia mengaji pun berlagu. So [jadi] mungkin dalam diri dia tu [itu] memang..memang adalah apa nama ni [ini] darah ataupun aliran seni dekat dalam diri dia lah.

9 NWZ : Pak Ngah anak yang ke berapa? PN : Pak Ngah ni [ini] selalunya orang panggil Pak Ngah ni [ini] pasal dia duduk tengah, betul tak [tidak]? So [jadi] yang sulung tu [itu] kakak lah kakak, Pak Ngah nombor dua, so [jadi] bawah Pak Ngah adik ada tiga lagi. So [jadi] Pak Ngah adik beradik lima orang. NWZ : Apakah nama isteri Pak Ngah? PN : Nama isteri Sharifah Mahani Binti Syed Kassim. NWZ : Apakah pekerjaan isteri Pak Ngah? PN : Dia menguruskan syarikat lah. Syarikat dia sekarang ni [ini] Panggung Shop. NWZ : Berapakah bilangan anak Pak Ngah? PN : Anak Pak Ngah dua orang je [sahaja]. NWZ : Adakah isteri dan anak-anak Pak Ngah terlibat dalam industri seni? PN : Secara langsung macam Mak Ngah mempunyai syarikat yang base [dasar] dia seni lah iaitu mengelolakan sekolah tari lepas tu [itu] dia juga ada membuat sewaan pakaian dan sebagainya lah. Basically [pada dasarnya], berdasarkan kepada seni lah. Kemudian, anak Pak Ngah dua-dua pun, yang seorang yang perempuan tu [itu] dia belajar di ASK [Akademi Seni Kebangsaan] dalam bidang Sinografi pastu [selepas itu] yang lelaki tu [itu] dia audiovisual editor [editor pandang-dengar]. So [jadi] semuanya memang berkaitan dengan seni lah. NWZ : Apakah hobi Pak Ngah di masa lapang? PN : Hobi Pak Ngah ni [ini] entahlah, tapi basically [pada dasarnya] Pak Ngah suka melanconglah, melancong tu [itu] antara perkara yang Pak Ngah suka.

10 NWZ : Jika tidak terlibat dengan bidang seni, apakah cita-cita Pak Ngah yang sebenar? PN : (Ketawa) jika tak [tidak] jadi orang seni jadi orang surau barangkali, tak [tidak] lah Pak Ngah kalau tak [tidak] terlibat dalam bidang seni tak [tidak] tau [tahu] lah. Pak Ngah rasa Pak Ngah akan memang akan jadi [menjadi] memang dah [sudah] dilahirkan, ditakdirkan Tuhan Pak Ngah ni [ini] jadi [menjadi] orang seni lah agaknya. NWZ : Bolehkah Pak Ngah ceritakan di manakah Pak Ngah mula mendapat pendidikan? PN : Ok gini [begini], dari segi pendidikan formal? NWZ : Ya PN : Pendidikan formal sekolah, sekolah rendah Pak Ngah , Pak Ngah bersekolah di Sekolah Jalan Gurney, sekarang Jalan Semarak lah, k [ok] Jalan Gurney, sehingga darjah enam kemudian sekolah menengah Pak Ngah di Sekolah Menengah Jalan Ampang lah dulu Sekolah Menengah Ampang sekarang Sekolah Menengah Seri Ampang, so [jadi] Pak Ngah sekolah ni [ini] setakat tingkatan lima aje [sahaja], takde [tidak ada] melanjutkan pelajaran tinggi lah. NWZ : Maknanya Pak Ngah sampai setakat SPM [Sijil Pelajaran Malaysia] je [saja]? PN : Ya SPM [Sijil Pelajaran Malaysia] saja [sahaja]. NWZ : Apakah bakat seni yang ada pada diri Pak Ngah dipupuk atau adakah ia bakat semulajadi? PN : Bakat semulajadi tetapi dipupuk, contohnya ginilah [beginilah] Pak Ngah ni [ini] selalu menganggap diri Pak Ngah ni [ini] sekolah rendah Pak Ngah dalam bidang muzik ni [ini] adalah di Kampung Baru, so [jadi]

11 di Kampung Baru tu [itu] pengalaman Pak Ngah, dia aktif dengan apa nama ni [ini] kegiatan seni kerana aktiviti-aktiviti Kampung Baru tu [itu] begitu aktif dalam apa menyemarakkan silaturrahim antara satu sama lain. So [jadi] kampung tu [itu] memang aktif sehinggakan dia ada tiga band [kumpulan] dalam tu [itu], band [kumpulan] remaja, band [kumpulan] apa nama ni [ini] band [kumpulan] orang dewasa , band [kumpulan] orang tua, so [jadi] Pak Ngah terlibat dalam tiga-tiga band [kumpulan] ni [ini] dari segi pengalaman Pak Ngah lah. Jadi itu pengalaman muzik Pak Ngah lah. Pak Ngah anggap sekolah rendah Pak Ngah lah dalam bidang muzik. Kemudian sekolah menengah Pak Ngah dalam bidang muzik Pak Ngah menganggap pengalaman Pak Ngah bekerja di kelab, so [jadi] Pak Ngah berpengalaman bekerja di kelab malam sperti di Kowloon umpamanya, Kowloon Hotel tahu dekat mane , Jalan Tuanku Abdul Rahman tu [itu], lepas tu [itu] di Shah Hotel, kemudian Pak Ngah berpengalaman bermain Wild Man Show (??) di apa nama ni [ini] di Bukit Bintang Restaurant macam-macam, di kelab Medan Tuanku apa nama dah tak [tidak] ingat dah nama tu [itu], so [jadi] pengalaman bekerja di hotel, di kelab-kelab ni [ini] merupakan pengalaman sekolah menengah Pak Ngah, kemudian tahun ’72, bila Pak Ngah bekerja dengan Kementerian Kebudayaan, di situ universiti Pak Ngah. Pak Ngah menganggap kerana di Kompleks Budaya ini lah yang banyak memberi ruang kepada Pak Ngah untuk menambahkan ilmu-ilmu Pak Ngah, contohnya, ok kita dah [sudah] ada basic [asas] muzik kan daripada pengalaman Kampung Baru tadi tu [itu] dengan di kelab tadi ni [ini] kan so [jadi] bila kita masuk ke Kompleks Budaya baru Pak Ngah ni [ini] didedahkan dengan muzik yang diluar, diluar yang Pak Ngah tahu sebelum ini, contohnya muzik-muzik gamelan, muzik-muzik tradisional, you know [awak tahu] masa zaman Pak Ngah main kelab dulu lagu Santana je [saja], ya betul tak [tidak] , kita muda kan?

12 NWZ : Muda. PN : Bila kita masuk oh ada muzik gamelan, ada muzik hadrah, ada keroncong, ada simfoni orkestra, so [jadi] di situlah Pak Ngah ambik [ambil] kesempatan untuk belajar kebanyakan genre-genre muzik yang ada di situ. Dia mengambil masa yang begitu panjang, macam kau [engkau] pergi universiti kau [engkau] belajar empat tahun je [sahaja] kan buat balik ijazah tapi [tetapi] Pak Ngah terpaksa belajar 12 tahun 12, 15 tahun untuk menimba ilmu dengan secara oral [lisan] orang kata kan, so [jadi] itulah Pak Ngah mendapat ilmu daripada Kompleks Budaya menjadikan Pak Ngah sekarang, so [jadi] pengalaman hidup Pak Ngah tu [itu] lah pentinglah yang membentuk diri Pak Ngah sekarang ni [ini]. NWZ : Apakah pengalaman manis Pak Ngah semasa sekolah semasa aktif lah dalam bidang muzik? PN : Di sekolah ni [ini] orang tak [tidak] tahu Pak Ngah ni [ini] boleh bermain muzik orang tak [tidak] tahu, walaupun Pak Ngah bermula bermain muzik umur sepuluh tahun tapi Pak Ngah tidak, tidak kelihatanlah bakatnya di sekolah kerana mungkin Pak Ngah tidak berkawan dengan kelompok-kelompok yang bermain muzik di sekolah tu [itu]. Tapi Pak Ngah aktifnya di Jalan Khatib Koyan tadi yang Pak Ngah cakap tadi tu [itu] tidak di di sekolah jadi orang tak [tidak] dapat kesan lah bakat Pak Ngah di sekolah. NWZ : Bilakah Pak Ngah mula bekerja? PN : Bekerja macam mana? Bekerja. NWZ : Bekerja. Mula-mula penglibatan Pak Ngah. Bekerjalah. PN : Bermula dapat duit main kelab lah.

13 NWZ : Main kelab. PN : Tetapi bekerja formal dengan kerajaan adalah pada tahun ’77 lah. ’77 Pak Ngah mula bekerja di Kompleks Budaya Negara sebagai pemuzik. Pemuzik tradisional lah. Pemuzik tradisional dan moden. NWZ : Boleh Pak Ngah ceritakan sedikit bagaimana Pak Ngah boleh menjadi pemuzik ni [ini]? PN : Macam Pak Ngah cerita tadi bakat Pak Ngah ni dah [sudah] dikesan pada peringkat awal umur sepuluh tahun lah. Lepas tu [itu] pengalaman-pengalaman Pak Ngah dari mula belajar tu [itu] datangnya daripada kampunglah asalnya ok. Lepas tu [itu] Pak Ngah dengan band [kumpulan] yang ada tu [itu] Pak Ngah ambil pengalaman di kelab kan. Tu [itu] semua penting tu [itu] bagi Pak Ngah, tetapi tidak formal, di kelab-kelab ni [ini] semua yang kita belajar dengan kawan-kawan, dengan buku dan sebagainya dia tidak formal. Tetapi bila Pak Ngah masuk Kompleks Budaya tu [itu] banyak kelas dianjurkan oleh kementerian masa tu [itu]. So [jadi] masa tu [itu] Pak Ngah belajar khususnya yang penting bagi Pak Ngah adalah belajar membaca, membaca muzik, so [jadi] yang tu [itu] yang, yang, yang mengembangkan Pak Ngah lah yang betul-betul kerana sekarang ni [ini] kalau kita main muzik tak [tidak] boleh baca lupakanlah, ia tak [tidak] akan berkembang, ia tak [tidak] akan pergi jauh. Tu [itu] pasal Pak Ngah boleh menulis. Pak Ngah boleh tulis, buat orkestra ke apa Pak Ngah boleh, kerana kita belajar so [jadi] daripada situ ilmu yang kita dapat daripada Kompleks Budaya tu [itu] itu yang banyak membinalah ilmu pengetahuan muzik Pak Ngah lah.

14 NWZ : Apakah kerjaya Pak Ngah sekarang? PN : Sekarang ni [ini] Pak Ngah berniagalah, basically [pada dasarnya] perniagaan Pak Ngah ni [ini] base [asas] dia seni juga lah. Core [teras] bisnes kita sebenarnya bukan buat lagu aje [sahaja]. Kita sebenarnya di sini kita buat pengurusan seni lah, pengurusan seni, pengurusan acara. Basically [pada dasarnya] macam contohnya kalau acaranya sesiapa nak [hendak] buat acara untuk organisasi mereka, Pak Ngah ni [ini] akan menjadi jururunding mereka dan Pak Ngah juga merupakan salah satu syarikat melaksanakan acara yang mereka nak [hendak] buat. Itu core [teras] bisnes Pak Ngah, dan selain daripada tu [itu], kita juga buat aktiviti seperti buat rakaman muzik itu biasalah kita ada, studio semua, dan artis-artis datang untuk buat rakaman selain daripada artis kita buat juga untuk TV [televisyen] station [stesen], radio station [stesen], kalau buat program-program TV [televisyen] dan sebagainya. Kita, kita buat (??) buat untuk produksi mereka, kemudian selain daripada tu [itu], di sini kita juga buat program-program macam sekolah tari dan sebagainya, sekolah muzik, sekolah muzik tak [tidak] serius lah, tetapi sekolah tari tu [itu] memang serius memang Mak Ngah yang menjalankannya. So [jadi] sehingga sekaranglah, so [jadi] kita bermula daripada tahun ’95 sehingga sekarang syukur Alhamdullilah masih bergerak lagi. NWZ : Ceritakan serba sedikit tentang kerjaya Pak Ngah ni dan bilakah Pak Ngah mula macam terlibat dengan kerjaya Pak Ngah sebagai pengubah lagu semua? PN : Pengubah lagu ni [ini] dia kebetulan saja. Macam Pak Ngah cakap bila Pak Ngah mula bekerja di, di Kompleks Budaya Negara, so [jadi] kita, kita banyak aktiviti kita ni [ini] dengan, dengan orang seni juga, dengan artis seumpamanya, so [jadi] kita dah [sudah] bertahun dengan Kompleks Budaya tu [itu] jadi, jadi banyaklah hal-hal yang berkaitan dengan tradisional ni [ini] kita mampulah untuk membuat dan sebagainya. Jadi

15 bila kita bercampur dengan golongan artis ni [ini], so [jadi] mereka mungkin mereka melihat bakat Pak Ngah dalam bidang tradisional ni [ini] mungkin luar biasa sikit kan. Jadi mereka apa minta bantuan Pak Ngah untuk melibatkan Pak Ngah dalam penerbitan album mereka di situ bermulanya, so [jadi] di syarikat SRC [Suria Records Company} lah, so [jadi] syarikat tu [itu] minta kerjasama Pak Ngah untuk terbitkan album artis mereka. Antara yang terawal adalah ND Lala, Santan Berlada, Trio Santan Berlada dulu tu [itu], so [jadi] pengalaman-pengalaman tu [itu] membolehkan Pak Ngah menerbitkan album lah. Sehinggalah pada tahun 90-an kebetulan Noraniza Idris nak [hendak] buat album, dia minta tolong dengan Pak Ngah untuk terbitkan albumnya. So [jadi] di situlah secara serius Pak Ngah memulakan kerjaya Pak Ngah sebagai penerbit album. NWZ : Siapakah yang mendorong Pak Ngah mengubah lagu ni [ini]? PN : (Berfikir). Tuhan lah kot. (Ketawa) dia gini [begini] ada orang dia kisah kita nak [hendak] mengubah lagu ni [ini] dia nakkan ilham, ilham kena tengok laut-lautan lah, Pak Ngah tak [tidak] adalah, Pak Ngah ni [ini] kena cari, kena duduk dalam studio mengadap komputer tu [itu] apa mencapai keyboard [papan kekunci] tu [itu] and [dan] then [ketika itu] mencarilah so [jadi] mencari, mencari, mencari lah mencari sehinggalah kita puas dengan apa yang kita cari tu [itu] melodi tu [itu] dan kalau kita rasa benda tu [itu] menarik, baru Pak Ngah suruh orang tuliskan lirik dan sebagainya, so [jadi] Pak Ngah tak [tidak] adalah nak [hendak] kena ada .. tapi kalau dorongan kawan-kawan, keluarga tu [itu] memanglah, itu khususnya Mak Ngah sendiri kan dia selalu komen, kritik kerja kita, kemudian keluarga sayalah, keluarga saya yang beri dorongan untuk, untuk menikmati atau memberi memberi cadangan, memberi komen tentang kerja-kerja saya lah.

16 NWZ : Adakah kerjaya sebagai pengubah lagu ni [ini] sangat sibuk? PN : Tak [tidak] lah, tak [tidak] rasa sibuk, saya macam Pak Ngah cakap tadi, core [teras] bisnes saya bukan buat lagu, core [teras] bisnes saya pengurusan seni kan, buat lagu ni [ini] kalau free [lapang] saya buat, kalau tak [tidak] free [lapang] saya tak [tidak] buat, contohnya kalau orang datang, saya bukan buat lagu and [dan] then [ketika itu], saya simpan dalam almari tak [tidak], saya orang datang made [buat] to [kepada] order [pesanan] kan made [buat] to [kepada] order [pesanan], orang order [pesanan] baru kita buat, pasal tak, [tidak] saya tak [tidak] betul-betul menjual diri saya sebagai pengubah lagu untuk orang, untuk orang datang membuat lagu dan sebagainya. NWZ : Berapakah jumlah bayaran yang Pak Ngah dapat apabila mengubah sesuatu lagu? PN : Bergantung kalau lagu album ni [ini] dia, dia dapat satu bayaran untuk kerja-kerja penerbitan tu [itu], tu [itu] dalam lima ribu ringgit saja satu lagu ok, tetapi kita dapat bayaran lain daripada yang penerbitan tadi ni [ini] iaitu royalties-royalties [royalti]. Royalties [royalti] bergantung kepada jualan album lah, so [jadi] kalau jualan album tu [itu] banyak, kita boleh dapat banyak lah. Kalau jualan album tu [itu] tak [tidak] laku, kita dapat sikit lah kan. Itu, itu satu jenis bayaran, satu lagi jenis bayaran adalah lagu yang bukan komersial, bukan dijual di kedai, lagu kempen umpamanya, lagu-lagu organisasi umpamanya, lagu-lagu apa nama ni [ini] promo umpamanya, itu dibayar sekali, tu [itu] depends [bergantung] ada yang dibayar satu lagu 25 ribu tetapi kita tak [tidak] dapat bayaran lain lagi dah [sudah], kita tak [tidak] dapat jualan kedai because [sebab] kita tak [tidak] jual kedai. Kadang-kadang ada sampai 50 ribu, ada 150 ribu.

17 NWZ : Banyaklah. PN : Itu bergantung kepada organisasi mana untuk kita buat lah. NWZ : Apakah antara lagu ciptaan Pak Ngah? Lagu yang Pak Ngah cipta sendiri. PN : Banyaklah, cari lah kat kedai tu [itu]. NWZ : Contohnya. PN : Cindai, Hati Kama, banyaklah Pak Ngah nak sebut tu [itu] lah banyak. NWZ : Setakat ini, pada pendapat Pak Ngah berapa jumlah lagu yang telah Pak Ngah telah cipta? PN : Ikut senarai MACP, MACP ni [ini] satu badan yang menjaga kepentingan lagu kita lah maknanya kalau kau [engkau] main dekat rumah kau ke lagu tu [itu] untuk public [awam] kena bayar, so [jadi] MACP yang menjaga kepentingan lagu ni [ini] lah. Pak Ngah tak [tidak] betul-betul kira tapi ratus-ratus lah, ratuslah lagu Pak Ngah mungkin tiga empat ratus. NWZ : Banyak. Pastu [selepas itu] di dalam banyak-banyak lagu yang Pak Ngah cipta dan gubah, yang manakah lagu yang paling Pak Ngah suka? PN : Ya ke? Paling Pak Ngah suka? Untuk lagu komersial ni [ini] ya yang paling Pak Ngah suka Nirmala lah. NWZ : Nirmala. PN : Nirmala nyanyian Siti Nurhaliza. Itu lagu tu [itu] memang susah Pak Ngah buat. Pak Ngah memang target [sasaran] lagu tu [itu] nak [hendak] menang Juara Lagu masa buat lagu tu [itu]. Itu goal [objektif] kita kan. Nak [hendak] lagu tu [itu] lagu berjaya kan, so [jadi] bila Pak Ngah buat tu [itu] dia banyak form [bentuk], banyak bentuk dalam lagu tu [itu],

18 biasa kalau kita tengok contohnya lagu 60-an orang kata, form [bentuk ] dia A.A.B.A simple [ringkas] saja kan, tapi form [bentuk] ni [ini] sampai E ada, so [jadi] kerana kita, kerana Pak Ngah nak tunjukkan pada audience [penonton] bahawa Siti ni [ini] memang seorang penyanyi yang hebat so [jadi] kita gunakan kepakaran dia menyanyi tu [itu] untuk menyampaikan lagu tu [itu] dan dia berjaya, dia berjaya menyanyi dengan begitu baik sekali dalam lagu, lagu tu [itu], kemudian walaupun dia tak [tidak] menang Juara Lagu tapi dia juara kategori lah, cuma masa tahun saya tak [tidak] ingat mungkin tahun 2003 masa tu [itu] jadi kontroversi di antara Keliru yang menang tu [itu] dengan lagu Nirmala tapi Pak Ngah berpuas hati lah prestasi lagu tu [itu] bawa pergi ke, Siti bawa pergi ke Uzbekistan ke apa Pak Ngah tak [tidak] ingat menang juara, lepas tu [itu] dekat Planet Hollywood, Planet Hollywood pula, APM [Anugerah Planet Muzik], Planet Muzik pun menang, kemudian Pak Ngah bawa pergi China, AYAF (Asian Youth Art Festival) pun dapat gold [emas] award [anugerah], so [jadi] dengan modal lagu Nirmala saja, tu [itu] pasal Pak Ngah suka lagu tu [itu] tetapi untuk lagu kempen yang kuat lah, Pak Ngah tak [tidak] cakap bagus ke, apa nilai artistik yang tinggi tu [itu] Pak Ngah tak [tidak] bercakap dalam hal tu [itu] ya. Pak Ngah cakap yang kuat, yang orang memang boleh terima dari segi penerimaan lagu tu [itu] lagu Keranamu Malaysia, so [jadi] Keranamu Malaysia saya rasa, dan Jalur Gemilang, so [jadi] saya tahu Jalur Gemilang ni [ini] akan orang akan terimanya sampai bila-bila, sampai 100 tahun, 200 tahun, kerana dia akan menjadi lagu, lagu bendera kita kan tapi lagu Keranamu Malaysia ni [ini] dia begitu, begitu dekat, begitu popular, begitu sinonim dengan hari Kebangsaan lah. Saya rasa dia akan jadi satu, satu lagu patriotik yang orang akan kenang lah sampai bila-bila.

19 NWZ : Sebagai pengubah lagu, selain Pak Ngah cakap Pak Ngah dapat dorongan daripada .. (Bunyi telefon, Pak Ngah menjawab panggilan telefon.) NWZ : Sebagai seorang pengubah lagu bagaimanakah Pak Ngah mendapat idea untuk sesuatu lagu. PN : Tadi Pak Ngah dah [sudah] jawab ke? NWZ : Pak Ngah tak [tidak] jawab lagi. PN : Pak Ngah tak [tidak] jawab lagi. Dia idea dia begini, Pak Ngah selalu bila bermula nak [hendak] buat sesuatu lagu ni umpamanya katakan lagu artis popular lah kata, so [jadi] dia datang jumpa Pak Ngah kita bincang dulu, kita bincang apa lagu dia nak, dia nak rakam contohnya kalau dalam tradisional ni [ini] banyak, dia bukan, dia bukan belasah je [sahaja] lagu apa dia bagi kan tak [tidak] , dia ok, saya bincang, ko [engkau] nak [hendak] lagu apa, kata kan dia nak [hendak] lagu zapin, lagu joget ke, lagu samrah ke, arab-arab sikit ke apa kan, macam sekarang ni [ini] Siti nak [hendak] kan yang bentuk tradisional tapi ada moden sikit kat dalam tu [itu], so [jadi] benda tu [itu] yang akan mendorong Pak Ngah lah untuk menghasilkan sesuatu sepertimana yang dibincangkan, kemudian dari situ baru Pak Ngah lah baru Pak Ngah create [cipta] banyak, banyak benda, yang, yang nak di kena [hendak] ambil kira macam contohnya katakanlah kita nak [hendak] buat lagu samrah lah katakan, Samrah Sahara umpamanya, Samrah Sahara ni [ini] macam lagu Jamal Abdillah, Jamal Abdillah lagu Samrah Mentari, lagu tu [itu] sebenarnya irama dia macam irama joget tapi kalau kita tak [tidak] buat betul-betul, dia punya melodi structure [struktur] dia tu [itu] berdasarkan apa struktur arab. Kita tak [tidak] akan dapat samrah tu [itu], jadi bila kita dah [sudah], Pak Ngah dah [sudah] bincang dengan penyanyi, bila dia kata nak samrah tu [itu],

20 yang itu yang mendorong. Pak Ngah tahu macam samrah ni [ini] kena ada skala arabnya ok, daripada skala arab tu [itu] Pak Ngah work [kerja] lah, macam Pak Ngah cakap tadi, Pak Ngah kena cari, Pak Ngah tak [tidak] boleh tunggu ilham datang dulu, tak [tidak] jadi punya, tak [tidak] boleh ilham datang tu [itu] dengar burung terbang, dapat ilham, tak [tidak] jadi dia, Pak Ngah cari lah dekat keyboard [papan kekunci] tu [itu], so [jadi] Pak Ngah kena mencarilah. NWZ : Berapa lamakah Pak Ngah mengambil masa untuk mengubah sesuatu lagu? PN : Bergantunglah macam Siti umpamanya ideanya datang lima minit je [sahaja], lagu Cindai tu [itu] lima minit je [sahaja] dalam kereta je [sahaja] tapi lagu Dondang Dendang, Noraniza Idris dua minggu, sebulan ke dua minggu macam tu [itu], itu, itu, berbeza kerana dia bila kita mencari tu [itu] tak [tidak] dapat kan, mencari tak [tidak] dapat, tak [tidak] dapat, tak [tidak] dapat, bukan tak [tidak] dapat Pak Ngah apa buat, buat tapi bagi Pak Ngah tak [tidak] bagus, tak [tidak] sedap, buat lain buat tak [tidak] dapat, mungkin dapat verse [rangkap] saja [sahaja] lepas tu [itu] nak [hendak] tunggu nak [hendak] dapat verse [rangkap], korus ke apa kan, itu, itu yang lambat tu [itu], tapi kalau dia, dah Tuhan nak [hendak] bagi tu [itu] dia lalu, lalu je [saja], ambik [ambil] je [saya] lah, tu [itu], tu [itu] yang selalu Pak Ngah buat. NWZ : Apakah genre yang paling Pak Ngah suka? PN : Genre yang, yang ke arab-araban lah, yang ada bentuk-bentuk arab memang Pak Ngah suka lah kerana arab ni [ini] kan kaya dengan skalanya, dia ada Baiyati, Usaini, Hijaz, Siqqah, Sohbat, Nahwal, Ras benda tu [itu] banyak kita boleh, kita boleh bermain kan, so [jadi] Pak Ngah rasa kalau you [awak] study [belajar] betul-betul penciptaan Pak

21 Ngah ni [ini], komposisi Pak Ngah ni [ini] memang kebanyakannya berbentuk, melalui structure [struktur] ni banyak berbentuk arab lah. NWZ : Kenapa Pak Ngah memilih genre tersebut? PN : Pasal mungkin dia lebih dekat kan, Pak Ngah suka genre-genre arab, genre-genre arab ni [ini] dia lebih dekat dengan Pak Ngah dan Pak Ngah rasa sedap untuk didengar kan, tetapi kalau kita nak [hendak] buat yang jenis yang begitu, tapi kalau kita nak [hendak] buat inang biasa tak [tidak], tak [tidak] jadinya genre-genre arab ni [ini] apa atau pun elemen-elemen arab ni [ini], tapi kebanyakan lagu bila Pak Ngah buat memang arab tu [itu] dulu, dalam kepala tu [itu] arab dulu, mungkin dia kaya kan, dengan structure [struktur] kan. NWZ : Selepas siap sesuatu lagu itu digubah, apakah proses yang Pak Ngah akan lakukan sehingga lagu itu dirakamkan? PN : Selepas siap selalunya Pak Ngah akan buat satu demo [demostrasi] melodi structure [struktur] sebenarnya Pak Ngah akan rakam dulu demo [demostrasi] dia, bila dah siap melodi dia tu [itu] Pak Ngah rakam demo [demostrasi] lepas tu [itu] Pak Ngah akan bagi kepada penulis lirik, dia punya, dia punya demo [demostrasi] tu [itu], so [jadi] Pak Ngah akan sertakan juga suku kata kepada lagu itu, kerana penulis lirik ni [ini] kita tak [tidak] boleh bagi je [sahaja] lagu tu [itu] and [dan] then [ketika itu], suruh dia agak sendiri suku kata, tak [tidak] boleh kerana kita yang tahu kat [dekat] mana nak [hendak] letak suku kata, kerana bezanya tradisional dengan yang moden ni [ini], tradisional ni [ini] dia ada patah lagu dia yang kita nak [hendak] taruk [letak] tu [itu], so [jadi], so [jadi] kalau kita tak [tidak] letak dia punya suku kata nanti penuh dengan suku kata, seni kata kat [dekat] dalam tu [itu] banyak sangat, so [jadi] Pak Ngah akan bagi empat campur tiga umpamanya, empat campur tiga tu [itu] empat suku kata campur tiga suku kata umpamanya, so [jadi] daripada situ bila

22 dia siap barulah kita buat demo [demostrasi], Pak Ngah sendiri yang akan nyanyi walaupun lagu perempuan, Pak Ngah sendiri yang akan nyanyi demo [demostrasi] nya. Lepas tu [itu] baru kita tunggu lah sama ada dia setuju atau tidak lagu tu [itu], ataupun lagu kita terpilih atau tidak dalam produksi mereka. Bila dah [sudah] confirm [sahkan] tentang lagu tu [itu] baru lah Pak Ngah masuk studio dan rakam betul-betul, tu [itu] barulah kita panggil orang untuk buat rakaman dan sebagainya lah. NWZ : Siapakah artis- artis yang pernah menyanyikan lagu Pak Ngah? PN : Ramai nak [hendak] tulis ke? (ketawa) Siti, Noraniza Idris, Jamal Abdillah, Sharifah Aini kan, Iyeth Bustami Indonesia, Bidadari Indonesia, Pascale Marcaalani Lubnan, Pah Hui China, banyak, ramai, penyanyi Cina pun ada ambil lagu Pak Ngah, banyaklah. NWZ : Apakah lagu Pak Ngah selain Nirmala yang pernah menjuarai Juara Lagu? PN : Macam mana? NWZ : Selain Nirmala, apakah lagu lain yang pernah menjuarai Juara Lagu. PN : Dia Juara Lagu bermula dengan lagu Cindai Pak Ngah menang lepas Cindai, baru Balkis, itu Juara Lagu dua-dua tu [itu], lepas tu [itu] Juara Kategori banyak, Hati Kama ada, lepas tu [itu] Nirmala, ada, and [dan] then [ketika itu] lagi, limalah Pak Ngah tak [tidak] ingat, lagi satu lagu apa. NWZ : Adakah Pak Ngah banyak mengikuti kursus dan seminar muzik di dalam dan di luar Negara? PN : Tak [tidak] banyak sangat lah, tapi ada macam contohnya kalau bidang seni ni [ini] yang paling, paling berharga dan bererti untuk Pak Ngah adalah kursus di Amerika, iaitu ‘An Introduction To American Reportary’

23 (??), tu [itu] Pak Ngah pergi tahun ’87 gitu [begitu], yang itu banyak membuka minda Pak Ngah, membuka mata kita tentang betapa tingginya nilai apa nama nilai seni orang lain. Kita duduk kat Kuala Lumpur ni [ini], kita ingatkan kita hebat sebenarnya tidak bila kita pergi dekat luar baru kita tahu, oh kehebatannya seharusnya begini, itu memberi kesedaran lah kepada Pak Ngah. NWZ : Apakah instrument yang Pak Ngah akan gunakan semasa mengubah sesuatu lagu selain keyboard [papan kekunci]? PN : Keyboard [papan kekunci]. NWZ : Keyboard [papan kekunci] sahaja. PN : Untuk mengubah keyboard [papan kekunci]. NWZ : Ok. Selain mengubah lagu adakah Pak Ngah juga menulis lirik lagu? PN : Tak [tidak]. NWZ : Tak [tidak]. PN : Tak [tidak] pandai menulis lirik. NWZ : Selain seorang pengubah, Pak Ngah juga seorang pengarah muzik. Ceritakan tugas Pak Ngah sebagai pengarah muzik dalam teater? PN : Dia, bidang pengarah muzik untuk teater di Istana Budaya lah khususnya, Pak Ngah ni [ini] selalunya Pak Ngah yang akan menentukan konsep muzik yang Pak Ngah nak [hendak] bawa lah. So [jadi] mungkin contohnya kita ada production [produksi], production [produksi] team [kumpulan] ni [ini], kita ada dalam lima, enam orang, dia diketuai oleh penerbitlah selalunya, kalau penerbit tu [itu] Istana Budaya, Istana Budayalah yang akan mengepalainya, kemudian kita ada pengarahnya, kita ada pengarahnya, kita ada pengarah tarinya kemudian juga Pak Ngah

24 di situ, so [jadi] bila kita bincang dari segi konsep yang dibentangkan oleh penerbit ataupun pengarah tu [itu], baru kita tahu apakah bentuk teater itu, katakanlah teater tu [itu] religious [keagamaan] kata, Pak Ngah nak [hendak] sesuaikan dengan muzik Pak Ngah, mungkin Pak Ngah pilih muzik bentuk-bentuk zapin umpamanya kan, itu Pak Ngah decide [keputusan], so [jadi] bila katakanlah kreativitis setuju dengan konsep Pak Ngah nak [hendak] menggunakan Zapin sebagai teras dia, barulah Pak Ngah buat arrangement [susunan] muzik berdasarkan muzik yang, yang teras zapin tadi umpamanya, lepas tu [itu] kita carilah untuk nak [hendak] main muzik tu [itu] siapa, selalunya Pak Ngah gubah sendiri, kita carilah siapa pemuzik yang sesuai untuk muzik zapin umpamanya, berapa orang yang nak [hendak], itu semua Pak Ngah yang tentukan lah, daripada situ kita buat arrangement [susunan]. Ada dua cara, satu kita main live [secara langsung] , kalau dia ada duit kita main live [secara langsung], itu selalunya ada dalam lebih kurang 30 orang, 25 orang ke 35 orang yang bermain muzik. Tetapi kalau dia tak [tidak] ada bajet ke apa ke,itu kita rakam lah, prosesnya kita masuk ke studio, masuk bagi demo [demostrasi] untuk dia berlatih dan sebagainya, sehinggalah hari persembahan tu [itu], so [jadi] proses dia, sebenarnya banyak lagi proses dia tapi untuk itu, itu antaranya lah. NWZ : Apakah teater yang Pak Ngah terlibat? PN : Banyak. NWZ : Contohnya. PN : Banyak tak [tidak] ada buku sini. Ko [engkau] kena ambil aku [Pak Ngah] punya profil company [syarikat], profil dengan resume Pak Ngah, ok nanti Pak Ngah bagi, antaranya teater Cindai, Sirih Bertepuk Pinang Menari ok, kemudian teater Siti Zubaidah, teater Rubiah, ish banyaklah teater, nanti Pak Ngah ambil ya.

25 NWZ : Ceritakan sedikit tentang pengalaman Pak Ngah semasa terlibat dalam Rhythm in Bronze ’99 pada 2 hingga 5 September 1999 di Experimental Theatre? PN : The Rhythm in Bronze, Pak Ngah hanya sebagai pengubah muzik saja [sahaja], so [jadi], penglibatan Pak Ngah minima sangat, itu pun piece [cebisan] yang Pak Ngah dah [sudah] ada, di ambil oleh sinetra dan dia rearrange [susun] balik, piece [cebisan] tu [itu], piece [cebisan] tu [itu] kalau tak [tidak] salah saya original [asli] punya suasana, nama piece [cebisan] tu [itu], tetapi yang betul-betul Pak Ngah buat dalam hal gamelan ni [ini], Pak Ngah pernah mengarahkan suatu persembahan dipanggil Gitar Gangsa, itu besar buat di Istana Budaya, kalau tak [tidak] salah Pak Ngah dua tahun lepas lah. Gitar Gangsa ni [ini] mungkin boleh dapat slide [slaid] nya nanti, kalau nak [hendak] slide [slaid] lah. NWZ : Pak Ngah pernah menjadi pemimpin dalam Malaysia Traditional Orchestra semasa mereka membuat persembahan di dalam “Titian Budaya Malaysia-Singapore” pada 8 Mei sehingga 11 Mei 2008. PN : Mana kau [engkau] tahu ni [ini] semua ni [ini]? NWZ : Tengok website [laman web]. PN : (Ketawa). Tengok website [laman web]. NWZ : Bagaimanakah pengalaman Pak Ngah? PN : Itu satu yang memang menariklah, so [jadi] sebenarnya basically [secara asasnya] dia, kerajaan nak [hendak], nak [hendak] kita buat satu persembahan yang melambangkan satu uniti lah kerana kementerian tu [itu] Kementerian Perpaduan ya. Satu bentuk persembahan yang melambangkan perpaduan antara kaum dalam, dalam persembahan tu [itu]. So [jadi] kita bincang, bincang,bincang, bincang kita kata lah why

26 [kenapa] not [tidak] kita buat satu orkestra yang base [asas] dia daripada peralatan pelbagai kaum, its not easy [ia tidak mudah] untuk nak [hendak], nak [hendak] membuat orkestra tu [itu]. Tetapi perbincangan demi perbincangan yang kita buat dan kita punya team [kumpulan] tu [itu] memang menarik, yang memikirkan, ada beberapa orang, Pak Ngah, Enck Syam, Encik Yazid, banyak lagilah, dia punya empat lima orang yang, yang duduk bincang, and [dan] then [ketika itu], daripada situ kita serius, kita seriously [dengan serius] discuss [bincang] bagaimana orkestra tu [itu] nak dibentuk kan dan apakah wajahnya kan, so [jadi] di Singapore tu [itu] lah first time [pertama kali], first time [pertama kali] kita cuba untuk, untuk menghasilkan satu orkestra yang di, yang komponennya dianggotai oleh pemuzik-pemuzik pelbagai kaum, kita ada, kita ada gamelan, kita ada Er Hu, Chong Hu, Gong Hu kita ada, pastu [selepas itu], kita ada Tabla India, kita ada flute [seruling] India, Cina, kita ada Sape Sarawak, kita ada Gong Ngan Sabah, kemudian rhytm section [sesi irama] dia sebagai sokongan, jadi kalau kita mainkan orkestra ni [ini] dia bukan saja [sahaja] boleh main tradisional saja [sahaja], dia juga boleh main lagu semasa, itu yang menariknya tentang orkestra ni [ini]. Jadi Pak Ngah rasa kerajaan harus meneruskan usaha ini [ini], boleh memikirkan lagi bentuk persembahan ataupun boleh kembangkan lagi orkestra simfoni rakyat Malaysia. NWZ : Bolehkah Pak Ngah ceritakan sedikit pengalaman Pak Ngah semasa terlibat menjayakan Citrawarna dan sambutan Hari Kemerdekaan. PN : Citrawarna ni [ini] kira macam pack [pakej] Pak Ngah lah, yang Pak Ngah yang memulakan Citrawarna ni [ini] dengan concern [perhatian] daripada Yang Berhormat Datuk Kadir sendiri kemudian kita mula tahun ’99, so [jadi] di sini ideanya ialah untuk menjadikan Citrawarna ni [ini] satu hari di mana kita datang ke Kuala Lumpur boleh melihat semua kesenian satu Malaysia ni [ini], kita tak [tidak] payah pergi ke Kelantan

27 untuk nak [hendak] tengok kesenian Kelantan. Kita datang KL [Kuala Lumpur] pada hari itu kita, kita dapat melihat. Itu ideanya yang pertama, jadi akhirnya Citrawarna ni [ini], dia jadi besar kerana apa tuntutan menteri itu sendiri nakkan benda ni [ini] besar dan sebagainya, dia betul-betul memberi impact [kesan] kepada persembahan Citrawarna ni [ini]. Jadi Pak Ngah rasa sokongan-sokongan inilah yang, yang, yang membina ataupun dapat menjadikan Citrawarna ni [ini] Citrawarna satu event [acara] yang besar kerana dia melibatkan VVIP [very very important person], Agung kita arak dia, kemudian penglibatannya melibatkan orang daripada sekecil-kecil masa mula-mula usaha dulu kita start [mula] mungkin dengan dua ribu orang, akhirnya bila Pak Ngah buat yang terakhir tu [itu] dah [sudah] jadi enam ribu orang, itu bukan satu benda yang kecil lah, so [jadi] mereka berjayalah, mereka berjaya menjadikan Citrawarna ni [ini] satu acara yang ditunggu-tunggu oleh bukan kita di Kuala Lumpur je [sahaja], seluruh rakyat Malaysia yang terlibat dengan seni ni [ini] looking [melihat] forward [kehadapan] untuk nak [hendak] datang KL [Kuala Lumpur] kerana datang tu [itu] ramai tiga ratus, dua ratus, tiga ratus orang untuk mewakili negeri-negeri tu [itu], so [jadi] bila kita kumpulkan mereka, dia menjadi, menjadikan dia satu effect [kesan] yang amat besarlah. NWZ : Pak Ngah juga pernah terlibat dalam Putih iaitu satu filem animasi sebagai pengubah lagu dan skor muzik. Boleh Pak Ngah ceritakan pengalaman tu [itu]? PN : Putih Pak Ngah tak [tidak] ingatlah, Putih ni [ini] tak [tidak] ingatlah, tapi saya tahulah cerita Putih tu [itu] kartun kan? I don’t remember [saya tidak ingat], lama dah [sudah], saya ingat Putih ni [ini] tahun 90-an kan? 90-an saya tak [tidak] ingat.

28 NWZ : Apakah pengalaman manis Pak Ngah sepanjang karier? PN : Yang mana? Apa pengalaman manis, tak [tidak] ada, adalah pengalaman-pengalaman manis ni [ini]. NWZ : Banyaklah. PN : Banyaklah, banyaklah pengalaman manis. NWZ : Bagaimana pula dengan pengalaman pahit? PN : Pahit biasalah berniaga, bila time [masa] tak [tidak] berapa, rasa demam je [sahaja] tu [itu], tu [itu] pahitlah tu [itu] (ketawa). Biasalah Pak Ngah kehidupan Pak Ngah tak [tidak] adalah outstanding [cemerlang] ke apa. Manis ni [ini] biasa je [sahaja] saya anggap semua orang merasa manis, kalau pahit pun biasa je [sahaja] semua orang merasa pahit yang sama macam Pak Ngah. NWZ : Cabaran Pak Ngah yang Pak Ngah hadapi sepanjang karier Pak Ngah? PN : Cabaran Pak Ngah selalunya untuk nak [hendak], satu untuk nak [hendak] menghasilkan sesuatu yang lebih hebat sebelum tu [itu], itu memang selalu menjadi satu, satu cabaran yang besar bagi Pak Ngah lah macam contohnya tahun ni [ini] buat Citrawarna begini, tahun depan, nak [hendak] buat apa lagi, hari merdeka pun sama juga,tahun ni [ini] kita buat gendang tiga ribu, tahun depan nak [hendak] apa pula lagi kan? Tu [itu] selalunya untuk menghasilkan kita nak buat sesuatu yang lebih baik daripada yang pernah kita buat, itu cabaran yang, tetapi Pak Ngah selalu bersyukur kerana Pak Ngah mempunyai rakan-rakan yang banyak membantulah,bila kita buat brainstorming [perbincangan] session [sesi] tu [itu] ramailah kawan-kawan membantu untuk menghasilkan sesuatu untuk negara sebenarnya kan.

29 NWZ : Apakah harapan Pak Ngah dalam kerjaya sekarang? PN : Saya selalu mengharapkan saya terus maju dan berkembanglah dalam perniagaan ni [ini] dan Paak Ngah mengharapkan mungkin ada di antara kami di sini dapat meneruskan apa ni [ini] kerja-kerja yang telah kita tanam tapakkan, so [jadi] harap-harap syarikat ni [ini] tak [tidak] mati setakat Pak Ngah je [sahaja], selepas Pak Ngah tu [itu] mungkin ada orang yang boleh sambung apa nama ni [ini] kerja-kerja yang Pak Ngah buat sekarang ni [ini]. NWZ : Pak Ngah Production ditubuhkan pada tahun berapa? PN : ’95. NWZ : Kenapakah Pak Ngah menubuhkan syarikat sendiri? PN : Dia sebenarnya Pak Ngah Production ni [ini] bermula sebagai syarikat rakaman saja [sahaja]. Kita bermula dengan syarikat ada satu studio recording [rakaman] lepas tu [itu] ideanya adalah untuk mendapatkan, memberi khidmat rakaman bukan album saja [sahaja], macam TV [televisyan] ke program itu saja [sahaja] asalnya, jadi client [pelanggan] kita ketika itu banyak membantu kita ialah RTM [Radio Televisyen Malaysia] lah. RTM [Radio Televisyen Malaysia] banyak membantu semasa kita memulakan perniagaan kita. Tetapi selepas tiga empat tahun kita bermula nampak gayanya event [acara] ni [ini] merupakan satu lagi ruang yang boleh kita teroka, jadi Pak Ngah tahun ’94, Pak Ngah telah diberi, beri peluang untuk, untuk melaksanakan pesta Malaysia, tahun ’94 Pak Ngah baru buka syarikat lagi tu [itu], baru dalam setahun dua lagi tu [itu], so [jadi] daripada situ Pak Ngah rasa ruang ni [ini] penting untuk Pak Ngah mengambil begitu serius apa nama ni [i ni] kerjaya ni [ini], so [jadi] kita serius lah buat event [acara], kita buatlah dari sekecil-kecil event [acara] sampailah ke sebesar-besar event [acara] dan kita buat

30 secara serius pasal kita punya core [asas] bisnes is event management [ialah pengurusan acara] NWZ : Siapakah artis yang Pak Ngah terbitkan album? PN : Tadi banyak yang Pak Ngah cakap tadi kan. Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Jamal Abdillah, Sharifah Aini, ND Lala, ko [engkau] tengoklah kat belakang tu [itu], dinding tu [itu] semua ada tu [itu] kan. NWZ : Pada pendapat Pak Ngah apakah keunikan dan keistimewaan muzik tradisional? PN : Dia muzik tradisional itu kalau, kalau kita dapat menghayatinya baru kita dapat rasa manisnya muzik tradisional ni [ini], kalau kita bercakap tentang nak [hendak] membeza, nak [hendak] compare [bezakan], nak [hendak] beza muzik moden seumpamanya apa yang ada dalam muzik moden, tradisional semua ada, tetapi apa yang ada dalam muzik tradisional tak [tidak] semua muzik moden tu [itu] ada, itulah kelebihannya kerana muzik tradisional ni [ini] dia, dia begitu unik, dia begitu, kalau kita buat betul-betul dia boleh duduk berdiri sama tinggi dengan jenis muzik-muzik yang lain. Itu, itu yang Pak Ngah nampak. SHI : Bolehkah Pak Ngah ceritakan sedikit apakah ciri-ciri muzik tradisional? PN : [Berfikir] Selalunya bila kita kita bercakap hal muzik tradisional ni [ini] secara secara amnya mestilah sesuatu yang berkaitan dengan tradisional contohnya irama kita. [berfikir] Irama kita ni macam-macam ada, kalau kita nak bercakap hal irama saje [sahaja] pun, kita ada muzik istana umpamanya, kita ada muzik rakyat, kita ada muzik [berfikir] muzik-

31 muzik teater tradisi, macam-macam. Daripada semua inipun dah, kepelbagainya kita boleh nampak dah tapi [tetapi] yang berlaku adalah orang-orang gunakan adalah yang yang popular seperti Inang Zapin kan tapi banyak lagi sebenarnya, banyak lagi jenis-jenis, [berfikir] jenis-jenis seni muzik yang terdapat dalam negara kita, kita nak explore [menjelajah] seni muzik. Kalau orang yang yang mahu explore [menjelajah] tu [itu], Wayang kulit ada, Gamelan ada, Chaklempong ada, banyak la. Cuma atas atas kita je, muzik jenis apa yang kita nak explore [menjelajah]. SHI : Apakah pendapat Pak Ngah mengenai muzik tradisional yang makin dilupai oleh masyarakat masa kini? PN : Dia, sebenarnya muzik-muzik tradisional ni [ini] mengalami nasib yang sama sepertimana orang lain di dunia ini Cuma, cuma kita mengharapkan individu-individu itu, ataupun organisasi-organisasi [berfikir] terus [berfikir] terus mengangkat [berfikir] contohnya gini [begini] contohnya sebelum Pak Ngah [berfikir] terlibat dalam bidang muzik ni [ini] tokoh yang penting dalam perkembangan muzik ni [ini] adalah arwah Amzadul Ahmad, so [jadi] arwah Amzadul Ahmad [ini] yang terus memainkan peranannya untuk memastikan muzik ni [ini] berada dalam industri walaupun dia tak [tidak] beri impact [kesan] yang besar tetapi dia dia yang menyebabkan lagu ni [ini] terus berkumandang. Tapi [tetapi] bila dia tak [tidak] ada, benda tu [itu] ada, ia tak [tidak] mati cuma tak [tidak] ada orang bawa keluar umpamanya, sehinggalah tahun 90-an itu Pak Ngah keluar, Pak Ngah nampak rosak Pak Ngah angkat balik kan lepas tu memang tak [tidak] ada apa-apa kan biasa mati ya. Tak lama punya bahannya tapi [tetapi] bila Pak Ngah apa nama terlibat umpamanya, Pak Ngah angkat balik. Kebetulan Pak Ngah mampu mengangkat balik. Selepas tu [itu], bila Pak Ngah tak [tidak] ada, kalau tak [tidak] ada orang

32 yang nak [hendak] mengangkatnya ia ada ia ada bukan tak [tidak] ada ia kat dasar je [sahaja]. Mungkin 10 tahun, 20 tahun akan datang ia keluar Nek Ngok apa kan untuk mengangkat tapi [tetapi] sekarang lebih untung kita kerana universiti pengajian tinggi mula menghasilkan pelajar-pelajar untuk untuk mengisi masa depan kita kan. UiTM [Universiti Teknologi Mara] sendiri kan ada apa nama ni [ini] kursus-kursus yang berkaitan dengan seni ni [ini]. Akademi Seni Kebangsaan memang pengkhususannya tradisional, Universiti Malaya ada, USM [Universiti Sains Malaysia] ada, UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia] ada banyak apa nama ni [ini] tempat. Harapannya mereka nilah [inilah] nanti yang akan mengangkat [berfikir] seni.

33 KASET 1 BAHAGIAN B SHI : Apakah perbezaan muzik dahulu dengan muzik sekarang? PN : Dia yang membezakan muzik dulu [dahulu] dengan sekarang ni [ini] teknologi je. Kita ambil contoh lah, zaman main trompet, main saksofon sama je [sahaja]. Macamana kita belajar sekarang, dulu [dahulu], sekarang, kita belajar benda sama juga taugeh-taugeh tu le rupanya. Tapi yang membezakan dari segi produk produk [berfikir] seni itu sendiri adalah teknologi, contohnya kalau dulu [dahulu] kalau kita nak [hendak] rakam tu [itu] berlambak kat dalam bilik tu, ko [engkau] main la [sahaja] ramai-ramai. Salah ke, tone [bunyi] tak [tidak] bagus ke apa, kita terima je [sahaja]. Pasal dulu [dahulu] ia kemik [tidak sedap] je [sahaja] kan tapi [tetapi] sekarang teknologinya yang canggih kita boleh buat satu-satu ambil contoh Gamelan kan. Gamelan kita tak [tidak], kita tak [tidak], apa nama ni [ini] buat cara dulu [dahulu] lambak, ramai-ramai. Gamelan kita buat track by track [langkah demi langkah] sistem dia, ia lebih kemas, ia lebih jelas tu [itu] menjadikan [berfikir] mutu penghasilan produk tu [itu] bagus. Kedua orang sekarang lebih bijak dari segi dari segi gubahannya muziknya dan setanding dengan muzik-muzik yang lain, tidak lagi dulu [dahulu], ia pakai lambak je [sahaja] tu [itu]. Mungkin ada ada beberapa produk yang hasilnya tidak memuaskan tapi [tetapi] sekarang tidak, sekarang kalau kita buat tradisional pun hebat juga dari segi gubahannya, dari segi hasilnya, dari segi permainannya dan sebagainya. SHI : Adakah Pak Ngah setuju dengan pengubah lagu sekarang yang memasukkan unsur-unsur muzik kebaratan contohnya hip hop dan rap? PN : Bagi Pak Ngah mereka tu [itu] kalau nak buat hip hop, buat je [sahaja] le hip hop tak [tidak] perlu le nak [hendak] ambil muzik tradisional ni [ini] sebagai sesuatu sesuatu apa orang kata sesuatu yang boleh merosakkan ataupun menodai bahan itu sendiri. Kalau dia nak, macam

34 sekarang, trend [haluan] sekarang tak [tidak] pe [apa-apa], macam sekarang tak [tidak] pe [apa] macam dia nak [hendak] buat lagu Anak Ayam itu bagi Pak Ngah ok kerana orang muda kan sekurang-kurangnya ia pakai juga bahan kita tapi [tetapi] kalau ambil lagu Cindai umpamanya sampai rosak lagu Cindai itu, itu Pak Ngah tak [tidak] setuju. SHI : Apakah pandangan Pak Ngah mengenai kewujudan pengubah lagu dahulu dengan sekarang? PN : macam mana kewujudan, macam mana. NWZ : Kalau dahulu ia more [lebih] kepada sekarang ni ia banyak PN : Sekarang ni [ini], sekarang ni [ini] dah banyak pilihan, kalau dulu [dahulu] mungkin source [sumber] kita sumber kita kebanyakannya daripada bangsawan dan filem. Betul tak [tidak]? Tapi [tetapi] sekarang source [sumber] kita khususnya hiburan seni muzik ni [ini], macam-macam la kita ada radio, kita ada TV, kita ada internetlah macam-macam. So [jadi], itu pilihan yang ada, kita tak [tidak] boleh nak [hendak] larang benda [perkara] ni [ini], tetapi yang penting mereka-mereka yang berkait rapat saja [sahaja] lah harus terus mengangkat atau melakukan sesuatu untuk mengembangkan muzik tradisional. SHI : Bilakah Pak Ngah memperolehi pengiktirafan Anugerah Karyawan Seni Muzik dan dalam kategori apa? PN : Anugerah Karyawan Seni Muzik, anugerah apa? Anugerah Karyawan Seni, anugerah yang mana? SHI : Anugerah Karyawan Seni Muzik yang PN : Banyak le, anugerah banyak le, anugerah banyak. Anugerah Kementerian Pelajaran. Ok, sebenarnya, Kementerian Pelajaran tiap-tiap tahun dia buat satu konsep Diraja, konsep Diraja ok. So [jadi], dalam

35 konsep Diraja dia akan tributes [penghotmatan] kepada komposer. Mungkin tahun ni [ini] dia pilih anak watan dipanggil Karyawan Emaslah. So [jadi], sampai pada satu tahun dia pilih Pak Ngah sebagai karyawan. So [jadi], dia mainlah, dia akan mainlah lagu-lagu Pak Ngah dalam persembahan mereka tu [itu]. [Berfikir] Itu Pak Ngah tak [tidak] ingat tahun berapa tapi [tetapi] memang adalah, kat [dekat] situ you [awak] boleh tengok tahun berapa ntah [entah]. SHI : Bilakah Pak Ngah mula merangkul Anugerah Juara Lagu dan dalam kategori apa? PN : Juara lagu, ’98 kategori etnik kreatif lagunya Cindai, ’98 ke ’99. SHI : Berapa kalikah Pak Ngah menang dalam Anugerah Juara Lagu? PN : [berfikir] Juara lagu dua kali, [berfikir] Cindai dengan dengan Balqis. Tapi [tetapi] juara kategori tak [tidak] ingat, [berfikir] Hati Kama, Nirmala, [berfikir] satu lagi. Tak [tidak] ingat. SHI : Bilakah Pak Ngah mendapat gelaran Datuk dan dari negeri mana? PN : Datuk tahun nilah [inilah] Pak Ngah dapat. SHI : Pernahkah Pak Ngah meraih anugerah di Anugerah Planet Muzik? PN : Pernah, tahun, [berfikir] Planet Muzik kan, lagu Balqis. SHI : Pernahkah Pak Ngah meraih anugerah di Anugerah Industri Muzik? PN : AIM, ada ada first [pertama] album, Best Song [lagu terbaik] [berfikir] tahun tak ingatlah, AIM [Anugerah Industri Muzik] Best Album [album terbaik] tahun 2000.

36 SHI : Apakah impian Pak Ngah yang masih belum tercapai sehingga hari ini? PN : Apa ah, Pak Ngah pun pening [ketawa], tak [tidak] ada impian lagi dah tua-tua ni [ini] [ketawa], tak [tidak] ada impian lagi dah. [berfikir] Tapi [tetapi] kita nak [hendak], Pak Ngah asalkan syarikat terus berkembang walaupun Pak Ngah tak [tidak]ada, itu dah cukup dah. SHI : Apakah pandangan Pak Ngah tentang pentingnya Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Karyawan Seni Muzik serta lain-lain anugerah? PN : Ia, Pak Ngah daripada dulu [dahulu] selalu menasihatkan artis khususnya artis, komposer ke kalau dia nak [hendak] dengar nasihat Pak Ngah ni [ini] kalau kita nak [hendak] serius dalam bidang seni ni [ini], dua platform [pentas] amat penting untuk mereka ambil kira. Pertama sekali Juara Lagu, Kedua AIM [Anugerah Industri Muzik] kerana selagi kita tak [tidak] letak nama kita dalam dua platform [pentas] tu selagi tu [itu] kita tak [tidak] berada di puncak sebenarnya kan, kita tak [tidak] berada dalam industri itu. Kalau setakat jadi penonton aje [sahaja], maknanya kita tak [tidak] berada dalam tu [itu]. Kalau kita dah berada dalam dua platform [pentas] ni [ini] kita menang plak [pula] lagi barulah kita ni [ini] akan dilihat oleh masyarakatlah tentang [berfikir] bakat kita. SHI : Apakah pandangan dan perasaan Pak Ngah mengenai muzik tradisional yang semakin dilupakan? PN : Pak Ngah, Pak Ngah tak [tidak] ada la kata, benda ni [ini] satu benda [hal] yang yang teruk situasinya kerana Pak Ngah tau [tahu] 10 tahun akan datang benda ni [ini] akan timbul balik kerana macam Pak Ngah cakap tadi, kita dah ramai anak-anak muda yang berkecimpung dalam bidang ini secara serius kan seperti IPTA-IPTA [Institut Pengajian Tinggi Awam- Institut Pengajian Tinggi Awam] yang ada sekarang ni [ini]. Mereka akan melahirkan, mereka akan melahirkan karyawan-karyawan, bakat karyawan-karyawan, bakat seni-seniman yang pastinya nanti, satu

37 hari nanti 10 tahun, 20 tahun akan datang yang akan sekurang-kurangnya ada orang yang akan mengangkatnya tetapi kenyakinan Pak Ngah tentang muzik tradisional tak [tidak] akan mati kerana memang dari segi masyarakat pun memang sentiasa menerima seni tradisi ni [ini] sebagai sebahagian daripada mereka. Cuma tak [tidak] orang yang nak [hendak] mengangkat itu je [sahaja]. Tapi [tetapi] ia tak [tidak] akan mati. Pak Ngah yakin. SHI : Apakah harapan Pak Ngah terhadap generasi masa kini dan akan datang dalam memelihara muzik tradisional? PN : Memang Pak Ngah mengharapkan mereka ni [ini] merupakan orang yang lebih berilmu. Macam Pak Ngah ni [ini], mungkin tak [tidak] belajar tinggi kan tapi [tetapi] mereka yang betul-betul belajar di peringkat universiti sekarang ni [ini], mereka nilah [inilah] Pak Ngah rasa, harapan Pak Ngah yang dapat menyambung [berfikir] perkembangan seni muzik tradisional ni [ini]. SHI : Pada pendapat Pak Ngah, perlukah diwujudkan sebuah institusi bagi mendidik generasi masa kini untuk mencintai muzik tradisional? PN : Of course [sudah tentu], seperti mana yang berlaku sekarang banyak IPTA [Institut Pengajian Tinggi Awam] dah sekarang ni [ini] yang melahirkan seni-seniman even [bahkan] sekarang ni [ini] peringkat rendah dah ada dah kita ada satu di Johor, satu di Sarawak. Ini pun dah menunjukkan inisiatif Kerajaan dalam [berfikir] mengembangkan lagi apa nama ni [ini] seni muzik tradisional.

38 SHI : Pada pandangan Pak Ngah,perlukah diperbanyakkan seminar muzik bagi mendidik pengubah lagu masa kini? PN : Satu perkara yang baik dan harus di di apa namanya di dibuat oleh banyak [berfikir] apa nama ni [ini] organisasi-organisasi banyak kita ada, bukan kerajaan saje [sahaja], bukan IPTA [Institut Pengajian Tinggi Awam] saje [sahaja] mungkin [berfikir] golongan-golongan seni itu sendiri boleh [berfikir], institusi itu sendiri boleh mengadakan lebih banyak inisiatiflah untuk kebaikan ahli-ahli itu sendiri macam contohnya MACP sendiri banyak buat [berfikir] karya kita, [berfikir] seminar karya kita dan sebagainya, ini sebenarnya bagus untuk berkembang, bertemu untuk rakan-rakan mereka untuk bertukar pendapat dan sebagainya. SHI :Apakah harapan Pak Ngah terhadap artis tanah air dalam memelihara muzik tradisional di masa akan datang? PN : Pak Ngah mengharapkan untuk artis akan datang, yang sekarang ni [ini] tak [tidak] boleh buat apa-apa juga kan. Untuk artis akan datang, mereka harus [berfikir] apa namanya [berfikir] melengkapkan diri mereka dengan [berfikir] ilmu tradisi. Ilmu tradisi ni [ini] merupakan satu bonus point [bonus ganjaran] kepada mereka sebenarnya tapi [tetapi] kalau mereka hanya nak [hendak] jadi [menjadi] penyanyi pop saje [sahaja], berlambak-lambak tapi [tetapi] kalau jadi [menjadi] seorang penyanyi yang mampu [berfikir] membawa lagu-lagu tradisional ye, pop pun boleh, tradisional pun boleh ia memberi satu bonus [ganjaran] kepada penyanyi itu sendiri kan tapi [tetapi] mereka harus melonjatkan diri diri mereka, mereka tak [tidak] boleh [berfikir] apa, tak [tidak] boleh redah begitu saje [sahaja] kerana menjadi penyanyi tradisional kena ada ilmu, kena ada teknik menyanyi semua tu [itu], ia tak [tidak] boleh belasah, tak [tidak] boleh. Harapannya itulah mungkin hasil daripada produk-produk yang keluar daripada institusi-institusi ini mungkin dapat menghasilkan mereka

39 yang berkemampuanlah untuk untuk menjadi artis yang berkemampuan. Habis dah? NWZ : Kata-kata akhir Pak Ngah? PN : Pak Ngah memang mengalukan-alukanlah macam korang [kamu] nikan [inikan] [berfikir] daripada institusi pengajian tinggi, mereka-mereka nilah [inilah] nanti merupakan menyambung kepada perkembangan ataupun penyemarakan seni tradisi kita. Harapannya bila mereka keluar nanti mereka kena terus terus [berfikir] berada dalam industri ini dan mengangkat martabat seni muzik tradisional kita. Harapan Pak Ngah lah, keluar la ramai-ramai daripada IPTA [Institut Pengajian Tinggi Awam] esok [berfikir] bantulah supaya ia akan mencerminkan diri kita sendiri. NWZ : Terima kasih Pak Ngah kerana sudi meluangkan masa kepada kami. PN : Sama-sama.

40 Log Temu Bual KASET 1 BAHAGIAN A 0:00 Temubual bermula 0:31 Pengenalan diri Biodata 01:17 Pengenalan ibu bapa 02:23 Pengenalan isteri dan anak-anak 03:48 Bercerita mengenai hobi dan cita-cita 04:32 Bercerita tentang pendidikan awal Pendidikan 05:20 Mengenai bakat seni 07:05 Penglibatan awal 08:05 Pengalaman mendapat ilmu seni 09:37 Mula bekerja Kerjaya 11:16 Kerjaya sekarang 13:14 Bercerita mengenai terlibat dalam gubahan muzik 16:32 Bercerta tentang jumlah bayaran

41 18:37 Bercerita tentang lagu yang beliau suka 24:49 Bercerita mengenai genre yang beliau suka 26:16 Bercerita mengenai proses lagu sehingga siap 28:23 Bercerita mengenai Juara Lagu 29:00 Bercerita mengenai seminar dan kursus yang dihadiri 29:55 Bercerita tentang instrument muzik yang beliau gunakan semasa mengubah lagu 30:16 Pengalaman beliau menjadi pengarah muzik di dalam teater 33:00 Bercerita tentang Rhytm in Bronze 34:00 Bercerita tentang Malaysia Traditional Orchestra 39:33 Cabaran yang Pak Ngah hadapi sepanjang karier 40:26 Harapan Pak Ngah dalam kerjaya 40:59 Bercerita mengenai syarikat 43:42 Ciri-ciri muzik tradisional Bidang 44:57 Pendapat mengenai muzik tradisional yang makin dilupai

42 KASET 1 BAHAGIAN B 0:00 Perbezaan muzik dahulu dengan muzik sekarang 1:44 Pandangan tentang pengubah lagu sekarang yang memasukkan unsur-unsur muzik kebaratan 2:31 Pandangan Pak Ngah mengenai kewujudan pengubah lagu dahulu dengan sekarang 3:34 Anugerah Karyawan Seni Muzik Anugerah 4:58 Anugerah Juara Lagu 5:20 Berapa kali menang Anugerah Juara Lagu 5:53 Mendapat gelaran Datuk 6:03 Anugerah Planet Muzik 6:16 Anugerah Industri Muzik 6:37 Impian yang belum tercapai Pandangan dan Harapan 7:00 Kepenting Anugerah Juara Lagu dan

43 Anugerah Karyawan Seni Muzik serta lain-lain anugerah 7:58 Pandangan tentang muzik tradisional yang makin dilupakan 9:09 Harapan Pak Ngah terhadap generasi masa kini dan akan datang dalam memelihara muzik tradisional 9:40 Pendapat tentang keperluan adanya institusi memelihara muzik tradisional 10:19 Pendapat tentang keperluan diperbanyakkan seminar muzik 11:11 Harapan Pak Ngah terhadap artis tanah air dalam memelihara muzik tradisional 12:43 Kata-kata akhir sebelum temubual berakhir Penutup

Dokumen Terkait

Bab Iv Laporan Hasil Penelitian Idriain Antasariacid

Bab Iv Laporan Hasil Penelitian Idriain Antasariacid

58 bab iv laporan hasil penelitian a gambaran umum lokasi pe.

Contoh Proposal / 22 kali tayang / 277KB

Mantan Manajer Bmt Divonis 2 Tahun

Mantan Manajer Bmt Divonis 2 Tahun

Yayasan pembina pendidikan 17 agustus smp karangturi bekerja.

Contoh Proposal / 24 kali tayang / 585KB

Sambutan Acara Pembukaan Ketua Acara Bing Pdfsdircom

Sambutan Acara Pembukaan Ketua Acara Bing Pdfsdircom

Susunan acara perpisahan berikut ini contoh susunan acara pe.

Contoh Proposal / 20 kali tayang / 28KB

Tesis Persepsi Pengelola Hotel Di Jakarta Indonesia Dan

Tesis Persepsi Pengelola Hotel Di Jakarta Indonesia Dan

Persepsi pengelola hotel di jakarta indonesia tripadvisor is.

Contoh Proposal / 27 kali tayang / 3,162KB

Perjanjian Pemberian Beasiswa Dan Ikatan Dinas

Perjanjian Pemberian Beasiswa Dan Ikatan Dinas

Perjanjian ini dibuat pada tanggal oleh dan antara 1 michael.

Contoh Proposal / 23 kali tayang / 21KB

Program Kreativitas Mahasiswa Kopertis3orid

Program Kreativitas Mahasiswa Kopertis3orid

Pkm kewirausahaan pkm k 6 pkm artikel ilmiah penilaianevalua.

Contoh Proposal / 25 kali tayang / 4,038KB